Bulletin - Centre for Civilisational Dialogue, University of Malaya Volume 34 | Page 15

Selesai sesi soal jawab, seminar diteruskan lagi dengan pembentang ketiga, En. Tarmizi Hasrah, yang merupakan pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau membentang kertas kerja bertajuk Pertembungan Bahasa di Malayonesia: Kelihan terhadap Bahasa Jawi. Pembentangannya membincangkan pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa Arab di Malayonesia yang memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang ditimbulkan oleh Bahasa Melayu sehingga menjadi “bahasa kacukan”. Ia menjadi bahasa yang dibuat-buat untuk membolehkan orang Cina dan India pada zaman dahulu berkomunikasi. Encik Tarmizi juga menyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai banyak pengaruh bahasa Arab berbanding dengan bahasa Roman.

Pembentang keempat, Dr Ros Mahwati, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membentangkan tentang Perbandingan Penjilidan dan Iluminasi Al-Quran Melayu dan Cina. Dr Ros Mahwati dalam pembentangannya menjelaskan tentang kaedah penjilidan dan iluminasi yang digunakan dalam Al-Quran. Menurut beliau, setakat ini masih lagi tidak dijumpai kemahiran penjilidan yang diwarisi secara turun-temurun.

SEMINAR

Seminar ditersukan lagi dengan pembentang dari Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Dr Alinor Kadir, yang membentangkan “Tahu” sebagai Konsep Epistemologi Malayonesia. Tahu bererti menunjukkan seseorang memahami sesuatu perkara. Menariknya, perkataan ‘tahu’ merupakan istilah asli dari Malayonesia, yang tidak mempunyai evolusi dari bahasa lain.

Pembentang ketiga: En. Tarmizi Hasrah

Pembentang keempat: Dr Ros Mahwati

Click to play

Pembentang kelima: Dr Alinor Kadir

Click to play

UMCCD Bulletin Dec 2016 - Jun 2017 | 12