Seminar Antara Budaya:
Ilmu, Agama-Ideologi dan Budaya
SEMINAR
Agama, ideologi dan kebudayaan saling berkait dan susah untuk dibezakan kerana ketiga-tiga komponen ini dapat dijadikan sebagai pedoman hidup walaupun ianya mempunyai nilai dan maksud yang berlainan. Tujuan Seminar Antara Budaya: Ilmu, Agama-Ideologi dan Budaya ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Budaya, Ilmu, Agama-Ideologi dan Bahasa, dan sebagai satu alternative dalam menjadikan keilmuan Melayu dalam sejarah dan muzium kepada perdebatan keilmuan semasa. Oleh itu, seminar ini telah diadakan pada 15 Mac 2017 (Rabu) anjuran Pusat Dialog Peradaban (PDP) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan. Seminar tersebut yang telah diadakan di Bilik Auditorium, bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Seramai 7 orang peserta telah membentang kertas kerja mereka.
Emeritus Profesor Dr Shaharir Mohd Zain yang merupakan pembentang pertama telah membentangkan kertas kerja beliau yang berjudul, Kos Pengabaian Kebudayaan dalam Penterjemahan Sains Matematik Inggeris-Melayu. Dalam pembentangan beliau, Prof Shaharir menerangkan tentang terjemahan yang melibatkan budaya.
Pembentang kedua, Encik Muhd Naim Fakhirin, merupakan pelajar PhD dari Universiti Malaya (UM) membentang kertas kerja bertajuk Pengurusan Politik Eropah di Alam Melayu. Encik Naim menerangkan tentang peranan kuasa-kuasa Barat seperti British, Belanda, Portugis dan Sepanyol dalam menguruskan politik di Alam Melayu. Menurut beliau, British telah menilai terlebih dahulu sifat Melayu sebelum melakukan keganasan di Tanah Melayu.
11 | UMCCD Bulletin Dec 2016 - Jun 2017
Agama, ideologi dan kebudayaan saling berkait dan sukar untuk dibezakan kerana ketiga-tiga komponen ini dapat dijadikan sebagai pedoman hidup walaupun ianya mempunyai nilai dan maksud yang berlainan. Tujuan Seminar Antara Budaya: Ilmu, Agama-Ideologi dan Budaya ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Budaya, Ilmu, Agama-Ideologi dan Bahasa, dan sebagai satu alternatif dalam menjadikan keilmuan Melayu dalam sejarah dan muzium kepada perdebatan keilmuan semasa. Oleh itu, seminar ini telah diadakan pada 15 Mac 2017 (Rabu) anjuran Pusat Dialog Peradaban (PDP) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan. Seminar tersebut yang telah diadakan di Bilik Auditorium, bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Seramai 7 orang peserta telah membentang kertas kerja mereka.
Emeritus Profesor Dr Shaharir Mohd Zain yang merupakan pembentang pertama telah membentangkan kertas kerja beliau yang berjudul, Kos Pengabaian Kebudayaan dalam Penterjemahan Sains Matematik Inggeris-Melayu. Dalam pembentangan beliau, Prof Shaharir menerangkan tentang terjemahan yang melibatkan budaya.
Pembentang kedua, Encik Muhd Naim Fakhirin, merupakan pelajar PhD dari Universiti Malaya (UM) membentang kertas kerja bertajuk Pengurusan Politik Eropah di Alam Melayu. Encik Naim menerangkan tentang peranan kuasa-kuasa Barat seperti British, Belanda, Portugis dan Sepanyol dalam menguruskan politik di Alam Melayu. Menurut beliau, British telah menilai terlebih dahulu sifat Melayu sebelum melakukan keganasan di Tanah Melayu
Pembentang pertama: Profesor Emeritus Dr Shaharir Mohd Zain
Pembentang kedua: En. Mohd Naim Fakhirin