Pn. Nurul Fatini menerangkan tentang buruj
Seminar diteruskan lagi dengan pembentang dari Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Dr Alinor Kadir, yang membentangkan “Tahu” sebagai Konsep Epistemologi Malayonesia. Tahu bererti menunjukkan seseorang memahami sesuatu perkara. Menariknya, perkataan ‘tahu’ merupakan istilah asli dari Malayonesia, yang tidak mempunyai evolusi dari bahasa lain.
Encik Mohd Rohaizat bin Abdul Wahab kemudiannya membentangkan Sebaran Simbol Kuno sebagai Pengetahuan Sejagat bagi Pelaut Dunia. Pembentangan Encik Rohaizat membincangkan kepercayaan masyarakat pelaut dan symbol yang dijumpai pada perahu dan kapal di seluruh dunia, dan jumpaan symbol pada perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Menurut beliau, evolusi dan pengaruh pada persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk simbol. Encik Rohaizat juga banyak menunjukkan contoh-contoh gambar simbol yang dijumpai sepanjang kajian beliau. Antara contoh yang diberikan termasuklah kapal ini yang dianggap sebagai berjantina perempuan dan kebiasaannya kepala kapal akan dihiasi dengan mata, sebagai tanda mengawasi, dan seolah mempunyai rupa.
Pembentang terakhir, Puan Nurul Fatini, yang merupakan pelajar PhD Universiti Sains Malaysia (USM) membentangkan tentang Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia, Oseania dan Australasia. Puan Fatini membincangkan tentang kebudayaan Langit Nusantara dimana masyarakat Melayu tradisional bergantung hidup pada alam seperti dalam pekerjaan bersawah dan memungut hasil lautan. Puan Fatini juga menyentuh tentang idea buruj yang merupakan simbolik alam keliling bersifat tempatan yang berbentuk sastera lisan yang dicorak oleh masyarakat dan petempatan disekitarnya. Beliau juga turut membincangkan tentang susunan bintang belantik yang mempunyai pelbagai tafsiran mengikut masyarakat dan budaya setempat.
"Bahasa dicipta sesuai dengan akal, tutur dan kepentingan"
SEMINAR
Pembentang keenam: En. Mohd Rohaizat Abdul Wahab
Click to play
Pembentang ketujuh: Pn. Nurul Fatini
13 | UMCCD Bulletin Dec 2016 - Jun 2017