Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 74
3.1.4 Perbincangan dan isu yang dibangkit oleh ahli mesyuarat
(selain Majlis Perwakilan Pelajar) berkenaan sistem Qasimah Merit
(QaMU) yang dicadangkan:
(a). Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa dakwaan Majlis
Perwakilan Pelajar berkaitan tiada perbezaan pemarkahan dari
segi penganjuran dan penglibatan adalah kurang tepat. Perbezaan
berkenaan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pelajar UniSZA.
(b). Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa Kertas Cadangan
yang dirangka adalah cukup lengkap. Namun begitu, ahli
mesyuarat mencadangkan supaya penyelidikan dibuat terhadap
pelaksanaan sistem merit yang telah dilaksanakan oleh universiti
lain.
(c). Ahli mesyuarat memaklumkan bahawa Kolej Kediaman kini sedang
dalam usaha membangunkan Sistem Merit Kolej Kediamannya
tersendiri berdasarkan lawatan kerja yang telah dibuat ke Universiti
Mahaysia Pahang (UMP).
(d). Ahli mesyuarat dari Pusat Teknologi Maklumat memaklumkan
bahawa manual dari Kolej Kediaman sudahpun diterima dan kini
Pusat Teknologi Maklumat dalam usaha untuk menilai
keberkesanan sistem berkenaan.
(e). Ahli mesyuarat memaklumkan bahawa setelah meneliti kedua-dua
sistem yang dicadangkan dari Kolej Kediaman & Majlis Perwakilan
Pelajar, dilihat bahawa kedua-dua sistem masing-masing
melengkapi. Elemen yang didapati didalam sistem yang
dicadangkan oleh Kolej Kediaman, tidak wujud didalam sistem
Qasimah yang dicadangkan. Namun begitu, intipati didalam
sistem Qasimah, ada beberapanya tidak dibincangkan didalam
sistem Kolej Kediaman.
(f). Ahli mesyuarat mencadangkan supaya Hak Mutlak Pengeluaran
Merit diberikan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
dimana mahasiswa/I perlu memohon samada program berkenaan
layak untuk mendapatkan keistimewaan merit.
3.1.5 Mesyuarat memutuskan bahawa tidak perlu sistem baru
diperkenalkan. Sistem sedia ada yang telah dirancang bersama
Kolej Kediaman dan Pusat Teknologi Maklumat sudah dalam
perancangan. Hanya perlu cadangan penambahbaikan.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
3.1.6 Pusat Tanggungjawab yang terlibat dan juga Majlis Perwakilan
Pelajar perlu berganding bahu unuk menaik taraf sistem merit
UniSZA.
3.1.7 Mesyuarat mangambil maklum bahawa pengambilan September
2013 akan datang sekurang-kurangnya perlu ada tindakan dari
Pusat Tanggungjawab yang berkaitan untuk melaksanakan
sistem merit UniSZA sebagai „testing ground? yang pertama.
Kolej Kediaman
&
Pusat Teknologi
Makluman