Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 75

3.2 PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR PENGGUNAAN KENDERAAN MPP UniSZA 3.2.1 Wakil Majlis Perwakilan, Saudara Ahmad Al Hafiz membentangkan kepada ahli mesyuarat perihal isu dan masalah berkaitan prosedur penggunaan kenderaan MPP. Makluman 3.2.2 Isu dan masalah ditumpukan kepada empat aspek seperti berikut: (a). Prosedur penggunaan kurang jelas (b). Fungsi sebenar kenderaan kurang jelas (c). Tiada pemandu yang khusus (d). Tiada pegawai khusus 3.2.3 Segala prosedur dan penerangan penggunaan kenderaan mengikut program dalam dan luar kampus, program Kementerian, dan kecemasan adalah seperti lampiran yang disediakan kepada ahli mesyuarat. 3.2.4 Mesyuarat mengambil maklum mengenai permasalahan yang timbul dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar apabila gesaan perlu adanya penambahbaikan terhadap prosedur penggunaan kenderaan oleh sebab MPP terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menziarahi mahasiswa/i yang berada di hospital dan kes-kes kecemasan lain. 3.2.5 Pengerusi mengambil maklum terhadap permasalahan yang timbul. Hal ini berlaku ketika mana, sewaktu serahan kenderaan dibuat, tiada dokumen hitam putih disediakan memaklumkan mengenai sistem dan prosedur yang digunapakai untuk kenderaan MPP berkenaan. 3.2.6 Pengerusi juga mengambil maklum bahawa sudah menjadi hasrat Naib Canselor, bahawa Majlis Perwakilan Pelajar sewajarnya diberi keistimewaan tersendiri berbanding pertubuhan pelajar lain. 3.2.7 Pengerusi dan mesyuarat memutuskan bahawa Pihak Pengurusan Universiti menerima prosedur yang telah dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Beberapa aspek tambahan akan diberi perhatian iaitu, bahawa kenderaan MPP penggunaannya perlulah diberikan kepada MPP sahaja. Tidak boleh digunakan oleh manamana organisasi lain, melainkan hal-hal kecemasan. Kenderaan MPP juga tidak boleh ditempah didalam sistem untuk jadual tugastugas lain. 3.2.8 Pengerusi juga memutuskan untuk melantik bukan hanya satu (1) pegawai yang bertanggungjawab, malah dua (2) orang sekiranya timbul masalah sukar untuk dihubungi dan kerja lapangan lain. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman