Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Seite 17
Melalui aspek pertama ini juga, perkara terakhir yang kami ingin perhalusi adalah dari segi
pemilihannya yang hanya melibatkan mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda. Mahasiswa/i
Diploma di dalam kes ini ibarat tidak diberikan sebarang keistimewaan oleh Pentadbiran
Universiti dalam usaha untuk mewakili Universiti sebagai Duta Universiti. Kami
berpendapat bahawa mahasiswa/i samada Ijazah mahupun Diploma masing-masing
memainkan peranan yang besar dalam peringkat masing-masing untuk menaikkan nama
UniSZA. Dalam pada itu, Pentadbiran Universiti juga dilihat menyekat beberapa peluang
mahasiswa/i Diploma untuk lebih menyerlah dan mendapatkan beberapa akredatasi dan
nilai tambah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Seterusnya, melalui aspek kedua (2) iaitu modul latihan/ kem saringan. Kami melihat
bahawa beberapa aspek perlu diperbaiki mengenai modul latihan yang dipraktikkan kini.
Dilihat melalui pelaksanaan UniBeTa selepas hampir dua (2) tahun pelaksanaannya, kem
team building yang dilaksanakan oleh Pentadbiran Universiti dibuat selepas sesi pemilihan
telah pun dibuat. Kami mencadangkan bahawa modul latihan tersebut seharusnya
menjadi kem saringan untuk mengenalpasti lebih lanjut keupayaan mahasiswa/i tersebut
samada mereka layak atau tidak ditabalkan sebagai University Best Talent (UniBeTa).
Cadangan lanjut adalah sepertimana Perkara 5.0.
Melalui aspek ketiga, adalah melalui struktur organisasi University Best Talent itu sendiri.
Kami melihat adalah sangat penting supaya setiap mahasiswa/i UniBETA yang terpilih
setiap dari mereka mempunyai portfolio pembangunan yang tersendiri untuk dibangunkan
seiring dengan tanggungjawab yang di mainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA.
Namun begitu, dari segi pelaksanaannya aspek pembangunan tersebut seharusnya
seiring dengan pembangunan yang disasarkan. Berbeza dengan tanggungjawab yang
dipikul oleh Majlis Perwakilan Pelajar, pertubuhan MPP diberi pengkhususan kearah
menitikberat isu-isu kebajikan mahasiswa/i UniSZA.