Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 18

Namun begitu, UniBeTa dilihat dapat menjadi pertubuhan yang mempunyai pengkhususuan tersendiri untuk membangunkan sepertimana cadangan 9 Teras Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti daya usaha, inovasi, kesukarelaan, penyelidikan dan sebagainya. Penerangan lanjut berkenaan aspek ketiga (3) sepertimana Perkara 5.0. Seterusnya, melalui aspek keempat (4), iaitu pemberian dana khusus kepada Duta Universiti. Hal ini telah membuat penyelidikan terhadap sistem Duta Universiti yang telah dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebuah pertubuhan yang lebih dikenali sebagai Young Muslim Leader for the Future (YMLF). Mahasiswa/i yang telah terpilih sebagai YMLF di USIM telah diberikan satu dana khusus dimana Naib Canselor USIM sendiri memberi dana sebanyak RM40,000.00 kepada setiap seorang yang terpilih sebagai YMLF. Perkara yang sama yang ingin kami cadangkan di sini. Namun begitu, perlu ditekankan bahawa USIM telah mempraktikkan prosedur pemilihan yang sangat sistematik yang mana merangkumi keseluruhan mahasiswa/i Universiti mereka diberi peluang untuk memohon sebagai YMLF dan perlu melalui beberapa prosedur seperti ujian online, kem saringan, dan interview. Maka, wajarlah dana sejumlah itu diberikan kepada 30 mahasiswa/i USIM yang terpilih. Oleh itu, kami ingin mencadangkan beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pihak Universiti untuk menaikkan lagi standard UniBeTa ini.