Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 16

Sejumlah lebih 20 mahasiswa/i yang kini Tahun 2 ISM Undang-Undang telah mendapat PNGK lebih 3.2 selepas peperiksaan Semester 1 mereka. Maka, kayu ukur bahawa mereka yang mendapat PNGK 3.2 keatas untuk terpilih sebagai UniBETA tidak benarbenar dipraktikkan dan diamalkan untuk semua Fakulti. Di samping itu, kami juga tidak menyokong bahawa segala penilaian untuk menjadi UniBeTa dibuat diperingkat Pentadbiran Universiti ketika kursus orientasi kemasukan ke UniSZA. Hal ini kerana, mahasiswa/i tidak terlebih dahulu dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan masih belum mampu melihat signifikasi berkenaan di saat awal memasuki UniSZA. Malah, penilaian terhadap tahap ketangkasan dan kecergasan melalui aktiviti luar seperti water confident di Kem Merang belum cukup kukuh untuk menilai tahap kemampuan mahasiswa/i berkenaan untuk dinilai potensi masing-masing. Selain itu, mahasi swa/i pengambilan kedua juga tidak diberikan peluang untuk dinilai oleh Pentadbiran Universiti. Dalam pada itu, kami juga melihat permasalahan timbul apabila mahasiswa/i UniSZA yang terpilih bukan dari kalangan mereka yang benar-benar berminat untuk menginspirasikan hasrat, misi dan visi universiti. Maka, permasalahan timbul apabila sepertimana yang berlaku tahun 2012, seramai 100 ambassador telah terpilih, namun begitu akhirnya hampir separuh dari mereka yang terpilih membuat keputusan untuk tarik diri dari pertubuhan berkenaan. Hal ini secara tidak langsung, memberi signifikasi ketidakutuhan organisasi UniBeTa itu sendiri sebagai sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding Persatuan/Kelab dan Sekretariat. Oleh itu, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar mencadangkan beberapa prosedur pemilihan sepertimana Perkara 5.0 untuk memastikan standard berkenaan tercapai.