Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 15
(1). Prosedur Pemilihan
(2). Modul Latihan Kem Saringan
(3). Struktur Organisasi Duta Universiti
(4). Dana Khusus Duta Universiti
Keempat-empat aspek yang dibincangkan ini memberi beberapa cadangan dan idea
penambahbaikkan sistem yang perlu dipraktikkan. Segala idea penambahbaikkan yang
dicadangkan adalah hasil daripada beberapa siri diskusi bersama Pemimpin Persatuan
Mahasiswa Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa dan diskusi pendek
bersama barisan Perwakilan Pelajar UniSZA yang lain.
Melalui aspek pertama (1), iaitu melalui aspek prosedur pemilihan yang dipraktikkan,
pihak kami menekankan aspek prosedur pemilihan duta Universiti. Walaupun sudah dua
(2) tahun UniBeTa dilancarkan, namun begitu saban tahun tiada manual rasmi yang telah
dimaklumkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan juga mahasiswa/i UniSZA
mengenai prosedur pemilihan UniBETA. Kami melihat bahawa ini adalah permasalahan
utama yang menjejaskan ketulusan pemilihan UniBeTa itu sendiri.
Dalam pada itu, kami juga melihat beberapa kelemahan khususnya daripada segi ratio
pemilihan mahasiswa/i UniBeTa mengikut fakulti. Setelah hampir dua (2) tahun
pelaksanaannya, Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa khususnya dilihat
telah dipinggirkan daripada terpilih sebagai ahli UniBETA.
Hal ini oleh sebab, kami mendapat maklum daripada Fakulti Undang-Undang & Hubungan
Antarabangsa sendiri bahawa sejumlah 6 mahasiswa/i Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang 2011/2012 telah mendapat anugerah Dekan Semester 1 mereka, dan
sejumlah seorang (1) mahasiswi Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
2012/2013 telah mendapat anugerah Dekan Semester 1.