al-Siha : Xtra October 2018 | Page 29

Barisan pemenang anugerah dari Malaysia. Sherene Azli. pada Mei lalu. Sembilan daripada lima belas kategori yang dipertandingkan dimenangi oleh Malaysia Healthcare termasuk, Majlis Pelancongan Kesi- hatan Malaysia (MHTC) yang berjaya meraih anugerah “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun 2018” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) untuk tahun kedua berturut-turut. Ini telah membuktikan kecekapan MHTC dalam memainkan peranannya sebagai agensi yang memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia. Malaysia j uga mendapat Kepujian Tertinggi (Highly Commended) sebagai “Destinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik” (Health and Medical Tourism: Destination of the Year). Pengiktirafan ini adalah untuk semua usaha yang telah dilakukan dalam memartabatkan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka menerusi penjagaan kesihatan. Beberapa 27 Statistik Industri pelancongan kesihatan di Malaysia Purata peningkatan 16-17% setiap tahun Pada tahun 2017, sebanyak 1.3 RM 5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM billion diperoleh – menyumbang negara. Separuh daripada purata pelancong bagi setiap tahunan adalah dari Indonesia, diikuti oleh China*, India, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Negara Timur Tengah, Jepun, United Kingdom dan Australia. *China merupakan penyumbang kedua terbesar pasaran Malaysia pada tahun 2016 dengan 20 peratus peningkatan pelancong bagi setiap tahun. hospital swasta terulung di Malaysia juga telah berjaya meraih beberapa anugerah berprestij semasa majlis tersebut. Sebelum ini, MHTC telah memenangi “Des- tinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik” selama tiga tahun berturut-turut daripada tahun 2015 hingga 2017. Pencapaian ini mengukuhkan kedudu- kan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka. MHTC juga juga telah memenangi “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun 2017” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2017. MHTC adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2009, dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia. Dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka, MHTC telah memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif untuk dimajukan dalam mencapai matlamat ini. Inisiatif-inisiatif ini telah diperkenalkan berlandaskan kekuatan dan keunikan negara sebagai destinasi penjagaan kesihatan. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah: • Menjadikan Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan dan Kardiologi di Asia • Menubuhkan “Flagship Medical Tourism Hospitals” di Malaysia, dan • Mengelolakan “Malaysia Year of Healthcare Travel 2020” kempen kesihatan antarabangsa pertama Malaysia. Malaysia Healthcare sentiasa mengalu-alukan para penjaga kesi- hatan untuk “Experience Malaysia Healthcare, Embrace Malaysian Hospitality” (Alami Pen- jagaan Kesihatan Malaysia, Hayati Kemesraan Malaysia). Xtra