al-Siha : Xtra October 2018 | Page 28

Xtra Peratusan kejayaan IVF tinggi tarik pelancong asing ke Malaysia Peneraju Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) menerima pengiktirafan tiga tahun berturut-turut sejak 2015 hingga 2017 M 26 intracytoplasmic sperm injection) sebagai tambahan kepada 3D laparoscope. ALAYSIA mencatatkan peratusan kejayaan rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) sebanyak 55 hingga 60 peratus berbanding purata global hanya 50 hingga 55 peratus. Kejayaan ini diperoleh menerusi empat buah pusat kesuburan yang di iktiraf oleh Reproductive Technology Accreditation Com- mittee (RTAC) bersama 23 lagi pusat kesuburan yang menawarkan kemudahan rawatan kes- uburan seperti TMC Fertility Centre, Alpha Fertility Centre, Sunfert International Fertility Clinic, Fertility Associates, Prince Court Medical Centre, KL Fertility Centre, Metro IVF Fertility Centre, dan Genesis IVF & Women’s Specialist Centre. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, rakyat Indonesia, Vietnam, Myanmar, China dan terbaru India mencatatkan jumlah pelancong paling ramai ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesuburan. “Walau bagaimanapun, China antara negara tumpuan rawatan kesuburan selepas pembubaran dasar satu anak dilaksanakan di negara mereka sekaligus memberi peluang kepada MHTC untuk membantu pasangan dari negara tersebut untuk hamil,” katanya. “Sebagai hab kesuburan Asia, MHTC telah bersedia sepenuhnya untuk membantu setiap pasangan yang ingin bergelar ibu bapa. Demi merealisasikan impian dan harapan mereka, pusat kesuburan di Malaysia kini dilengkapi dengan pelbagai kepakaran embryologists dengan menawarkan harga berpatutan. RAWATAN YANG DISEDIAKAN Antara rawatan yang ditawarkan termasuk, Sequencing Generation Next (NGS), kaedah pemeriksaan menyeluruh dijalankan pada 23 set kromosom yang mana kaedah ini lebih cepat, lebih murah, lebih tepat dan dapat mengesan mosaicism hingga 99 peratus. “Kami juga melakukan kedua-dua kaedah sama ada Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) dan juga Preimplantation Genetic Screening (PGS) dalam satu biopsi selain turut menawarkan time lapse embryoscope, dimana embrio tidak diganggu dan akan dipantau secara berterusan menerusi kamera litar tertutup setiap 20 minit. “Kami turut mempunyai Piezo-ICSI (Piezo- KOS RAWATAN JAUH LEBIH MURAH “Rawatan kesuburan berkualiti tinggi yang ditawarkan di negara ini sangat berpatutan dengan harga sekitar RM16,500 (USD4,000) hingga RM21,000 (USD5, 000) berbeza mengi- kut keadaan dan keperluan pesakit. “ “Di samping itu, pakar embriologi di Malaysia berpengalaman dan telah menerima latihan dari institusi perubatan terkemuka di Malaysia, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.” Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) (MHTC) Sherene Azli menerima anugerah dari Ketua Editor IMTJ, Keith Pollard Anugerah yang dimenangi di Medical Travel Awards 2018: • Hospital Antarabangsa Terbaik (International Hospital of the Year) – Pemenang: Gleneagles Kuala Lumpur • Pusat Pakar Pesakit Antarabangsa Terbaik (International Specialist Patient Centre of the Year) – Pemenang: Institut Jantung Negara • Klinik Kesuburan Antarabangsa Terbaik (International Fertility Clinic of the Year) – Pemenang: TMC Fertility • Klinik Pembedahan Kosmetik Antarabangsa Terbaik (International Cosmetic Surgery Clinic of The Year) – Pemenang: Beverly Wilshire Medical Centre • Inisiatif Pemasaran Terbaik (Best Marketing Initiative) – Pemenang: Gleneagles Kuala Lumpur (Kempen Less Pain, More Gain – a Minimally Invasive Surgery) • Inisiatif Kualiti Terbaik (Best Quality Initiative) – Pemenang: Tropicana Medical Centre • Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelanggan (Excellence in Customer Service) – Kepujian Tertinggi: Gleneagles Kuala Lumpur MEMPERKASAKAN PENJAGAAN KESIHATAN Antara usaha yang dilakukan oleh MHTC untuk mengukuhkan lagi penjagaan kesihatan di Malaysia sebagai hab kesuburan termasuk aktiviti pemasaran dan promosi pusat kesub- uran swasta terkemuka di Malaysia, sebagai rakan kongsi China. “Strategi yang dilaksanakan termasuk mengadakan ceramah kesihatan, menyertai persidangan, ekspo, menggunakan media sosial seperti We Chat serta media lain dan turut aktif dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan hospital dan banyak lagi.” Usaha lain dalam mempromosikan penjagaan kesihatan Malaysia termasuk membangunkan strategi strategik seperti perkongsian dengan Tai Orient - sebuah syari- kat rujukan IVF yang mempunyai 30 cawangan di seluruh bandar raya pertama dan kedua di China. Tai Orient telah membantu mempromosi- kan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk rawatan kesuburan di China. Selain itu, MHTC turut bekerjasama dengan rakan kongsi sama ada dari sektor awam ataupun swasta seperti hospital swasta, Kementerian Pelancongan, agensi kerajaan lain seperti MATRADE, MITI, imigresen, kedutaan, syarikat penerbangan, agen pelancongan dan hotel. MHTC CEMERLANG DI ATHENS Malaysia Healthcare telah menerima pengik- tirafan di atas pencapaian cemerlang para penyedia perkhidmatan kesihatan di majlis anugerah Pelancongan Kesihatan International Medical Travel Journal (IMTJ) 2018 (Interna- tional Medical Travel Journal (IMTJ) Medical Travel Awards 2018) yang diadakan di Athens