Oktober. 2018
28
al-Siha
|
KETIDAKSUBURAN tidak mengenal sesiapa, bangsa, warna kulit mahupun kepercayaan. Malah umum tahu, masalah ini berpunca dari pelbagai faktor dan kini pelbagai kaedah rawatan kesuburan mula diperkenalkan bagi membantu setiap pasangan yang memerlukan. Rawatan kesuburan telah dilakukan sejak berabad lamanya dan terbukti berkesan dalam membantu wanita untuk hamil melihat kepada kajian perubatan dan juga rawatan yang telah dijalankan. Masalah serta rawatan ketidaksuburan ini telah lama dibincangkan oleh para ulama Islam.
Mungkin sesetengah pihak percaya bahawa agama dan sains tidak boleh diletakkan selari dalam apa jua keadaan sekalipun. Walau bagaimanapun, penting untuk mengetahui apa yang di perkatakan oleh agama tentang sesuatu isu dimana sains juga mempunyai jawapan tertentu.
Disebabkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, Health + telah menemui Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci.
Apakah rawatan kesuburan pada pandangan Islam?“ Islam menyeru umatnya supaya berusaha untuk merawat sebarang penyakit yang menimpa diri mereka,” katanya.
“ Al-Quran telah menceritakan tentang beberapa kisah nabi yang diberikan ujian lambat menimang cahaya mata dan sesiapa sahaja yang menghadapi masalah ketidaksuburan, maka mereka sebaik-baiknya mendapatkan rawatan.
“ Berkahwin dan membesarkan keluarga amat disarankan dalam Islam kerana ia adalah sebahagian daripada Hifz al-Nasl( memelihara keturunan).”
PENERIMAAN ISLAM TERHADAP RAWATAN MODEN
Islam menyokong sepenuhnya pasangan suami isteri untuk mempunyai anak. Oleh itu, apabila mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian, sangat disarankan bagi mereka untuk mendapatkan rawatan. Namun, persoalannya, adakah rawatan saintifik moden sekarang bertentangan dengan ajaran Islam?
“ Tidak semua rawatan kesuburan diterima
|
VALID TREATMENT: Islam menerima rawatan IVF dan rawatan kesuburan yang lain asalkan tidak bertentangan dengan agama Islam.
Islam,” jelas Tan Sri Othman.
“ JAKIM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain untuk memberitahu kepada semua orang Islam di Malaysia tentang pelbagai rawatan perubatan yang boleh dilakukan oleh mereka.”
Para Ulama di Malaysia yang bergabung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi fatwa tentang IVF dan bersepakat dengan keputusan berikut:
Bayi IVF dari benih suami isteri yang disenyawakan secara sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi IVF itu adalah tidak sah.
Bayi yang dilahirkan melalui kaedah IVF boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara yang betul.
Ini menjelaskan bahawa rawatan kesuburan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan maklumat ini berguna untuk pasangan beragama Islam yang belum mengandung tetapi ragu-ragu untuk menjalani prosedur rawatan IVF yang ada di Malaysia.
Tan Sri Othman turut menasihati semua pembaca khususnya yang beragama Islam supaya mendapatkan pertolongan dan rawatan segera terutama bagi mereka yang mampu. Jangan lupa berdoa, kerana segalanya dari izinNya.
KISAH NABI Antara nabi yang diuji lambat mendapat zuriat
|
adalah Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Sarah.
Dan mereka berkata:“ Janganlah kamu takut,” lalu mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang alim bernama Ishak. Kemudian isterinya datang memekik lalu menepuk mukanya sendiri seraya berkata:“( Aku adalah seorang perempuan tua yang mandul.”
Mereka berkata:“ Demikianlah Tuhanmu berfirman,” Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
( Adz-Dzariyat: 28 – 30)
Jarak antara khabar gembira dengan kelahiran Ishak adalah setahun. Adapun sebelum itu Siti Sarah tidak pernah melahirkan, kemudian melahirkan ketika berusia 99 tahun dan Nabi Ibrahim berusia 100 tahun.
Satu lagi kisah Nabi yang diuji dengan lambat mendapat zuriat iaitu Nabi Zakaria. Baginda berdoa selepas lama tidak diberikan keturunan.
“ Dan( ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya:
“ Ya Tuhanku janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik.
Maka kami memperkenankan doanya, dan kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya mengandung.”
( Al-Anbiya’ 89 – 90)
Begitu juga dengan nabi kita Muhammad SAW yang lama tidak dikurniakan anak sejak diutus menjadi Rasul daripada setiap isteri baginda.
Qasim adalah Putera sulung Rasulullah, dilahirkan dan telah meninggal dunia sebelum nabi menerima wahyu pertamanya. Qasim lahir daripada isteri Rasulullah, Siti Khadijah RA.
Manakala anak Rasulullah yang kedua, Abdullah juga dilahirkan oleh Siti Khadijah.
Abdullah juga disebut atThayyib dan at- Thahir, menurut pendapat bahawa dilahirkan selepas kenabian dan meninggal pada usia yang masih kecil. Ibrahim lahir di Madinah, dan wafat ketika masih kecil.
Manakala anak perempuan baginda, Zainab, Roqiyah, Ummu Kultsum dan Fatimah. Semua anak baginda wafat disaat nabi masi hidup kecuali Fatimah yang meninggal dunia selepas enam bulan baginda wafat.
Diterbitkan semula dari Health +, Mei 2016 dengan kebenaran dari Hashplus Communication Sdn Bhd
|