al-Siha : Xtra October 2018 | Page 25

Xtra Profortil, tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma Rawatan ketidaksuburan kebanyakkannya tertumpu kepada wanita, walhal ia sepatutnya melibatkan kedua-dua pihak sama ada wanita mahupun lelaki kerana lelaki turut mengalami masalah yang serius seperti kurangnya kualiti dan juga kuantiti sperma KELEBIHAN PROFORTIL M ENURUT Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Prof Martin Imhof, lelaki yang di kenal p a s t i m e ng a l a m i m a s a l a h berkenaan akan melalui rawatan pering- kat awal dimana pakar kesuburan akan mengoptimumkan terlebih dahulu masalah sperma tersebut. “Kami cuba mencari punca masalah dan melakukan banyak kajian bagi membantu menangani masalah ini namun proses terse- but tidak mudah sebenarnya kerana sperma memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk penghasilan ke tahap matang,” katanya. Tambah beliau, sebelum ini pihaknya juga pernah menjalankan kajian mengenai hormon dan clomiphene, namun tahap kesuburan lelaki masih tidak meningkat. Jelasnya dalam satu kajian yang telah dilakukan keatas penduduk di Amerika dan Eropah, pihaknya mendapati bahawa kualiti dan kuantiti sperma lelaki berusia 40 tahun hingga 50 tahun semakin menurun. “Dapatan kajian menunjukkan bahawa mereka mengalami penurunan mulnutrisi yang terdapat dalam badan sebanyak 40 peratus sehingga 80 peratus, akibat amalan pemakanan yang tidak sihat atau kualiti makanan yang tidak baik sehingga mempen- garuhi kualiti sperma,” katanya. Sementara itu, Prof Martin Imhof turut menegaskan bahawa gaya hidup seperti merokok, minum alkohol dan dadah antara faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti sperma. “Pemakanan dan gaya hidup memberi impak kepada kualiti air mani,” katanya. Prof Martin Imhof, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Pengarah Pembangunan Perniagaan Profortil, Logen P Singam. Setiap doktor menginginkan yang terbaik untuk pesakit mereka, dan pastinya setiap rawatan, ubat-ubatan, suplemen dan seb- againya akan dipilih dari yang terbaik. “Profortil adalah produk yang disarankan dalam membantu dan meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Profortil terbukti berke- san melalui kajian yang dilakukan dan telah membantu ramai lelaki mendapat kualiti dan kuantiti sperma yang sepatutnya. Profortil diyakini tidak akan memberi apa-apa kesan sampingan yang memudaratkan,”katanya. Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Profortil, Logen P Singam berkata, Profortil akan membantu meningkatkan kualiti bilangan sperma sekurang-kurangnya sebanyak 25 peratus. “Ada kes dimana pasangan tidak perlu melakukan IVF atau rawatan kesuburan lain setelah mengamalkan pil profortil selama tiga bulan,”katanya. Profortil telah diperkenalkan di Malays ia sejak dua tahun lalu dan telah berada di pasaran luar negara sejak 10 tahun lalu. Profortil adalah neutraseutical produk yang di jual di hospital dan klinik yang terpilih kerana ia hanya boleh diambil atas nasihat doktor. “Bukan wanita sahaja yang men- galami masalah tertentu yang menyebabkan kegagalan untuk hamil, tetapi kesihatan lelaki juga perlu diambil kira dan kami menghasil- kan profortil untuk membantu mereka,” katanya. Tambah beliau, terlalu banyak produk kes- uburan yang dijual di luar sana tetapi profortil berbeza kerana ia produk yang terbukti secara klinikal. Kajian DNA mendapati, dengan pengambilan suplemen seperti profortil, ianya dapat memperbaiki kualiti sperma. 23 Kualiti sperma sangat penting untuk kehamilan,malangnya kerosakan DNA banyak berlaku kepada sperma dan menyebabkan pelbagai masalah lain antaranya kesukaran untuk hamil, keguguran dan juga keguguran berulang-ulang. “Melalui ujian DNA sperma , doktor atau pegawai perubatan boleh mengenal pasti kualiti DNA dalam sperma bagi membolehkan pihak mereka memilih sperma yang berkualiti tinggi. Bagi rawatan IVF misalnya, sperma yang berkualiti akan membantu kejayaan rawatan dan kehamilan,” katanya. DNA SPERMA (DNA FRAGMENTATION)