al-Siha : Xtra October 2018 | Page 24

Xtra

Keberkesanan Intrauterine insemination( IUI)

Untuk pasangan yang mengalami ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan( unexplained infertility).
Dr. Mohd Nasir Tak Abdullah, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Salam Specialist Hospital.
OLEH PUTRA MOKHTER
Oktober. 2018
22
al-Siha

INSEMINASI intrauterin( Intrauterine insemination) atau IUI adalah satu kaedah penghamilan yang dibantu untuk meningkatkan kualiti sperma dan dalam masa yang sama meningkatkan peratusan kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Salam Specialist Hospital, Dr. Mohd Nasir Tak Abdullah, semasa proses IUI dijalankan, doktor akan meletakkan sperma yang telah dibersih dan dipersiapkan ke dalam uterus( rahim) semasa isteri mengovulasi.
Jadi, sperma tersebut berada ditempat yang betul dan pada masa yang tepat apabila telur bergerak melalui tiub fallopian. Prosedur ini kadangkala digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan kadar peratusan untuk hamil.
“ Pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu menjalani prosedur IUI antaranya kerana individu tersebut tidak dapat melakukan hubungan kelamin kerana masalah ketidakupayaan, kecederaan atau masalah fizikal seperti ejakulasi retrograde dan ejakulasi pramatang,” katanya.
Tambah beliau, antara faktor-faktor lain yang menjadi punca pasangan itu harus menjalani prosedur IUI adalah kerana terdapat ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan( unexplained infertility).
BAGAIMANA KAEDAH IUI DIJALANKAN?
Peringkat persediaan telur( wanita) IUI boleh dilakukan bersama-sama dengan penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan pengeluaran telur. Biasanya doktor pakar akan menggunakan ubat kesuburan seperti Clomiphene Citrate atau suntikan Follicle Stimulation Hormone( FSH).
“ Antara risiko penggunaan ubat ini adalah mengandung lebih dari satu dan syndrome superovulasi ovary( Ovarian Hyperstimulation Syndrome).
Sebagai langkah persediaan, ubat subur akan diberikan bermula dari hari kedua haid sehingga hari ke enam bagi clomiphene citrate dan sehingga hari ke 12 bagi follicle stimulating hormone.
Katanya, ujian ultrasound untuk mengikuti perkembangan telur akan di buat selang sehari bermula dari dari hari ke enam haid bagi mereka yang menerima FSH dan bermula dari hari ke 10 bagi mereka yang menerima Clomiphene Citrate.
Apabila telur membesar sehingga lebih dari 1.8 cm, suntikan hCG akan diberikan untuk
mencetuskan ovulasi. Wanita ini bersedia untuk kaedah IUI selepas 36 – 40 jam dari suntikan hCG.
Penyediaan Sperma( Lelaki) Langkah 1. Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma pada hari rawatan IUI Langkah 2. Sperma akan dibersih untuk membuang cecair di sekeliling dan sperma yang berpotensi untuk persenyawaan dipisahkan keluar. Langkah 3. Sperma yang telah diproses diletakkan dalam tiub kecil( IUI Catheter) dan telah sedia untuk dimasukkan ke dalam rahim.
Jelas Dr. Mohd Nasir, untuk membolehkan IUI berkesan, tiub fallopian mestilah tidak tersumbat dan sihat. Untuk menentukan keadaan ini, setiap wanita perlu menjalani ujian patensi tiub.
Tambah beliau, ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah laparoskopi, iaitu satu kaedah pembedahan lubang kunci, ataupun histrosalpingogram iaitu satu bentuk permeriksaan X-Ray. Kaedah kaedah ini dapat mengesan sebarang masalah atau penyumbatan dalam uterus atau tiub fallopian.
“ Lebih muda wanita berkenaan lebih tinggi peluang untuk berjaya hamil. Kadar kejayaan juga meningkat dengan bilangan IUI yang seterusnya secara berturut- turut,” katanya.
PROSES IUI Langkah 1. Alat speculum( alat khas untuk membuka dinding faraj) akan dimasukkan kedalam faraj untuk membolehkan serviks atau pintu rahim dilihat dengan jelas. Langkah 2. Satu tiub kecil( lembut, fleksibel) kemudiannya dimasukkan ke dalam kedalam Rahim anda melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi dimasukkan terus kedalam rahim melalui tiub ini.
Keseluruhan proses mengambil masa hanya beberapa minit. Prosedur ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan menyakitkan seperti senggugut tetapi hanya sementara. Langkah 3. Anda mungkin perlu berehat untuk masa yang singkat( 20- 30 minit) sebelum pulang ke rumah.
KADAR KEJAYAAN IUI Secara umumnya jika mengikut sesetengah kajian kadar kejayaan( kelahiran bayi) mengikut umur adalah dilaporkan seperti
berikut:
• 16 % untuk wanita yang
berusia di bawah 35
• 11.0 % bagi wanita berusia
antara 35 – 39
• 4.7 % bagi wanita berusia •
antara 40- 42
• 1.2 % bagi wanita berusia
antara 43- 44