Xtra
Kepentingan
kit peramal
ovulasi
Dr Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan.
24
P
AKAR Kesuburan KL Fertility
Centre, Dr Natasha Ain Mohd
Nor berkata persiapan mental
sangat penting bagi wanita
Trying To Conceive(TTC) ini,
supaya mereka lebih bersedia
berhadapan dan menerima
segala situasi yang mungkin berlaku.
“Bergantung kepada rezeki masing-masing,
mungkin ada wanita TTC yang mengambil
masa bertahun-tahun lamanya, namun sabar
dan kawal emosi agar tidak mengalah separuh
jalan,” katanya.
TEKNIK MENGGUNAKAN KIT
UJIAN KESUBURAN (OPK)
Selain mengira waktu subur, teknik meng-
gunakan Kit Ujian Kesuburan (OPK) juga
kaedah yang amat disarankan bagi mereka
yang ingin hamil dimana ia adalah alat yang
digunakan untuk menguji waktu subur wanita.
Alat ini membantu wanita mengesan hari
ovulasi dengan tepat iaitu sekurang-kurangnya
(99.6%).
Alat ini akan menentukan tahap lonjakan
hormone LH untuk meningkatkan peluang
kehamilan setelah mengetahui waktu subur.
“LH adalah salah satu hormon yang terlibat
di dalam proses ovulasi wanita pada setiap
bulan. Sebelum proses ovulasi berlaku, paras
hormon LH ini akan meningkat dengan secara
mendadak. Ini dikenali sebagai ‘LH Surge’
yang akan merangsang folikel matang kilang
telur seseorang wanita untuk pecah. Hormon
LH dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam
selepas ‘LH surge’. Ovulasi akan berlaku lebih
kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan
dalam air kencing,” katanya.
OPK adalah sejenis alat yang boleh dibeli
di mana-mana kedai farmasi yang boleh
digunakan untuk mengesan ‘LH surge’ dengan
hanya menggunakan specimen air kencing
sahaja. Oleh itu, ujian mudah ini boleh dilaku-
kan di rumah atau pejabat.
“Cara menggunakan OPK ini adalah dengan
mengira kitaran haid yang lepas selama 3-6
Ketahui waktu subur wanita
untuk meningkatkan lagi
peluang kehamilan.
bulan. Ambil kitaran haid yang terpendek dan
tolakkan 17 hari,” katanya.
Kitaran haid yang terpendek ialah 27 hari.
Mula membuat ujian OPK 27 - 17 hari = 10.
Hari untuk memulakan ujian OPK ialah pada
hari ke-10 haid.
Selepas ujian OPK menunjukkan tanda
positif pasangan hendaklah melakukan
hubungan kelamin bermula dari hari pertama
mendapat ujian positif OPK dan kemudian
lakukan hubungan kelamin pada keesokan
harinya juga.
“Bagi wanita yang mengalami masalah
haid yang tidak teratur, hendaklah berjumpa
dengan doktor dan kenal pasti punca haid
tidak teratur,” katanya.
Di dalam pasaran terdapat juga digital test
kit di mana pengguna akan membuat ujian air
kencing pada test stick setiap pagi dan meletak-
kannya di dalam alat digital tersebut. Digital
test kit ini akan menganalisa hormon LH di
dalam air kencing dan memberitahu sama ada
kesuburan anda adalah ‘paling subur’. Untuk
mengetahui keputusan itu, Clearblue Digital
Ovulation Test akan menunjukkan simbol ‘o’
jika tidak mempunyai ‘LH surge’ dan simbol
‘smiley face’ jika mempunyai ‘LH surge’.
“Sekiranya anda telah mencuba selama tiga
hingga enam bulan sendiri sebaiknya jumpa
doktor pula untuk mendapatkan bantuan,”
katanya.
Namun, janganlah terlalu berharap dengan
alat OPK ini kerana ia mungkin boleh menim-
bulkan rasa stres di antara kedua-dua pasangan
kerana terpaksa merancang waktu melakukan
hubungan intim semasa ‘waktu subur’.
“Salah satu kaedah yang tidak stres adalah
dengan melakukan hubungan seks dua atau
tiga kali seminggu. Sekiranya anda sudah boleh
mengagak waktu subur, anda boleh melaku-
kannya dengan lebih kerap dalam tempoh
tersebut,” jelasnya.
CARA MENGGUNAKAN
OPK
• Gunakan brand Clearblue sebab
brand ini adalah lebih sensitif dan
tepat.
• Terdapat juga dalam pasaran Clear-
blue Digital Ovulation Test yang akan
memberikan keputusan terus untuk
anda. Jadi tidak perlulah ‘menggaru
kepala’ untuk cuba ‘interpret’
keputusan sekiranya menggunakan
Clearblue Digital Ovulation Test.
• Gunakan sampel air kencing
dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Jangan gunakan sampel air kencing
yang pertama. Juga pastikan anda
kurang minum air 2 jam sebelum
membuat ujian air kencing tersebut
agar air kencing tidak menjadi terlalu
cair.
• Buat ujian tersebut pada waktu
yang sama setiap hari.
• Ambil sampel air kencing.
• Rendamkan strip ujian ke dalam
air kencing.
• Bacakan keputusan selepas 5
minit.
• Untuk keputusan positif, T
line (Test line) hendaklah sama
terang dengan C line (Control line).
(Sekiranya susah untuk membaca
keputusan tersebut, belilah Clear-
blue Digital Ovulation Test).
• Kadangkala terdapat seten-
gah-tengah pesakit di mana
keputusannya menunjukkan garisan
T line yang samar-samar (faint posi-
tive). Sekiranya terdapat keraguan
hendaklah mendapat kepastian dari
doktor yang merawat terutamanya
jika anda sedang menjalani rawatan
kesuburan seperti IUI atau untuk
prosedur Frozen embryo transfer.