al-Siha : Xtra October 2018 | Page 22

Xtra Kemajuan dan perbezaan rawatan IVF Kemajuan teknologi IVF kian membangun malah kesedaran orang awam mengenai rawatan kesuburan IVF seolah-olah bukan satu perkara baharu P OLEH PUTRA MOKHTER 20 ERBEZAAN rawatan IVF hari ini amat ketara jika dibandingkan dengan rawatan kesuburan pada tahun 90an, malah pengetahuan orang ramai mengenai rawatan tersebut juga dilihat jauh berbeza. Pakar Perunding Obstetrik, Pakar Psikologi & Perubatan Reproduktif Hospital Pakar Avisena, Dato’ Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kemajuan teknologi IVF kian membangun malah kesedaran orang awam mengenai rawatan kesuburan IVF seolah-olah bukan satu perkara baharu. “Rakyat Malaysia sedar tentang per- tumbuhan pusat rawatan kesuburan dan kepentingannya dalam membantu pasangan yang ingin bergelar ibu bapa dan mereka mula mendapatkan rawatan. KOS TINGGI, REALITI IVF Senario dahulu dan kini amat berbeza. Sebagai contoh, jika dahulu pasangan yang berkahwin dan tidak memiliki zuriat lebih selesa untuk memberi jawapan tidak mempunyai rezeki ataupun redha dengan ketentutan Tuhan. Namun, hari ini ramai yang sedar, mereka boleh, dan harus lakukan sesuatu. Kemajuan teknologi mempengaruhi kos rawatan IVF dimana setiap peralatan, mesin, makmal yang digunakan menelan belanja yang amat tinggi. “Antara yang menghalang usaha pasangan untuk menjalani rawatan IVF adalah kos yang agak tinggi. Lazimnya, mereka yang memerlu- kan rawatan IVF adalah pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan masih tidak stabil dari segi kewangan dan berusia lingkungan 30 tahun keatas. Jadi apabila kos rawatan IVF begitu tinggi, maka mereka men- cari alternatif lain yang tidak membantu mereka secara keseluruhannya.” “Sudah pasti kami akan memastikan segalanya adalah yang terbaik untuk pesakit, terutama dalam memastikan rawatan kekal relevan. Di Hospital Pakar Avisena, kami menggunakan teknologi yang serba canggih meskipun dari sekecil-kecil peralatan tetap akan ditukar ganti dalam memastikan keberkesanan rawatan. Namun, pelaburan yang tinggi nilainya ini adakalanya menjadi beban kepada mereka yang ingin menjalani rawatan IVF.” Dr Zamri berkata, dengan adanya bantuan kewangan yang disediakan bagi mereka yang terpilih seperti Tunku Azizah Fertility Founda- tion (TAFF) yang diasaskan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah, ia sedikit sebanyak Dato’ Dr. Zamri Abdul Rahim. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Hospital Pakar Avisena. Berdiri dari kiri, Shahrin Shafie, Ahmad Tazilan Mokhtar, Nor Hafidah Mustapha, Muhaimin Ooyub Shafie, Norsilayati Kamal Ariffin, Rosmawati Osman. Duduk dari kiri : Mazidah Umar, Dr Abdul Razak Hamzah, Dato’ Dr Omar Abd Hamid, Haslina Zainuddin. membantu mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk menjalani rawatan IVF. “Setiap individu mempunyai cabarannya yang tersendiri, jika bagi pesakit mungkin mereka terpaksa mengorbankan sedikit masa mereka untuk menjalani rawatan, dimana ada waktunya rawatan dilakukan pada hujung minggu dan memakan masa yang agak lama. Bagi doktor dan jururawat pula, mungkin lebih kepada komitmen yang terpaksa diberikan dalam memastikan rawatan berjaya dan ber- jalan lancar. IVF DI AVISENA SPECIALIST HOSPITAL “Ramai pesakit yang datang ke Hospital Pakar Avisena untuk melakukan rawatan IVF terma- suklah pesakit dari Perlis, Kuala Lipis, Kerteh, dan Pahang. Tidak kurang juga dengan pesakit dari luar negara seperti Yeman. “Avisena menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang strategik, dimana Shah Alam terletak tidak begitu jauh dengan Klang dan Petaling Jaya.” Tambah beliau, rawatan kesuburan di Hos- pital Pakar Avisena bermula sejak tahun 2000 lagi, dan melibatkan pakar-pakar yang terlatih dan berpengalaman. “Dalam kata lain, word of mouth sangat membantu dalam perjalanan kami menerusi rawatan IVF.” Menurut Dr Zamri, setiap pasangan yang masih belum hamil selepas berkahwin selama 1 tahun dan 6 bulan bagi mereka yang berusia lebih dari 35 tahun atau wanita khususnya, hen- daklah menjalani rawatan secepat mungkin, kerana kos rawatan mungkin tidak terlalu tinggi dan pesakit masih mampu untuk menanggung kos yang ditetapkan. “Bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, mempunyai kesan hitam pada tengkuk dan sebagainya, jalani pemeriksaan di awal usia kerana itu simptom Polycystic Ovary, antara punca ketidaksuburan. MENGENAI HOSPITAL PAKAR AVISENA Avisena dahulunya dikenali sebagai Pusat Perubatan DEMC dan sudah berusia 20 tahun. Avisena terletak di Shah Alam dan meru- pakan hospital pakar eksklusif yang tidak asing di dalam negara malah di peringkat antara- bangsa selain turut berkonsep perkhidmatan butik dan Lounge Sutera (tempat menunggu atau berehat bertaraf lima bintang). Pada tahun yang sama, DEMC dianugerah- kan Keahlian Penuh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan diiktiraf untuk menerima pesakit asing melalui program pelan- congan kesihatan. Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980. Layari avisena.com.my untuk maklumat lanjut.