Xtra
PERBEZAAN IVF DAN ICSI
“Sekarang kedua-dua rawatan kesuburan ini
penting dan dijalankan sama ada IVF mahu-
pun ICSI,” katanya.
Jelasnya, IVF adalah kaedah dimana
sperma suami diletakkan bersama telur isteri
dan proses persenyawaan berlaku di luar
badan (di dalam tabung uji atau piring petri).
Manakala, ICSI pula adalah kaedah dimana
pakar embriologis menyuntik sperma dari
suami terus ke dalam telur isteri dengan
menggunakan peralatan tertentu.
Bagaimanapun prosedur ini tidak
memakan masa yang lama dan kurang dari
30 minit. Selepas air mani dikumpulkan,
pemilihan sperma dilakukan sebelum pakar
embriologi mengambil alih dan meneruskan
dengan menjalankan prosedur seterusnya.
MAKMAL IVF IDEAL
Menurut Khairunnisa’, setiap pusat rawatan
kesuburan IVF perlu memiliki kemudahan
dan peralatan yang terbaik bagi memastikan
keputusan yang diperoleh adalah tepat.
“Fokus LabIVF lebih kepada keperluan
pusat IVF, pusat kesuburan, serta makmal agar
semuanya dilengkapi dengan kemudahan dan
peralatan yang memenuhi piawaian terkini.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beber-
apa pusat kesuburan IVF di negara ini yang
masih menggunakan peralatan yang lama.”
Memandangkan kualiti peralatan turut
mempengaruhi ketepatan ujian kesuburan,
Nisa menggesa seluruh pusat IVF supaya
menggunakan embriologis atau kakitangan
yang diperakui untuk menyelenggarakan
peralatan mereka, selain membeli peralatan
yang berdaftar.
Jelas beliau, pusat IVF yang tidak mahu
menyelenggara atau menaiktaraf kemudahan
atas alasan penggunaan yang minimum.
Kakitangan bahagian operasi sedang
mengendalikan stok-stok barangan
perubatan dalam stor khas LabIVF.
Tan Yeong Wei, Timbalan Pengurus Besar
LabIVF.
“Fokus LabIVF
lebih kepada
keperluan
pusat IVF, pusat
kesuburan,
serta makmal
agar semuanya
dilengkapi dengan
kemudahan
dan peralatan
yang memenuhi
piawaian terkini.”
“LabIVF sentiasa memastikan pusat kes-
uburan memiliki microskop yang bermutu
tinggi, inkubator dan alat mikro manipulasi
yang serba canggih.
Katanya, embrio sangat sensitif dan
memerlukan kadar suhu dan cahaya yang
optimum untuk berkembang.
KEPERLUAN PERATURAN
Garis panduan tertentu amat penting dalam
industri kesuburan bagi sesebuah negara.
“Peralatan yang digunakan oleh setiap
pusat kesuburan sebenarnya antara faktor
yang mempengaruhi kadar kejayaan rawatan,
kita lihat pusat kesuburan masing-masing
lazimnya mencatatkan peratusan kejayaan
yang berbeza.
Peraturan yang lebih baik bagi industri
kesuburan perlu dilaksanakan berikutan
permintaan yang semakin meningkat dari
semasa ke samasa. Malah kerajaan juga dilihat
semakin serius mengembangkan lagi industri
pelancongan kesihatan ini dan memperkenal-
kan perkhidmatan kesuburan dalam negara
hingga ke luar negara.
Jelasnya, garis panduan sedia ada juga
perlu dikemaskini agar selari dengan keper-
luan masa kini. Semoga dengan permintaan
rawatan kesuburan yang semakin tinggi,
mendorong setiap pusat kesuburan untuk
memastikan semua peralatan mengikut
standar d yang ditetapkan.
“Memilih pusat kesuburan yang memiliki
makmal yang baik dapat meningkatkan lagi
peluang kehamilan,” katanya.
TENTANG LABIVF
LabIVF berpengalaman membekalkan pera-
latan dan kemudahan dalam rawatan (IVF)
dan Cryogenics.
LabIVF telah beroperasi lebih dari 30 tahun
dan mempunyai sekurang-kurangnya 10 peja-
bat yang terletak di 8 buah negara termasuk
Malaysia, Singapura, Indonesia, India, Taiwan,
Thailand, Vietnam dan Filipina.
19
• Proses pembentukan embrio dari ‘Day 3’
kepada ‘Day 5’ iaitu Blastocyst
• Prosedur ICSI
• Prosedur ‘Thawing’ / Nyahbeku Embryo
• Prosedur membiopsi Embrio untuk proses
PGS / PGD
Kakitangan bahagian teknikal.