al-Siha : Xtra October 2018 | Page 20

Xtra 18 Kakitangan bahagian pemasaran sedang melakukan demonstrasi produk. LabIVF ‘hero’ disebalik tabir Fungsi sebuah makmal bagaikan ‘jantung’ bagi setiap rawatan kesuburan IVF M Nisa’ Esa, Pengurus Besar LabIVF. ENURUT Pengurus Besar LabIVF, Nisa’ Esa, makmal IVF antara faktor yang amat pent- ing dalam menentukan kejayaan rawatan IVF. “Walaupun doktor dan jururawat adalah penggerak kepada rawatan kesuburan ini, namun pakar embri- ologis yang professional turut memainkan peranan dalam memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya. Jelas Nisa’, fungsi sebuah makmal bermula dengan proses pengambilan telur (OPU) seh- inggalah berakhirnya prosedur pemindahan embrio ke dalam rahim. “Makmal IVF diuruskan oleh pakar embri- ologis iaitu saintis yang bertanggungjawab untuk menguruskan telur yang diperoleh dari  prosedur ‘Egg Pick up’. Sperma dari pasangan lelaki diambil dan seterusnya prosedur persen- yawaan telur dan sperma akan dilakukan. Disini proses pemantauan akan bermula dari semasa ke semasa dan perkembangan embrio terbentuk di dalam makmal IVF. Doktor yang menjalankan IVF dan para embriologis akan bersama-sama melakukan pemilihan embrio yang terbaik sebelum dipindahkan ke dalam rahim,” katanya. Persekitaran makmal IVF turut di jaga oleh para embriologis untuk memastikan perseki- taran itu adalah optimum bagi tumbesaran dan perkembangan sempurna untuk embrio. Oleh itu, makmal IVF yang bagus akan mempunyai pakar embriologis yang berpengalaman serta berdedikasi untuk men- guruskan segala aspek penjagaan makmal, termasuk peralatan-peralatan di dalam makmal IVF agar embrio diperoleh berkualiti atau dikehendaki. “Namun, kami tidak menyediakan kemu- dahan secara terus kepada pesakit, sebaliknya segala kelengkapan digunakan oleh doktor dan pakar embriologis untuk menjalankan pelbagai prosedur,” katanya. PROSEDUR “Semasa prosedur dijalankan, suami dan isteri akan dipisahkan, di mana isteri akan berada di OPU sementara suami dimasukkan ke dalam bilik khas untuk mendapatkan sampel air mani. Selepas prosedur pemulihan ovum dilaku- kan terhadap isteri, telur yang diperoleh akan dipilih dan bersedia untuk disenyawakan melalui kaedah Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).” Antara prosedur yang dilakukan oleh para embriologis: • Proses pembekuan telur • Proses pembekuan sperma • Proses pembekuan embrio untuk ‘Frozen Embryo Transfer’ (FET)