Peluang hamil kembar dengan
rawatan kesuburan
Pasti ramai yang teruja apabila melihat pasangan yang berjaya mendapat kandungan kembar
Pakar kesuburan KL Fertility Centre.
PAKAR Kesuburan, Dr. Natasha Ain Mohd Nor, peluang untuk kehamilan kembar selepas rawatan IVF adalah lebih tinggi berbanding kehamilan spontan dalam anggaran 20 % hingga 30 %.
“ Ini disebabkan oleh bilangan embrio 1 hingga 2 yang diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur pemindahan embrio,” katanya.
POLISI MENGURANGKAN RISIKO KANDUNGAN KEMBAR SELEPAS RAWATAN IVF
Statistik di atas di ambil dari rawatan IVF yang telah dijalankan di negara United Kingdom. Boleh dilihat bahawa peratus kehamilan kembar telah menurun disebabkan oleh polisi yang membenarkan tidak lebih dari 2 embrio dipindahkan ke dalam rahim bagi wanita berumur 40 tahun ke bawah.
“ Sebenarnya risiko untuk kehamilan kembar dipandang serius terutamanya jika kandungan kembar tersebut adalah hasil dari rawatan IVF. Oleh itu, tidak hairan sekiranya jika dilihat negara-negara barat seperti Australia dan United Kingdom terdapat polisi di mana tidak lebih dari 2 embrio sahaja dibenarkan dipindahkan masuk ke dalam rahim wanita semasa prosedur’ embrio transfer’,” katanya.
Malah kini dengan peningkatan teknologi makmal IVF, polisi‘ SET’(‘ Single Embryo Transfer’) di mana hanya satu sahaja embrio dibenarkan diletak kembali terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah bagi mengelakkan kandungan kembar telah mula diperkenalkan di negara-negara barat.
“ Di KL Fertility Centre, kami hanya meletakkan 2 embrio sahaja semasa prosedur‘ Embrio Transfer’( ET). Ini adalah untuk mengurangkan risiko untuk kandungan kembar. Peluang untuk kehamilan kembar 2 bagi pasangan di mana 2 embrio dipindahkan semasa ET adalah dalam linkungan 20 % hingga 30 %. Risiko kehamilan kembar 2 adalah lebih tinggi untuk wanita yang lebih muda sekitar 30 tahun dan ke bawah,” katanya.
Tambah beliau, kandungan dan kehamilan kembar ini sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi untuk ibu yang hamil dan juga bayi- bayi yang dikandungnya.
“ Secara umumnya kehamilan kembar ini akan terhasil apabila satu telur matang yang dihasilkan oleh kilang telur seseorang wanita bercantum dengan satu sperma dari pasangannya,” katanya
Tambah beliau terdapat dua cara di mana kandungan kembar dua‘ twins’ terhasil sama ada apabila dua telur disenyawakan oleh dua sperma berlainan dimana kehamilan kembar tersebut akan menghasilkan kembar dua yang tidak seiras. Ianya dikenali juga sebagai‘ fraternal twin’ atau‘ dizygotic twins’.
Manakala, sekiranya satu telur yang dipersenyawakan oleh satu sperma membahagi kepada dua maka kehamilan kembar tersebut pula akan menghasilkan kembar dua yang seiras.
Mereka mempunyai raut muka yang seiras dan juga dari jantina yang sama. Kembar dua ini dikenali sebagai‘ monozygotic twins’.
Perlu diingat kandungan kembar bukanlah setakat kembar 2 tetapi mungkin menjadi kandungan 3‘ triplet’ atau pun lebih.
PELUANG UNTUK HAMIL KEMBAR SEKIRANYA RAWATAN IVF DIBERIKAN Peluang untuk kehamilan kembar selepas rawatan IVF adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan spontan. Ianya adalah dalam anggaran 20-30 %. Ini disebabkan oleh bilangan embrio 1-3 diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur embrio transfer( ET).
Jumlah wanita bersalin
14,000 12,000 10,000 8,000 6,000
4,000 2,000
0
1992
1994
1996
1998
2000
Kembar Seorang
2002
2004
2006
Xtra
POLISI UNTUK MENGURANG- KAN RISIKO KANDUNGAN KEMBAR SELEPAS RAWATAN IVF Statistik tersebut di atas di ambil dari rawatan IVF yang telah dijalankan di negara United Kingdom. Boleh dilihat bahawa peratus kehamilan kembar telahpun menurun disebabkan polisi tidak lebih dari 2 embrio dipindahkan ke dalam rahim bagi wanita berumur 40 tahunke bawah.
Sebenarnya risiko untuk kehamilan kembar dipandang serius terutamanya jika kandungan kembar tersebut adalah hasil dari rawatan IVF. Oleh itu, tidak hairan sekiranya jika dilihat negara-negara barat seperti Australia dan United Kingdom terdapat polisi di mana tidak lebih dari 2 embrio sahaja dibenarkan dipindahkan masuk ke dalam rahim wanita semasa prosedur’ embrio transfer’. Malah kini dengan peningkatan teknologi makmal IVF, polisi‘ SET’(‘ Single Embryo Transfer’) di mana hanya satu sahaja embrio dibenarkan diletak kembali terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah bagi mengelakkan kandungan kembar telah mula diperkenalkan di negara-negara barat.
Di KL Fertility Centre kami hanya akan meletakkan 2 embrio sahaja semasa prosedur‘ Embrio Transfer’( ET). Ini adalah untuk mengurangkan risiko untuk kandungan kembar. Peluang untuk kehamilan kembar 2 bagi pasangan di mana 2 embrio dipindahkan semasa ET adalah dalam linkungan 20-30 %. Risiko kehamilan kembar 2 adalah lebih tinggi untuk wanita yang lebih muda ie 30 tahun dan ke bawah.
PELUANG MENDAPAT KANDUNGAN KEMBAR JIKA MENGGUNAKAN RAWATAN KESUBURAN Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan, pakar fertiliti akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur atau ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.
PELUANG HAMIL KEMBAR DENGAN SUNTIKAN FSH( FOLLICLE-STIMULATING HORMONE) Hormon FSH adalah ubat-ubatan suntikan hormon yang kerapkali digunakan untuk merangsang telur semasa rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan.
“ FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih kuat berbanding dengan clomid. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya risiko kandungan kembar adalah lebih tinggi dalam anggaran 30 % hingga 40 %. Walaupun kebanyakan kandungan kembar tersebut adalah kandungan kembar 2, lebih kurang 5 % adalah kandungan kembar 3 ataupun lebih,” katanya.
Oktober. 2018
17 al-Siha