al-Siha : Xtra October 2018 | Page 17

Xtra Simpan telur melalui kaedah pembekuan telur Kaedah pembekuan telur beri harapan baharu kepada pesakit kronik untuk menimang cahaya mata selepas pulih. Malaysia mensyaratkan embrio hanya boleh dibekukan selama lima tahun dan tambahan lima tahun dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) FAKTA MENGENAI PEMBEKUAN TELUR (‘EGG FREEZING’) 1 . Untuk mendapatkan kejayaan yang lebih tinggi, prosedur pembekuan telur sebaiknya dilakukan semasa wanita berumur awal 30an agar telur yang diperoleh lebih banyak dan berkualiti tinggi. . Kadar kejayaan kehamilan hasil penggunaan telur dibekukan adalah lebih rendah berbanding embrio yang dibekukan atas beberapa faktor seperti kaedah pembekuan yang telah digunakan dan juga umur wanita semasa telur itu diperoleh. . Wanita tersebut akan melalui prosedur sama seperti wanita yang membuat rawatan IVF. Rangsangan telur akan dibuat dengan hormon yang mungkin mempunyai kesan sampingan dan prosedur ‘egg collection’ akan dilakukan melalui faraj. . Anda tidak boleh mengetahui samada kualiti telur yang telah dibekukan dalam keadaan baik ataupun tidak sehinggalah ianya disenyawa kelak selepas dinyahbekukan. . Agama Islam tidak membenarkan pembekuan telur bagi wanita yang masih belum berkahwin. 2 perubatan. Pengarah Urusan dan Pakar Kesuburan Sunfert International, Dr. Wong Pak Seng ber- kata, pembekuan telur biasanya dilakukan oleh wanita yang ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya ketika di usia muda kerana bimbang tahap kesuburan yang semakin rendah apabila meningkat usia. Begitu juga bagi pesakit kronik seperti kanser di mana, telur yang dibekukan akan terhindar dari kesan kemoterapi dan radioterapi yang turut mengurangkan jumlah telur. “Pesakit yang menjalani rawatan kanser payudara, limfoma atau apa-apa penyakit lain yang berkaitan akan melakukan pembekukan telur dan mendapatkannya semula setelah habis tempoh rawatan,”katanya. SEBELUM PROSEDUR Wanita yang memilih untuk melakukan program pembekuan telur perlu menjalani beberapa persediaan. Dr.Wong berkata, pesakit pada awalnya disarankan untuk mengambil vitamin seperti asid folik, Vitamin D dan E, diikuti dengan pemakanan sihat yang mengandungi protein tinggi seperti telur, ikan dan ayam. “Ini antara persiapan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam masa 2 bulan sebelum proses tersebut dijalankan,”katanya. Tanpa suntikan atau rangsangan terhadap ovari, wanita hanya menghasilkan satu telur sebulan. Oleh itu, bagi mendapatkan lebih banyak telur, suntikan hormon akan diberi bagi merangsang ovari menghasilkan lebih banyak telur. “Semasa fasa stimulasi menggunakan sunti- kan hormon, doktor akan memantau pesakit dari semasa ke semasa sehingga hari ke-14, telur akan diambil,”katanya. Prosedur akan dimulakan dengan imbasan vagina, diikuti pengambilan telur dengan memasukkan jarum halus ke dalam ovari. Seterusnya, telur -telur yang telah diambil akan dibekukan di makmal melalui kaedah vitrifikasi. Vitrifikasi adalah satu kaedah pembekuan segera yang tidak memerlukan alatan pem- bekuan. Hanya dalam masa beberapa minit sahaja, proses dapat diselesaikan sebelum ia di simpan dalam tempoh masa tertentu. 5 15 Menurut garis panduan Majlis Perubatan Malaysia 2006 menetapkan bahawa telur tidak boleh disimpan lebih dari lima tahun, namun jika mereka memilih untuk melanjutkan tempoh masa, permohonan boleh dihantar kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)untuk lanjutan lima tahun lagi. “Proses pembekuan yang dilakukan dengan teknologi lama boleh mengakibatkan kemeroso- tan pada kualiti telur. Namun dengan teknologi terbaru terbukti dapat mengekalkan kuali ti telur selama 10 tahun. “Telur kemudian diletakkan di dalam cecair nitrogen di bawah suhu -196 Celsius, dipasang pada sistem penggera yang berfungsi memberi amaran jika suhu tidak berada pada tahap optima. KESEDARAN MASYARAKAT Sejak bayi pembekuan telur pertama dilahirkan pada 1984, kaedah ini menjadi sebahagian dari prosedur rutin dalam bantuan pembiakan manusia. “Meskipun kaedah ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, namun kesedaran rakyat Malaysia dilihat masih kurang. Walhal pembekuan telur dapat memberi peluang kepada wanita untuk hamil dan mengelakkan sel telur berdepan risiko yang tidak diingini. Pembekuan telur sebaik-baiknya dilakukan ketika wanita berusia 30 tahun atau lebih muda. Harus diingat, untuk hamil pada usia tua bukan sahaja sukar malah meningkatkan risiko untuk memperoleh bayi sindrom down. M ELAKUKAN pembekuan telur bukan lagi perkara baharu, malah kaedah ini telah diguna sejak bertahun-tahun lamanya atas faktor tertentu seperti komitmen kerjaya dan Dr. Wong Pak Seng 4 3