al-Siha : Xtra October 2018 | Page 16

Xtra

Time-Lapse Imaging dilakukan di dalam makmal.
Oktober. 2018

Inovasi IVF dalam dunia perubatan

Kaedah rawatan IVF terus kekal relevan dengan kemajuan teknologi canggih seterusnya tingkatkan peratusan kehamilan.
Dr. Eeson Sinthamoney, Pengarah Perubatan dan Pakar Kesuburan Sunfert International.
14
al-Siha

KEMAJUANrawatan In-Vitro Fertilisatin( IVF) dilihat terus kekal relevan dalam meningkatkan potensi kehamilan dengan bantuan teknologi canggih masa kini. Bermula dengan suntikan hormon, membesarkan telur, disenyawakan selama 3 atau 5 hari dan dipindahkan ke dalam rahim merupakan satu kaedah rawatan IVF yang dilakukan di seluruh dunia. Namun, hanya sebilangan sahaja yang dilihat menempa kejayaan. Mengapa ia terjadi?

Pengarah Perubatan dan Pakar Kesuburan Sunfert International, Dr. Eeson Sinthamoney berkata, kadar kejayaan IVF berbeza disebabkan oleh cara ia dijalankan atau disebabkan oleh faktor ubat-ubatan meskipun konsep IVF yang dijalankan adalah sama.
Dalam hal ini, ramai yang beranggapan semua embrio yang diperoleh mampu membuatkan mereka hamil. Hakikatnya, hanya embrio yang didapati‘ benar-benar’ berpotensi sahaja akan membesar menjadi bayi.
Begitu juga dakwaan yang mengatakan setiap embrio yang dipilih akan menjadi kembar juga merupakan satu kefahaman yang salah.
Jelasnya, IVF bukan satu proses yang mudah lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah memasuki had berisiko hamil. Persoalannya, bagaimana embrio berkualiti dipilih?
Bagi sesetengah wanita, embrio boleh diperolehi dengan banyak dan mudah. Namun, bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas, bilangannya akan berkurang.
PEMILIHAN EMBRIO“ Di sinilah proses yang dikenali sebagai embrio selection akan dijalankan. Ia merupakan proses
yang sangat penting untuk memilih embrio agar mampu berkembang dengan baik.
“ Sekiranya embrio yang dipilih sihat, maka risiko untuk gugur menjadi lebih rendah,” katanya.
CARA PEMILIHAN EMBRIO

1

. Blastosis culture- Embrio dipindahkan pada hari ke-5, 50 % peluang kehamilan.

2

. Time-Lapse Imaging( Morphokinetic):
Memasukkan embrio ke dalam inkubator berkamera, gambar embrio diambil setiap 10 minit, dan perkembangan setiap embrio akan diperhatikan melalui siri gambar yang telah diperoleh.

3

. Genetik: Semasa tahap“ blastocyst”, sama ada pada hari ke-5 atau ke-6, embrio akan dibiopsi dan diuji genetiknya. Embrio yang paling sihat akan dipilih.
INOVASI IVF TERKINI Bagi memajukan lagi rawatan IVF, Preimplantation Genetic Screening( PGS) dan Time-Lapse menjadi pilihan pakar kesuburan. Antara kelebihan PGS:
• Menurunkan risiko keguguran
• Hanya kromosom normal sahaja yang akan diambil
• Hanya memindahkan satu embrio sahaja dan menurunkan kadar kehamilan kembar kerana kandungan kembar mempunyai risiko tertentu
• Usia ibu bukan lagi faktor kegagalan IVF
KRITERIA PUSAT RAWATAN IVF Tidak kira betapa canggih pusat rawatan sekalipun, apa yang paling penting bagi setiap pesakit adalah berapa besar peluang yang mereka peroleh untuk hamil.
“ Pesakit mempunyai hak untuk memilih
pusat kesuburan yang mereka suka, mungkin setelah melihat pencapaian sesebuah pusat rawatan kesuburan,” katanya.
CABARAN RAWATAN IVF Kos adalah cabaran yang paling besar dalam rawatan IVF. Hal ini berikutan beberapa faktor seperti penggunaan ubat-ubatan, teknologi, prosedur, dan juga beberapa komponen lain.
Tambahnya, dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan atau kurang berkemampuan, pihak Sunfert International turut memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai IVFkasih yang dijalankan di Klinik Pakar Kesuburan Kasih, Shah Alam dengan kos minimum, sekitar RM8,800 sahaja.
“ IVFkasih adalah program IVF berkos rendah yang menggunakan pendekatan inovatif dalam mengurangkan kos perbelanjaan.
Program IVFkasih ini merangkumi kos perubatan dari permulaan rawatan IVF sehingga ke hari ujian kehamilan.
IVF 10 TAHUN AKAN DATANG Teknologi dan kefahaman tentang rawatan kesuburan IVF akan menjadi lebih baik di masa akan datang.
Jelas Dr. Eeson 10 tahun akan datang, mungkin berlaku beberapa perubahan atau pencapaian baharu dalam IVF. Antaranya, segala persoalan mengenai beberapa perkara melibatkan rawatan IVF akan terjawab, peluang hamil semakin tinggi, dan penciptaan ubat yang lebih efektif.
“ Sunfert International berusaha mencapai bukan sahaja kejayaan dalam melakukan pemilihan embrio, malah mungkin ke arah mengenal pasti pembawa single genes disorder.