al-Siha : Xtra October 2018 | Page 15

Kejayaan pertama apabila pesakit berjaya hamil melalui kaedah rawatan kesuburan IVF pada tahun 1995. P ERJALANAN bermula sebagai pakar perubatan di Hospital Lam Wah Ee di Pulau Pinang, Pengasas bersama Genesis IVF Pulau Pinang, Dr. Ng Peng Wah mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang obstetrik, ginekologi dan juga kesuburan. Dr. Ng Peng Wah melakar kejayaan pertama apabila pesakitnya berjaya hamil melalui kaedah rawatan kesuburan IVF pada tahun 1995. Tidak terhenti disitu, perjuangannya diteruskan sehingga ke hari ini, malah beliau telah berjaya membantu ribuan pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan setakat ini. Mengimbau kembali pengalaman bekerja di Hospital Lam Wah Ee yang merupakan pusat kesuburan pertama di Pulau Pinang, jelasnya tidak semudah yang disangka. Pada tahun 1997, Dr. Ng Peng Wah mencipta satu kejayaan menerusi kaedah suntikan sperma intrasitoplasmik atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI), yang pada ketika itu baharu sahaja diperkenalkan dan merekodkan kejayaan kehamilan dan kelahiran selamat oleh pakar kesuburan dari luar negara. Beralih ke tahun 2000, Hospital Lam Wah Ee, mula menjalankan kaedah pembekuan embrio, yang mana rawatan ini biasanya akan mengeluarkan sel telur dari badan wanita, disenyawakan dan dibekukan untuk kegunaan di masa akan datang. Tidak tertumpu kepada rakyat tempatan sahaja, malah Genesis IVF turut mendapat perhatian mereka yang tinggal di luar negara khususnya dari Indonesia. PEMERIKSAAN GENETIK PREIMPLANTATION (PGS) Pemeriksaan genetik preimplantation (PGS) adalah satu ujian yang dilakukan untuk men- Dr. Ng, pada tahun 2006, berjaya membantu seorang mangsa tragedi bencanaTsunami Aceh yang kehilangan tiga orang anak, hamil semula melalui kaedah IVF meskipun telah lewat dari usia ideal. “Tidak tertumpu kepada rakyat tempatan sahaja, malah Genesis IVF turut mendapat perhatian mereka yang tinggal di luar negara khususnya dari Indonesia. “ genal pasti embrio yang mempunyai masalah atau penyakit genetik (abnormal), dan hanya embrio yang sihat sahaja akan di pindahkan ke dalam rahim wanita sekaligus membantu meningkatkan kadar kejayaan IVF. PGS turut mengelakkan implantasi kro- mosom abnormal yang membawa kepada kelahiran bayi sindrom down. Menurut Dr. Ng Peng Wah, kelainan kromo- som merupakan penyebab utama kegagalan IVF dan dengan adanya kaedah PGS ini, kega- galan IVF dapat dielakkan. “Sebelum kaedah PGS dijalankan, pesakit perlu melalui beberapa kali pemindahan yang pastinya menelan perbelanjaan yang agak tinggi terutamanya bagi pesakit dari Luar Negara,” katanya. Tambah beliau, kaedah rawatan PGS ini juga sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang  telah beberapa kali gagal setelah melaku- kan rawatan IVF, dan juga kepada pesakit yang sering mengalami keguguran atau keguguran berulang kali. “Terlalu ramai pesakit yang mengalami keguguran berulang-ulang disebabkan oleh masalah kromosom abnormal,” katanya. Jelas beliau, kaedah PGS ini juga telah membantu mengurangkan lebih dari 50 peratus risiko keguguran. IMPIAN MENJADI KENYATAAN Pada tahun 2004, seluruh negara dikejutkan dengan tragedi tragis dimana Aceh dilanda bencana Tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan ramai kehilangan ahli keluarga. Menurut Dr. Ng, pada tahun 2006, beliau berjaya membantu seorang mangsa tragedi yang kehilangan tiga orang anak dalam bencana ini hamil semula melalui kaedah IVF meskipun telah lewat dari usia ideal. Jelasnya, kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kejayaan rawatan IVF malah memberikan kebahagian buat wanita yang telah kehilangan anak-anak mereka. IVF DI MASA AKAN DATANG Menurut Dr. Ng, peranan agensi pelancongan perubatan akan lebih hebat dari semasa ke semasa. Tambah beliau, kajian mengenai stem cell akan dipergiat atau diperhebat, kerana turut memainkan peranan penting dalam kaedah rawatan kesuburan. Dr. Ng turut berharap agar rawatan kesuburan di Genesis IVF semakin ber- patutan dan mudah diakses pada masa akan datang. 13 Genesis IVF, pusat rawatan kesuburan di Pulau Pinang Xtra