Oktober. 2018
12 al-Siha
Xtra
Kajian penyelidikan dan pembangunan( R & D) IVF
120 kajian saintifik telah dijalankan oleh Alpha Fertility Centre, dan kajian ini merangkumi pelbagai aspek bagi meningkatkan kadar kejayaan IVF
PEMBERIAN dos stimulasi yang tinggi kepada wanita dengan harapan untuk meningkatkan penghasilan sel telur yang banyak dan matang untuk rawatan Persenyawaan In Vitro( IVF) sebenarnya tidak akan memberikan hasil yang terbaik.
Menurut Pakar Kesuburan, Dato’ Dr. Colin Lee, tindakan itu boleh menjejaskan kualiti telur dan meningkatkan kemungkinan embrio yang mempunyai kromosom abnormal.
“ Cara yang terbaik adalah dengan mempunyai kemahiran yang mantap. Sebagai contoh, semasa proses pengambilan telur, pesakit mempunyai sebanyak 10 telur yang matang. Dengan kemahiran yang bagus, doktor dapat mengeluarkan kesemua 10 telur yang matang. Sekiranya hanya 6 telur sahaja yang dapat dikeluarkan untuk disenyawa, maka empat lagi telur akan membazir.
Jelasnya, kemahiran doktor adalah salah satu faktor yang paling penting semasa mengatasi masalah kemandulan.
MENGENAI AFC Alpha Fertility Centre( AFC) yang terletak di Kota Damansara ini adalah pusat kesuburan terbaru Dato’ Dr Colin Lee yang ditubuhkan pada tahun 2011 dengan beberapa pakar kesuburan terkemuka negara seperti Dr. Haris Hamzah, Dr. Leong Wai Yew dan Dr Tan Cheong Seong. Sebelum AFC, Beliau juga telah menubuhkan Damansara Fertility Centre dan Tropicana Medical Centre.
Malaysia mencatatkan kadar kejayaan IVF yang sangat tinggi, malah pada tahun 2002, Damansara Fertility Centre telah mencatatkan kadar kejayaan kehamilan sekurang-kurangnya 47 % dan ia lebih tinggi daripada kadar kejayaan kehamilan yang dicapai oleh pakar kesuburan di United Kingdom.
Ramai yang tidak percaya dengan pencapaian tersebut, sehingga Pakar Kesuburan di United Kingdom telah menghantar beberapa individu untuk menyiasat dengan lebih terperinci.
Setakat ini, AFC telah berjaya mencapai kejayaan kadar kehamilan sampai 79.5 %.
“ Di Alpha Fertility Centre, kami mempunyai segala kemudahan dan juga peralatan yang canggih dan maju. Meskipun dikeluarkan oleh pihak dari luar negara kami akan cuba untuk bawa masuk ke Malaysia untuk meningkat keberhasilan dalam rawatan bagi mereka yang memerlukanya” Dr Colin.
“ Antara kaedah rawatan kesuburan yang ditawarkan pihak AFC yang maju termasuk PGD, PGS, pembekuan telur, Kriopreservasi Embrio dengan menggunakan teknologi
Dato’ Dr Colin Lee Soon Soo
pembekuan revolusionari dan Time Lapse Embryoscope + serta Endometrial Receptivity Analysis” katanya.
“ Kami yakin dengan adanya teknologi teknologi seperti ini dan diharapkan akan dapat membantu semua wanita yang ingin hamil,” Dr Colin.
KAJIAN R & D Malaysia adalah negara yang memiliki rawatan kesuburan komprehensif jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun, Jerman, Australia, US, dan Itali.
“ Apabila bercakap tentang IVF, ia bukan satu proses, malah IVF adalah sejenis program rawatan, program yang mempunyai banyak proses dan prosedur,” katanya.
Setiap pusat kesuburan mempunyai perbezaan yang boleh meningkatkan kejayaan kehamilan dan ini bergantung kepada program yang dijalankan. Sekiranya salah satu proses dalam program itu mempunyai hasil lemah, maka peluang untuk kehamilan akan terjejas. Oleh itu, setiap langkah dan aspek dalam program IVF perlu dinilai.
“ Sekiranya IVF dilakukan dengan proses yang baik, ada kemungkinan sampai 80 % kebarangkalian kehamilan akan berlaku.
Namun begitu, sebagai contoh, proses pemindahan embrio adalah satu proses yang sangat penting. Jika proses pemindahan embrio tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan kadar kejayaan kehamilan turun ke 0. Sebab inilah R & D perlu dilakukan“ kata Dr. Colin.
Setakat ini, lebih dari 120 kajian saintifik telah dijalankan oleh Alpha Fertility Centre, dan kajian ini merangkumi pelbagai aspek bagi meningkatkan kadar kejayaan IVF.
Baru-baru ini, Alpha Fertility Centre telah diiktiraf sebagai pusat pertama di dunia melakukan demonstrasi kombinasi Blastocyst, yang mempunyai kadar peningkatan kehamilan kepada 71.4 %.
“ Kadar yang lebih tinggi ini boleh dicapai kerana proses optimum yang kami amalkan seperti teknologi pembekuan cryotec yang
ANTARA PENCAPAIAN ALPHA FERTILITY CENTRE
2016
• No. 1 di dunia yang menjalankan demonstrasi kombinasi Blastocyst hari ke 5 dan ke 6 menghasilkan kadar kehamilan yang sangat tinggi.
• Pencapaian 10,000 bayi oleh pakar kesuburan Alpha Fertility Centre.
2015
• Pertama di dunia untuk kejayaan kelahiran hidup dari pemindahan embrio beku 1PN setelah analisis PGD-McCGH.
• Pertama di Asia and Australia mencapai kejayaan hamil dengan menggunakan teknologi pengasingan sperma untuk Intracytoplasmic Sperm Injection( ICSI).
• Pertama di Malaysia kejayaan kelahiran bebas Alpha Thalassaemia dari ibu bapa yang menghadapi Thalassaemia dengan menggunakan PGD dan PGS selepas biopsi.
• Kehamilan kembar setelah pemindahan embrio 2PN dan 0PN.
2014
• Pertama di dunia menunjukkan embrio dari IVF mempunyai aneuploidi lebih rendah dibandingkan dengan embrio yang berasal dari ICSI.
• PIEZO-ICSI pertama di Asia Tenggara, teknologi baharu yang mencapai embrio yang lebih sihat dari ICSI.
• Kehamilan pertama di Malaysia menggunakan Time Lapse Embryoscope.
• Kehamilan pertama tanpa ICSI untuk embrio yang menjalani MaCGH.
2013
• Pertama di dunia yang menunjukkan tingkat euploidy yang sama antara D3 Pronuclear( 0PN), Unipronuclear( 1PN) dan embrio 2PN menggunakan analisis MaCGH.
• Pertama di Asia Tenggara, 100 % embrio hidup selepas blastosis beku.
• Pertama di Asia Tenggara, 100 % embrio beku hidup.
boleh mencapai survival pasca pencairan 100 % untuk kadar embrio blastocyst. Satu lagi faktor adalah kerana isu yang dipanggil sebagai‘ The Window of Implantation’, iaitu masa implantasi embrio amat penting supaya embrio yang dipindah dalam program IVF boleh mendapat kadar kejayaan kehamilan tertinggi.
Penemuan lain pada tahun 2016 adalah pemindahan blastocysts tunggal yang berusia kurang dari 120 jam berbanding dengan blastocyst tunggal yang berusia lebih lanjut( dari peremajaan hingga kepada prosedur pemindahan embrio) menghasilkan kadar implantasi kehamilan klinikal yang cemerlang sebanyak 78.6 % dan turut disampaikan di Persidangan Antarabangsa ke-15 Preimplantation Genetic Diagnosis( PGDIS), di Bologna, Itali.
Melalui budaya kecemerlangan dan inovasi, Alpha Fertility Centre sentiasa positif dalam usaha untuk menunjukkan serta membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia sentiasa berdaya saing dan setaraf dengan negara maju yang lain.
“ Kami telah menunjukkan bahawa negara Malaysia sentiasa bergerak pantas dan kekal relevan dalam rawatan kesuburan, dan menjadikan Malaysia sebagai pilihan terbaik untuk rawatan kesuburan yang berkesan.