al-Siha : Xtra October 2018 | Page 13

Xtra KESEDARAN RAWATAN Masalah kesuburan melibatkan jutaan pasangan di seluruh dunia dan menurut World Health Organization (WHO), satu dalam empat pasangan di negara membangun mengalami masalah kesub- uran. WHO menjelaskan, ketidaksuburan didefinasikan sebagai apabila seorang wanita gagal hamil selepas mencuba selama 12 bulan, atau 6 bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas. Merck sebagai pelopor pasaran dunia dan tempatan dalam bidang kesuburan dan satu-satunya syarikat farmaseutikal yang memasarkan ubat hormon versi rekombi- nan bagi ketiga-tiga hormon utama yang diperlukan dalam rawatan kesuburan dan juga portfolio yang lengkap bagi setiap fasa rawatan kesuburan. “Dengan sikap ‘always curious’, Merck mempunyai matlamat untuk membantu pasangan merealisasikan impian mereka untuk menimang cahaya mata.” Katanya. “Dengan pengalaman selama 20 tahun di dalam bidang ini, Merck mengutamakan konsistensi pengeluaran produk dan keselamatan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan dengan memperkenalkan produk rekombinasi yang pertama di pasaran dunia.” Kini, pasaran rawatan kesuburan telah berkembang dengan pesat, dan keperluan untuk teknologi ART menjadi semakin nyata. Pada tahun 2014, Merck telah melabur dalam bidang teknologi kesuburan untuk menguku- hkan sokongan kepada pakar kesuburan dan pasangan yang dirawati. FERTILITY.COM Merskipun perjalanan rawatan yang dihadapi oleh setiap pasangan adalah mencabar dan berlainan dari satu pasangan berbanding pasangan yang lain, Merck dengan niat telah melancarkan laman web fertility. com, khas untuk mereka yang memerlukan atau mencari maklumat tambahan mengenai MALAYSIA HAB FERTILITI Chris Hamann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck Malaysia. rawatan kesuburan. “Laman web dalam Bahasa Inggeris ini lengkap dengan informasi mengenai “understanding fertility”, “fertility treat- ment’, “in vitro fertilisation” dan “advice & support”. Selain penjelasan terperinci men- Apabila ditanya mengenai pandangan beliau terhadap Malaysia sebagai hab fertiliti, Chris dengan bangganya berkata “Malaysia mem- punyai potensi yang luas, dengan servis dan teknologi yang bertaraf tinggi disediakan oleh pusat kesuburan tempatan. Sebagai pelancong, saya juga rasa mesra dengan kaum and budaya yang berbeza ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Bahasa bukan satu masalah di negara ini.” Sebagai penutup, Chris mengatakan “Kami berharap pasangan ingin hamil tampil ke pusat kesuburan terdekat untuk mendapat- kan nasihat dan bantuan yang diperlukan. Jangan tunggu, anda bukan keseorangan.” MERCK – ALWAYS CURIOUS genai IVF, terdapat juga artikel-artikel yang menerangkan tentang prosedur sebelum, semasa dan juga selepas bagi rawatan ART,” katanya. “Kami mempercayai sokongan dari segi psikologi adalah salah satu aspek yang pent- ing. Ia berperanan supaya pasangan lebih memahami dan bersedia untuk menghadapi rawatan IVF, misalnya dari segi kaedah kawa- lan tekanan perasaan yang dilalui sebelum, semasa dan selapas rawatan dijalankan. Diharapkan niat untuk menjadi ibubapa dapat direalisasikan dengan sokongan dari pusat kesuburan dan Merck. 11 30 peratus daripada kes kesuburan adalah berpunca daripada wanita dan 30 peratus lagi daripada lelaki. Sementara itu 30 peratus membabitkan kedua-duanya dan 10 peratus tidak diketahui puncanya. Malangnya masih ramai di kalangan kita yang tidak sedar mereka mempunyai kesu- karan untuk hamil tetapi enggan berkongsi keadaan yang dialami kerana perasaan malu. Menurut beliau, fakta menunjukkan, semakin lambat pasangan suami isteri bertindak, semakin rendah peluang untuk hamil. Kadar kehamilan adalah berkorelasi rapat dengan usia pasangan, terutamanya bagi wanita. “Pasangan perlu tahu bahawa mereka sebenarnya tidak keseorangan, dan masalah kesuburan ini boleh dirawat dan ramai pasangan telah berjaya mengatasinya dan hamil secara normal atau dengan bantuan pakar kesuburan. Dapatkan bantuan segera, bersama pasangan anda berjumpalah dengan pakar kesuburan untuk menjalani siasatan yang diperlukan untuk membincang dan merancangkan rawatan yang sesuai untuk anda.” katanya. Merck meraikan ulang tahun ke-350 MERCK meraikan ulang tahun syarikat mereka dengan tema ‘Always Curious – Imagine The Next 350 Years” tahun ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck Malaysia, Encik Chris Hamann berkata, minat dan perasaan ingin tahu menjadi pendorong mereka sejak tahun 1668. “Untuk bertahan selama 350 tahun, kita perlu sentiasa berinovasi,” katanya. Bermula dari hanya sebuah farmasi di Darmstadt, Jerman, jika tanpa sebarang inovasi mungkin kami masih lagi sebuah farmasi, tetapi siapa sangka kami dapat bertapak sehingga hari ini. “Kini, perubahan dunia mendorong kami untuk terus meneroka, berinovasi dan berkerjasama dengan pihak lain untuk memajukan teknologi di masa akan datang,” katanya. Merck mempunyai lebih kurang 52,000 orang pekerja di 66 buah negara dan lebih dari 6,500 kajian telah dijalankan.