al-Siha : Xtra October 2018 | Page 12

Xtra

al-Siha Oktober. 2018
10

Merck perintis rawatan kesuburan

2.5 juta bayi dilahirkan di dunia dengan kerjasama Merck dan pusat kesuburan seluruh dunia.

Malaysia Healthcare Travel Council( MHTC) melaporkan kadar kejayaan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization( IVF) di negara ini adalah tinggi iaitu secara purata antara 55 hingga 60 peratus.

“ Statistik ini membukitkan bahawa Malaysia berpotensi besar untuk dipromosikan sebagai hab rawatan kesuburan di rantau ini.” menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck Malaysia, Chris Hamann.
“ Kami juga teruja untuk berkongsi kepakaran kami dan membantu setiap pasangan merealisasikan impian mereka untuk menimang cahaya mata,” katanya.