Xtra
“Saya sangat bertuah
kerana suami dan
keluarga sangat
memberi sokongan
sepanjang proses
melakukan IVF,
bahkan dijaga dan
diberi perhatian
dengan sangat
baik. Inilah sumber
kekuatan saya
sebenarnya.”
Siti Aafiyah ketika
berusia 7 hari.
“Saya sangat bertuah kerana suami dan
keluarga sangat memberi sokongan sepanjang
proses melakukan IVF, bahkan dijaga dan
diberi perhatian dengan sangat baik. Inilah
sumber kekuatan saya sebenarnya,”katanya.
Tambahnya, sekarang sudah ramai yang
mengambil tahu tentang rawatan IVF dan
sudah banyak hospital yang menyediakan
rawatan ini,” katanya.
CABARAN YANG DITEMPUHI
Tidak mudah melalui proses yang ‘fragile’ ini
kerana semuanya mesti dilakukan dengan
berhati-hati.
“Bila saya bergerak, berjalan atau mahu
batuk sekalipun, saya perlu melakukannya
secara perlahan-lahan,” katanya.
Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, ramai
wanita yang belum mendapat zuriat tahu
tentang kaedah IVF cuma pengetahuan
mengenainya belum menyeluruh dan beliau
tidak menolak bahawa kos yang tinggi antara
kekangan yang dialami ramai pasangan.
PELAN KARIER DAN AAFIYAH
Ujarnya, karier seninya akan lebih aktif
bermula bulan September kerana Siti Aafiyah
sudah berusia 6 bulan.
“Saya juga akan keluar dengan single
terbaru berjudul Anta Permana dan akan
memulakan promosinya nanti.
Ditanya mengenai pelan masa hadapan
Aafiyah, jelas Datuk Seri Siti Nurhaliza, past-
inya beliau dan suami merancang didikan
yang baik, menyediakan keperluan dan juga
jaminan masa depan buatnya.
“Aafiyah sekarang masih kecil dan biarlah
proses pembesarannya berjalan seperti biasa.
Siti Aafiyah berusia 6 bulan bersama ayahnya
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
9
NASIHAT
Jelasnya, bagi pasangan yang sedang berusaha,
jangan takut, malu atau risau untuk menemui
doktor dan mendapatkan nasihat kerana
proses ini akan dapat dijalankan dengan baik
sekiranya setiap pasangan bersedia untuk
mendapatkan khidmat nasihat doktor dan
mengetahui cara terbaik untuk menjalaninya.
“Jangan putus asa jika belum dikurniakan
cahayamata kerana pasti ada jalan ke arah itu,”
katanya.
Tambah beliau, di samping berusaha, setiap
pasangan yang telah melakukan IVF juga perlu
menerima kenyataan sekiranya IVF yang
dilakukan masih belum berhasil, kerana beliau
sendiri telah mencuba beberapa kali.
“Jangan berputus asa dan terus berusaha.
Saya akui, kepakaran doktor kita hari ini
semakin berkembang dengan teknologi terkini
termasuklah teknologi dalam rawatan IVF ini.
BUKA PUSAT RAWATAN
IVF SENDIRI
Pada masa sama, beliau turut berkongsi
bahawa dirinya dalam proses untuk mem-
buka pusat rawatan kesuburan IVF di bawah
Yayasan Nur Jiwa.
Pusat rawatan ini akan beroperasi dengan
kerjasama pakar kesuburan Alpha Fertility
Centre, Dato’ Dr Collin Lee Soon Soo yang
membantunya menjalani proses IVF.
“Pusat rawatan ini untuk memberi peluang
kepada wanita yang mengalami nasib seperti
saya mencuba rawatan ini pada kadar ter-
mampu. Walau bagaimanapun, perancangan
ini masih dalam proses perlaksanaan dan
dijangka dibuka pada awal tahun depan,”
katanya.
INSTAGRAM @CTDK
INSTAGRAM @CTDK