Xtra
PERJALANAN
BERGELAR IBU
Lalui 5 kali IVF sejak 12 tahun lalu
Datuk Seri Siti Nurhaliza
disahkan hamil selepas
Aidilfi tri tahun lalu.
FOTO AM — STUDIO
[email protected]
12
8
TAHUN menanti,
bukan satu tempoh
yang singkat, namun
kecekalan hati dan
usaha yang tidak
berbelah bagi pen-
yanyi nombor satu
Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin
dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa akhirnya terbalas dengan kelahiran puteri
sulung mereka, Siti Aafi yah.
“Perasaan bergelar ibu sukar untuk digam-
barkan, betapa saya bersyukur dan gembira.
Inilah detik yang di nantikan apatah lagi dikur-
niakan cahayamata pada usia perkahwinan
yang ke-12. Satu fasa baharu dalam hidup saya
dan kini, Siti Aafi yah sudah berusia 6 bulan,”
katanya.
Tambah beliau, detik dibawa masuk ke
dewan pembedahan semasa ingin mela-
hirkan Aafi yah satu pengalaman yang agak
mendebarkan, namun keadaan itu sedikit
sebanyak bertukar apabila ramai ahli keluarga
dan sahabat handai datang ke hospital untuk
memberikan sokongan.
“Ketika itu, saya cuma berharap agar proses
bersalin lancar, selamat dan dipermudahkan.
Walaupun ada sedikit komplikasi pendarahan
selepas melahirkan Siti Aafi yah namun saya
telah diberikan rawatan dan jagaan yang baik
ketika itu,”katanya.
KRONOLOGI IVF
Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melakukan IVF
pada bulan Jun 2017 dan sebulan kemudian
beliau disahkan hamil.
“Saya sendiri memang bertekad untuk
mencuba IVF selepas beberapa tahun tidak
hamil selepas berkahwin. Keinginan saya itu
disokong baik oleh suami dan saya sudah
menjalani proses IVF ini sebanyak 5 kali sejak
12 tahun lalu, dan saya berjaya hamil pada IVF
kali ke-5,”katanya.
Menurutnya, perjalanan IVF memerlukan
kesabaran yang sangat tinggi dan beliau akui
banyak berkorban untuk memastikan kejay-
aan rawatan tersebut.
“Sedari awal, bermula dengan proses kema-
tangan telur, pengambilan telur, pembuahan
sel telur dan akhirnya pemindahan telur ke
dalam rahim. Saya dinasihatkan untuk berbar-
ing dan tidak banyak bergerak. Hampir sebulan
menunggu akhirnya saya disahkan hamil.
“Saya hanya menghabiskan masa di rumah,
berehat untuk menjaga kehamilan. Hampir
tiga bulan berbaring dan tidak melakukan apa-
apa termasuk terpaksa melupakan seketika
kerjaya sebagai artis dan usahawan.