al-Siha : September 2019 | Page 26

26 al-Siha | SEPTEMBER, 2019 VETERAN 'Doktor, saya nak ubat tidur!' Gangguan tidur boleh jejaskan aktiviti harian. HAD UMUR PEKA B40 DITURUNKAN KEPADA 40 TAHUN • Had umur Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 diturunkan dari 50 tahun ke 40 tahun • Membolehkan lebih ramai melakukan saringan kesihatan dan menjalani rawatan lebih awal Sebanyak 12.2 peratus rakyat Malaysia menderita insomnia kronik dan dianggarkan 10 hingga 15 peratus dialami wanita dewasa dan lanjut usia SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ASIH ramai rakyat Malay- sia mengalami masalah sukar tidur malam. Secara umum, orang dewasa memerlukan enam hingga lapan jam waktu tidur setiap malam manakala bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang dan golongan warga emas hanya perlu tidur di antara empat hingga lima jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada kecelaruan corak tidur. Individu yang berdepan masalah tidur perlu mendapatkan nasihat doktor dan perlu mengelak penggunaan pil tidur. Menurut Pakar Neurologi, Hospital Gleneagles Penang, Dr Sathindren Santhirathelagan (gambar), insomnia ialah satu keadaan di mana penderita gagal mendapat tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Ini termasuk tidak dapat melelapkan mata, bangun terlalu awal, kerap terjaga dan gagal untuk lelap semula. Oleh itu, aktiviti seharian akan terganggu dan tidak dapat berfungsi sewajarnya. TAHAP TIDUR YANG KOMPLEKS “Proses tidur agak kompleks. Ia terdiri dari beberapa tahap iaitu tahap satu, rasa mengantuk, tahap dua, mata mulai terlelap dan memasuki alam mimpi, tahap tiga pula dikenali sebagai Rapid Eye Movement (REM) sleep di mana terjadinya mimpi secara berterusan. Pada waktu ini berlaku pergerakan mata. “Manakala, tahap empat pula dikenali sebagai non- REM. Ia seperti tidur mati di mana badan menjadi lumpuh, jantung dan pernafasan perlahan. Inilah tidur sempurna di mana badan rehat sepenuhnya dan otak dicergaskan Januari, pp19290/03/2018 (034852) Waspada Kecederaan terbakar dan melecur – m14 | — m16 www.sihatmalaysia.my Berdepan mudarat ostearthritis – m18 PLUS: 2019 IJN pusat kecemerlangan jan pengime jantung adalah sejenis PET-CT Scan yang menggabungkan sebagai dikenali pengimbas bahan radioaktif atau radiotracer, untuk komputer radiofarmasiutikal khas dan yang tidak normal kamera sesuatu – m09 tubuh badan. mengesan di dalam www.sihatmalaysia.my Awas! Terlalu aktif rosakkan jantung aktiviti Benarkah fizikal boleh menjejaskan kesihatan? – m04 Pemindahan jantung selamatkan Norshafina detik-detik Berdepan dalam menakutkan apabila hidupnya menjalani terpaksa pembedahan jantung pemindahan tinggi. yang berisiko – m06 Sonya dihina kerana vitiligo udara bersih hak kita punca kematian enggunaan tembakau adalah bukan sahaja yang boleh di cegah. Merokok sendiri, malah membahayakan perokok itu mengancam turut pendedahan asap sekunder berhak untuk bernafas kesihatan awam. Setiap orang asasi kita. al-Siha dan udara bersih adalah hak Biru untuk memberi menyokong Kempen Riben dan juga bukan perokok maklum kepada perokok mengenai bahaya asap tembakau. — m09 P dengan pembentukan neurotransmitter baharu. “Proses ini berulang antara empat hingga enam kali semalaman. Sebarang gangguan boleh membawa kepada insomnia. Tambah Dr. Sathindren, tahap tidur melibat- kan beberapa proses dalam otak dan imbangan bahan kimia (neurotransmitters) di dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu atau bahan kimia berkenaan tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas. “Walaupun gangguan ini terjadi tanpa punca dan sebab yang boleh dikesan, namun kebanyakan kes terjadi disebabkan oleh pendorong lain seperti penya- kit, keadaan kesihatan, tekanan, masalah fi siologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual. “Gangguan di kamar tidur seperti televisyen, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Ada kalanya bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur berdengkur juga menjadi faktor penyumbang kepada insomnia. INSOMNIA PENYEBAB SAKIT MENTAL? “Penderita insomnia tidak akan menjadi gila atau mengalami kerosakan otak kecuali tidak tidur langsung. Masalah sukar tidur boleh membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression). Walaupun tidak membawa kepada gejala sakit mental namun, ia tidak seharusnya dipandang ringan. Jelasnya, insomnia boleh dirawat dan penderita harus diperiksa bagi mengesan kehadiran penyakit lain. Tahap tekanan harus diambil kira dan tekanan yang boleh dielak- kan harus dielakkan. “Amalkan sleep hygiene di mana menjadikan suasana tidur lebih selesa dan nyaman agar tiada gangguan di bilik • Hanya 40,119 orang yang berusia 50 tahun menggunakan kemudahan berbanding sasaran 800,000 orang yang ditetapkan • Dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan disediakan secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) • RM 100 juta diperuntukkan dengan anggaran 800,000 penerima • Dilaksanakan pada April 2019 secara berfasa bermula dengan projek perintis NEGERI (4 TERATAS) ORANG SARAWAK 9,852 KEDAH 6,324 PULAU PINANG 4,582 PERAK 4,209 Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia tidur seperti televisyen, komputer atau telefon. “Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Namun, sebenarnya ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini boleh memburuk- kan masalah insomnia jika salah penggunaannya. “Siapa pun boleh mengalami masalah ini. Ia biasanya melibatkan individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian. Begitu juga individu yang mempunyai pola tidur tidak tetap seperti pekerja syif kerana kekeliruan otak mengenal waktu tidur. — al-Siha