SEPTEMBER, 2019 | al-Siha
TENTANG WANITA
Tiada
sejarah
kanser
25
Jenn (kanan)
bersama
rakan.
Jenn individu pertama
dalam keluarga hidap barah
“S
AYA disahkan menghidap kanser
ketika berusia 28 tahun. Belum ada
penghidap kanser dalam keluarga
kami sebelum ini,”- Jennifer Teh.
Siapa tidak terkejut dengan
keputusan diagnosis yang mendapati
terdapat ketulan sebesar bola jaring 4.8 kilogram di salah
satu bahagian ovari.
“Pada mulanya, saya mengalami sakit pada bahagian
perut ketika sedang bekerja. Tetapi tidak mengendahkan.
Namun, lama-kelamaan sakit yang dirasai semakin teruk
dan kerap hingga menyebabkan saya sukar berdiri.
“Tidak tahan dengan kesakitan itu lalu saya memberi-
tahu teman lelaki saya Ng Hau Yang untuk di bawa ke klinik.
Jelas Jennifer yang lebih mesra dipanggil Jenn, dia
disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga ketika bekerja
di Singapura.
“Saya disuruh melakukan pembedahan segera
keesokannya. Namun menangguhkan proses pembeda-
han kerana mahu memaklumkan perkara itu kepada ibu
bapa terlebih dahulu. Jika bersetuju untuk menjalankan
pembedahan di sana saya terpaksa melaluinya sendirian
tanpa ibu disisi. Sedangkan saya amat memerlukannya
pada waktu itu. Tekaan saya benar, apabila ibu meminta
untuk pulang ke Malaysia dan menjalani pembedahan
di sini.
Setelah tiba di Malaysia, Jenn terus ke hospital berdeka-
tan dan doktor mengesahkan tentang ketulan yang terdapat
pada ovarinya dan pembedahan segera dijalankan.
“Pembedahan itu berlangsung selama lapan jam.
OVARI DIBUANG
“Doktor menjelaskan bahawa mereka terpaksa membuang
bahagian ovari yang terjejas menyebabkan saya menangis
kerana memikirkan tentang berkahwin dan kesukaran
untuk mendapatkan zuriat. Namun, doktor menjelaskan
sebahagian ovari saya masih lagi dalam keadaan baik dan
berpeluang menimang cahaya mata di pada masa hadapan.
Jenn kini jadi tenaga pengajar kelas menyelam pesakit kanser.
membuang air besar, ia bagaikan satu dilema. Doktor
membekalkan Laxatives dan menasihatkan agar makan
lebih banyak pisang serta betik untuk memudahkan
penghadaman.
“Saya juga mengalami sakit sendi, keguguran rambut,
kebas di jari dan tinnitus (bunyi dalam telinga). Adakalanya
saya sukar mengawal pergerakan menyebabkan beberapa
pinggan pecah ketika memegangnya.
SUSAH SENANG BERSAMA
Pada mulanya, saya
mengalami sakit pada
bahagian perut ketika
sedang bekerja. Tetapi
tidak mengendahkan."
Selepas tiga minggu menjalani pembedahan Jenn
meneruskan dengan rawatan kimoterapi. Jenn perlu
menjalani ujian pemeriksaan paru-paru terlebih dahulu
kerana ubat kimoterapi akan menyebabkan paru-parunya
terjejas.
“Kesan kimoterapi menyebabkan saya sembelit, dan
luka pada perut dirasakan amat menyakitkan setiap kali
Barah ovari sukar dikesan
Kanser ovari biasanya berlaku dalam
kalangan wanita berusia 40-an ke atas
dan memuncak di kalangan umur 55
ke 60 tahun. Kanser ini turut dialami
oleh wanita remaja kurang dan pada 20
tahun.
Menurut Pakar Perunding Perubatan
Obstetrik dan Ginekologi yang juga Ketua
Jabatan Pembedahan Onkologi, Institut
Kanser Negara KKM, Dr. Jamil Omar,
kanser ovari adalah kanser yang timbul
daripada ovari dan juga sepasang organ
yang menghasilkan benih dan hormon
wanita.
“Kanser ovari lambat dapat dikesan
kerana kedudukan organ itu yang letaknya
jauh di dalam pelvis berbanding pangkal
rahim (serviks) dan juga endometrium
(dinding rahim). Ini menjadikan proses
saringan (screening) tidak dapat
dilakukan,”katanya.
“Kanser ovari cenderung berlaku
kepada wanita yang mempunyai ibu atau
adik-beradik yang menghidap kanser
tersebut. Ia juga cenderung berlaku
dalam kalangan wanita yang mencapai
akil baligh awal dan lewat menopos serta
wanita yang tidak pernah hamil (ovari
direhatkan semasa kehamilan),”katanya.
Tiada siapa yang tahu apa punca
sebenar kanser ovari. Kanser ovari
biasanya tidak mempunyai sebarang
gejala yang spesifi k pada peringkat awal.
Kebanyakan wanita mempunyai rasa
kembung perut, ada juga yang mengalami
cirit ataupun sembelit.
Selalunya keadaan ini disangkakan
kerana masalah usus dan tidak diberi
perhatian yang wajar.
Ada juga pesakit yang perutnya
membusung kerana cecair (ascites) yang
dihasilkan oleh kanser ovari. Cecair ini
membuatkan perut pesakit menegang
dan besar. Selalunya kanser ovari sudah
pun merebak ketika ianya diketahui.
Layari http://www.myhealth.gov.my
untuk artikel penuh mengenai kanser
ovari.
Terima kasih: myhealth.gov.my
Sementara itu, teman lelaki Jennifer, Hau Yang, seorang
penyelam dan mereka baharu enam bulan mengenali
antara satu sama lain sewaktu Jenn disahkan menghidap
kanser ovari. Jelasnya, Jenn pernah meluahkan hasratnya
untuk berpisah kerana tidak mahu dilihat botak dan sakit.
Namun, Hau Yang enggan berpisah dan turut sama
membotakkan kepalanya agar kelihatan sama seperti
Jennifer sebagai tanda sokongan dan cinta.
“Peranan penjaga amat besar dan ibu Jennifer sentiasa
berada disisinya setiap malam. Oleh itu, kasih dari ibu
antara penyebab Jenn bertahan, kuat dan mampu sembuh
dengan baik. Malah, ibu jugalah yang akan memastikan
Jenn mengambil ubat mengikut jadual,” jelas Hau Yang.
Kini, Jenn bebas daripada kanser dan membuka satu
akaun facebook ‘Jenn’s Life After Cancer #spreadlovecre-
atehope’ untuk dokumentari perjalanannya sebagai
bekas pesakit kanser. Dalam masa yang sama, ia sebagai
tanda sokongan kepada pesakit-pesakit kanser yang lain.
al-Siha