24
al-Siha | SEPTEMBER, 2019
TENTANG WANITA
Tangani masalah
lemah kawalan kencing
Cara-cara
senaman Kegel
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
R
AMAI wanita percaya bahawa lemah kawalan
pundi kencing sebagai satu situasi normal,
dan sesetengah daripada mereka tidak suka
untuk membincangkan perkara ini kerana
beranggapan keadaan tersebut normal
bagi mereka yang semakin meningkat usia
terutama dikalangan warga emas.
Jadi, adakah benar kencing tiris atau ‘terkucil’ di kalan-
gan wanita yang semakin meningkat usia itu normal?
Menurut Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita dari
Vibrance Pelvic Care Centre, Aleeza Hanee Alykallam,
punca kepada permasalahan lemah kawalan kencing ini
perlu difahami oleh semua.
PUNCA SEBENAR
Jelas beliau, punca utama masalah lemah kawalan kencing
ini berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah.
“Otot lantai pelvik berada pada kedudukan paling
bawah di pelvik wanita yang berfungsi menahan rahim,
pundi kencing dan usus.
Kelemahan lantai pelvik menyebabkan wanita men-
galami kesukaran mengawal otot di bahagian bawah pundi
kencing sekaligus membuatkan mereka mudah terkencing
sedikit apabila batuk, bersin atau ketawa.
Terdapat pelbagai sebab otot pelvik menjadi lemah
antaranya proses kehamilan, kehamilan yang kerap,
Punca otot
pelvik lemah
1. KEHAMILAN DAN BERSALIN
Kajian membuktikan bahawa masalah lemah
kawalan kencing ini bermula ketika wanita
sedang mengandung, dan bukan selepas
melahirkan anak. Wanita yang kerap hamil,
bersalin secara normal mahupun pembedahan,
melahirkan bayi adalah berisiko tinggi untuk
mengalami kerosakan atau trauma pada otot
pelvik.
2. SEMBELIT
Masalah sembelit yang mengakibatkan
kekerapan meneran berterusan di dalam tandas
juga boleh menjadi punca kepada masalah
lemah kawalan kencing.
3. BATUK KRONIK
Batuk yang berterusan kerana asma, bronchitis
atau batuk disebabkan rokok juga meningkatkan
risiko.
4. ANGKAT BEBAN BERAT
Mengangkat sesuatu yang terlalu berat akan
memberi tekanan kepada lantai pelvik dan
menyebabkan prolapse.
5. SENAMAN YANG LASAK
Melakukan aktiviti sukan yang lasak seperti
larian, aerobik, melompat, mengangkat beban
di pusat gymnasium boleh meningkatkan risiko
terhadap permasalahan ini jika tidak memberikan
fokus penjagaan yang baik kepada otot lantai
pelvik ketika melakukan senaman tersebut.
6. USIA
Otot lantai pelvik akan semakin lemah seiring
perubahan usia. Sebagaimana hormone
estrogen menurun, kekuatan otot juga semakin
berkurang menyebabkan risiko prolapse lebih
tinggi dan membawa kepada masalah lemah
kawalan pundi kencing.
7. OBESITI
Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan
atau obesiti juga berisiko mengalami masalah
lemah kawalan pundi kencing atau ‘terkucil’ ini.
1
. KEMUT otot faraj dan otot pelvik dalam
keadaan paha dan kaki dirapatkan
perlahan-lahan sebanyak 20 kali (boleh
dilakukan ketika berdiri, duduk ataupun
baring).
Aleeza Hanee Alykallam.
sering mengangkat berat, obesiti, bersalin secara normal
mahupun pembedahan, menopaus, kerap sembelit (kerap
meneran di di dalam tandas) dan sakit belakang.
“Mungkin ada benarnya sesetengah fi siologikal akan
berubah dengan pertambahan usia, namun kelemahan
lantai pelvik disebabkan oleh faktor penuaan ini boleh
dikawal untuk mengelakkan berlaku masalah lemah
kawalan kencing.
Oleh itu, masalah lemah kawalan kencing ini boleh
diatasi meskipun semakin meningkat usia.
Kaedah untuk mengekalkan kekuatan lantai otot pelvik
dan kekal sihat ini boleh dilakukan dengan latihan otot
pelvik yang betul.
SENAMAN KEGEL
“Walaupun ia senaman yang mudah namun ramai yang
tidak tahu melakukannya dengan betul.”
“Kesilapan dalam melakukan senaman boleh menye-
babkan komplikasi lain,” jelasnya.
Tambah Hanee, senaman itu mudah kerana melibatkan
otot dalaman dan ia boleh dilakukan semasa pantang tanpa
perlu risau tentang keupayaan atau pergerakan berat oleh
seseorang wanita.
Senaman kegel dapat menguatkan otot dan melancar-
kan peredaran darah. Mengambil masa lima minit dan
melakukan tiga set dalam sehari.
“Kaedahnya boleh dilakukan secara slow twitch dan fast
twitch dalam satu-satu set,” jelas Hanee.
Slow twitch merujuk kepada proses menguncupkan
2
. PERNAFASAN dikawal dengan
menahan nafas selama lima saat semasa
melakukan kemutan. Nafas dilepaskan
perlahan-lahan secara serentak ketika
melepaskan kemutan dalam pengulangan
empat hingga lima kali.
otot tersebut kira-kira lima hingga ke 10 saat manakala fast
twitch merujuk kepada menguncup dan melepaskan otot
secara berulang tanpa menahan kuncupan.
Tambah beliau, senaman berkenaan juga tidak terhad
kepada ibu yang berpantang atau mengandung, malah
boleh dilakukan oleh semua orang termasuk lelaki. Ini
kerana mengangkat beban yang berat selain pembedahan
untuk prostat lelaki juga boleh melemahkan otot lantai
pelvis.
Kegel boleh dilakukan dalam beberapa posisi. Dalam
posisi baring, kaki hendaklah dibengkok ke atas. Kemut
selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 ke 15 kali. Untuk
posisi merangkak, angkat tangan kanan dan kaki kiri
sebelum menguncupkan otot itu selama 10 saat. Ulang
sebanyak 10 kali dan selepas itu, tukar kepada tangan kiri
dan kaki kanan.
Untuk posisi cangkung, bengkokkan kedua-dua lutut
kemudian turunkan pinggul secara perlahan-lahan. Bawa
kedua-dua tangan ke hadapan dan lakukan senaman
selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 ke 15 kali. — al-Siha
#SaveALife selamatkan bayi
• Bertujuan meningkatkan kesedaran orang
ramai mengenai isu risiko kehamilan luar nikah
dan komplikasinya serta kesihatan seksual
reproduktif dan pembuangan bayi.
• Fokus utama adalah untuk menyelamatkan
nyawa bayi yang dilahirkan kerana mereka tidak
bersalah dan nyawa mereka sangat berharga.
• Golongan remaja perempuan yang melahirkan
anak luar nikah ini boleh mendapatkan bantuan
dengan menelefon Talian Kasih 15999 dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
2018
Talian Kasih
di bawah KPWKM
menerima 15,000
panggilan daripada
wanita yang
mengharapkan bantuan
akibat mengandung
luar nikah.
Statistik
577 65
KES DICATATKAN
PADA 2015
HINGGA 2018 KES DICATATKAN
DARI JANUARI
HINGGA MEI
2019
Program Save A Life ini bukan bermakna
kerajaan menggalakkan orang melakukan seks luar nikah.
Tetapi kerajaan mahu beri perlindungan khasnya kepada
bayi dan juga wanita hamil luar nikah.”
– Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail