al-Siha : September 2019 | Page 23

SEPTEMBER, 2019 | al-Siha TENTANG LELAKI 23 FOTO: MICHAL JARMOLUK SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ALAYSIA kini ke arah peningkatan bilangan pesakit obesiti dan diabetes. Berdasarkan laporan Tinjauan Kesi- hatan dan Mobiliti Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah berat badan berlebihan. Kegemukan sebenarnya mengundang pelbagai masalah kepada indivu bukan hanya menyukarkan pergerakan dan mengehadkan aktiviti harian, bahkan ia juga turut memberi kesan negatif kepada kesihatan. Ini termasuklah masalah gastrik, pedih ulu hati dan masalah-masalah lain. Menurut Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin, Dr Kirubakaran Malapan, terdapat beberapa rawatan antaranya pembedahan pintasan gastrik. Pembe- dahan itu bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh dalam jangka masa panjang. “Pembedahan bariatrik atau juga dikenali sebagai pembedahan penurunan berat badan dan pembedahan metabolik merupakan prosedur yang menurunkan berat badan secara mekanikal. Ia berfungsi dengan menyekat jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Kesannya, pesakit hanya akan makan sedikit berbanding biasa. “Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pakar bedah dalam menjalani rawatan ini iaitu prosedur pem- bedahan pintasan gastrik, gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan gastrik dan penggunaan belon intragastrik. “Kini, pembedahan dilakukan secara laparoskopi atau dikenali sebagai pembedahan lubang kunci sebagai satu prosedur terbaharu. PERSEDIAAN SEBELUM PEMBEDAHAN Jelas Dr Kirubakaran (gambar), sebelum menjalani pembedahan pesakit perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul selepas pembedahan. Ini termasuklah pemeriksaan organ seperti paru-paru dan jantung menerusi kaedah ultra bunyi. “Jika pesakit mengalami masalah darah tinggi, diabetes dan penyakit lain kita akan bantu menstabilkan dahulu keadaan mereka dan seki- ranya perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum men- jalani prosedur pembedahan. “Seseorang pesakit yang mempunyai bacaan BMI lebih dari 30 akan mempunyai 50 hingga 100 peratus potensi untuk mengalami kematian berbanding dengan individu sihat. Golon- gan ini juga akan mengalami lebih 40 jenis masalah kesihatan termasuklah diabetes jenis 2, masalah jantung dan kanser. “Pembedahan laparoskopi pintasan gastrik ini adalah sama dengan pembedahan apendektomi atau membuang apendiks. “Pesakit yang telah menjalani pembedahan pintasan gastrik disarankan untuk bergerak selepas pembedahan. Ahli fi sioterapi akan membantu pesakit dengan melakukan senaman. Pesakit juga disarankan agar jangan mengangkat beban berat dalam masa dua minggu selepas pembedahan dan hanya dibenarkan melakukan senaman biasa selepas sebulan menjalani pembedahan. “Semua pesakit yang menjalani pembedahan laparos- kopi pintasan gastrik akan dipantau oleh pakar pemakanan dan akan memulakan diet berkalori rendah iaitu hanya 800-1000 kalori sahaja. “Walau bagaimanapun, jumlah berat badan yang susut adalah bergantung kepada jenis pembedahan yang dilaku- kan dan hasilnya berbeza mengikut individu. “Berat badan pesakit biasanya akan susut sehingga 60 ke 80 peratus dari berat asal. Manakala kesan lain pula ialah tiada masalah komorbiditi atau penyakit dua atau tiga secara serentak, kesihatan dalaman lebih sihat, peluang mendapatkan zuriat lebih tinggi dan seterusnya memberi- kan kualiti kesihatan yang lebih baik. FAKTA 3.5 juta rakyat Malaysia disahkan mengalami masalah obesiti akibat faktor pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat Pintasan gastrik atasi obesiti Pembedahan bariatrik bantu pesakit turunkan berat badan Selebriti yang menjalani pembedahan bariatrik Abdomen manusia. “Antara kesan jangka masa pendek seperti tindak balas pada anestesia, kebocoran atau pendarahan pada garisan ruji, jangkitan kuman, masalah perna- fasan atau masalah paru-paru, terjadinya kekurangan vitamin atau kekurangan mineral dan kebocoran di bahagian usus. “Manakala kesan jangka masa panjang dan kom- plikasi pula seperti perubahan tabiat usus seperti sembelit dan cirit-birit, hernia, muntah serta mual yang menyebabkan cirit-birit, paras gula dalam darah menjadi rendah (hypoglycaemia), ulser, masalah batu karang serta kekurangan zat makanan. “Walau bagaimanapun, risiko daripada pembeda- han ini hanya 0.03 peratus sahaja. Meskipun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan baik,” jelasnya. “Pembedahan pintasan gastrik ini merupakan ‘Gold Standard’ di dalam bidang perubatan pembedahan bariatrik. Oleh itu, pesakit pasti mengalami perubahan kesihatan yang lebih baik,” jelasnya.  al-Siha Status yang dimuat naik Angah Raja Lawak di Instagrammnya. ANGAH RAJA LAWAK (ISKANDARIAH HASHIM) PADA 9 Ogos 2019, Angah melalui intagram miliknya @angah_lawaking baru-baru ini telah mengejutkan pengikut industri seni setelah memuat naik video berdurasi kurang 30 saat dengan status supaya semua mendoakan segalanya dipermudahkan. Video yang dimuat naik itu memaparkan beliau dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan ditemani dua pegawai perubatan. Namun, pada 11 Ogos 2019, angah memuat naik gambar beliau bersama doktor yang merawatnya, dengan ucapan terima kasih. CHEF ZAM (PROF. ZAMZANI ABD WAHAB) MUNGKIN ramai yang sudah tahu, Chef Selebriti terkenal yang lebih selesa di panggil Chef Zam ini pernah berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu bertujuan mengurangkan risiko darah tinggi dan lebihan kolesterol yang dihidapinya. RISIKO PEMBEDAHAN Menurut info daripada Asian Guidelines for Bariatrik Surgery, seseorang pesakit yang berusia di antara 18 hingga 65 tahun yang mempunyai BMI lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit layak melakukan pembedahan. Namun, tidak semua orang sesuai menjalaninya. Ini kerana ia mempunyai risiko serta kesan sampingan yang berbeza mengikut jenis pembedahan yang dilakukan. Risiko pembedahan penurunan berat badan laparoskopi gastrik ini adalah sama dengan mana-mana pembedahan abdomen dan ia boleh dibahagikan kepada kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa panjang. Chef Zam Sebelum dan selepas pembedahan bariatrik.