al-Siha : September 2019 | Page 11

SEPTEMBER, 2019 | al-Siha ISU: DENGGI Daun betik dan ketam nipah rawat denggi? OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL J US daun betik sering dikaitkan dengan rawatan demam denggi. Ia dikatakan mampu meningkatkan kadar pertumbuhan platelet hanya dalam tempoh beberapa hari penggunaan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menerusi laman web, www.imr.gov.my, jus daun betik daripada jenis carica sangat membantu meningkatkan kadar bilangan platelet bagi pesakit demam denggi (DF) dan denggi berdarah (DHF). Dalam kajian tersebut, seramai kira-kira 228 orang pesakit DF dan DHF telah dipilih dan daripada jumlah itu, separuh diberikan jus daun betik selama tiga hari berturut-turut. Manakala selebihnya, hanya dirawat menggunakan rawatan biasa hospital dengan pemantauan penuh selama 48 jam. Selepas 40 jam dirawat menggunakan jus daun betik, platelet daripada kumpulan berkenaan dilihat meningkat berbanding pesakit yang dirawat secara biasa yang dipantau selama 48 jam. Ini menunjukkan bahawa, jus daun betik terbukti berkesan dalam membantu merawat DF dan DHF. Petikan artikel dari laman web timesofi ndia. indiatimes.com, daun betik mengandungi sebatian fenolik, papain dan alkaloid dimana nutrien ini bertindak sebagai anti-oksiden yang kuat, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh. Selain itu, gabungan papain dan sebatian lain juga turut membantu dalam mencerna protein penting yang berkesan merawat gangguan pencernaan. Daun betik juga mempunyai sifat anti- malaria yang kuat. Ia menjadikan tumbuhan ini terbaik untuk menyembuhkan demam denggi. Acetogenin iaitu sebatian yang terdapat dalam daun betik turut membantu mencegah penyakit seperti malaria dan denggi. PENGHASILAN PIL OLEH UNIVERSITI NOTTINGHAM MALAYSIA Nyamuk wolbachia akan ‘dikahwinkan’ dengan nyamuk aedes di kawasan berisiko dan membunuh nyamuk berkenaan. • Penyampaian peribadi. • Promosi pusat perkhidmatan. Dari segi pelaksanaan projek COMBI, semua tindakan di atas hendaklah menggunakan pendekatan M-RIP seperti berikut: M - “Massive” (besar-besaran) R - “Repetitive” (berulang-ulang) I - “Intense” (bersungguh-sungguh) P - “Persistent” (berterusan) Aktiviti–aktiviti yang boleh dilaksanakan khususnya dalam membanteras Denggi: a) Cari dan musnah (Search and Destroy) Aktiviti mencari dan menghapuskan tempat / bekas yang berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah sekurang-kurangnya dilakukan seminggu sekali. b) Gotong-royong Aktiviti pembersihan persekitaran yang dijalankan oleh kumpulan sasaran secara bersama-sama yang melibatkan penyertaan komuniti. Aktiviti ini bertujuan untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes, sama ada di dalam atau di luar rumah. (Sila rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan–Buku Biru). — al-Siha Keberkesanan daun betik dalam membantu meningkatkan kadar platelet pesakit demam denggi telah memberi idea pada Universiti Nottingham Malaysia untuk menghasilkan pil yang diekstrak dari daun betik dalam usaha membantu merawat pesakit. Berdasarkan petikan dari laman web Universiti Nottingham Malaysia, Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Ching Lik Hii, carpaine bio-compound aktif digunakan kerana didapati mampu meningkatkan platelet darah dan membantu mengurangkan pendarahan dalaman. “Dalam kajian ini, kami turut membuat kajian ke atas daun betik yang lebih muda dan lebih tua bagi mengesan jenis manakah yang lebih banyak menghasilkan carpaine. Dalam masa yang sama kami turut menjalankan kajian ke atas Walaupun sup ketam enak dimakan, namun tiada sebarang kajian yang dapat membuktikan bahawa ketam mampu merawat demam denggi. batang pokok betik jika ia turut berguna sebagai ubat yang dapat merawat denggi. TIADA KAJIAN KETAM NIPAH Selain jus daun betik, ketam nipah juga menjadi salah satu pilihan rawatan alternatif dalam merawat pesakit DF dan DHF. Ia biasanya dibuat sup dan dihirup. Walaupun, kebanyakannya memilih sup ketam nipah kerana rasanya yang lebih enak, namun tiada sebarang kajian yang menunjukkan keberkesanan ketam nipah dalam merawat penyakit pembunuh ini. Meskipun begitu, ketam secara semulajadinya mengandungi tinggi protein, kalori dan beberapa nutrisi lain. Secara normalnya, apabila seseorang individu mengalami demam mereka memerlukan jumlah pengambilan kalori dan protein yang lebih tinggi berbanding biasa. Oleh itu, pengambilan sup ketam ketika demam mampu membantu meredakan demam yang tinggi dengan syarat tidak alah terhadap haiwan berkenaan. Walaupun ketam mampu menyihatkan individu yang demam, namun ia tidaklah begitu baik untuk kesihatan jika diambil secara berterusan. Malah, ia juga tidak menunjukkan sebarang bantuan yang dapat meningkatkan kadar platelet kepada pesakit demam denggi sebagaimana jus daun betik. TIADA VAKSIN DEMAM DENGGI Meskipun demam denggi telah melanda negara sejak sekian lama dahulu, namun hingga ke hari ini pengkaji masih belum dapat menemui cara rawatan paling berkesan dalam usaha mencegah dan merawat demam denggi. Menurut Pakar Penyelidik Entomologi Perubatan, IMR, Dr. Nazni Wasi Ahmad setakat ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Namun begitu, kajian terbaru mendapati bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti menyebabkan nyamuk berkenaan mampu merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk liar seterusnya menghalang penyebaran virus denggi. — al-Siha Daun betik miliki khasiat tersendiri yang dapat meningkatkan kadar penghasilan platelet pesakit demam denggi. 11