al-Siha : September 2019 | Page 10

10 al-Siha | SEPTEMBER, 2019 ISU: DENGGI Terima Kasih: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia AEDES pembawa Denggi Virus denggi tersebar melalui gigitan nyamuk D EMAM denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti, mudah lebam, pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi dan juga diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang boleh membawa maut. Tanda-tanda dan gejala selepas 5 hingga 6 hari gigitan nyamuk: • Demam panas • Sakit kepala • Sakit tulang belakang • Sakit sendi-sendi • Loya dan muntah-muntah • Sakit biji mata • Ruam Cara mencegah demam denggi: • Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk • Buang semua bekas yang boleh menakung air • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan bertutup • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang- kurangnya seminggu sekali • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk Mengambil langkah melindungi diri bagi mengelakkan gigitan nyamuk seperti: • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup. — al-Siha COMBI strategi basmi Denggi C OMBI ialah singkatan bagi 'Communication for Behavioural Impact' atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”. COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia. COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komu- nikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat. Pendekatan COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkah laku, komunikasi dan pemasaran bagi menangani isu-isu sosial. COMBI juga merupakan satu pendekatan  yang meny- eluruh lagi fl eksibel untuk merancang, melaksana, memantau tindakan-tindakan mobilisasi sosial dan komunikasi yang boleh diubahsuai serta diuji mengi- kut objektif-objektif tingkah laku yang telah dipilih. Pasukan COMBI melaksanakan tanggungjawab secara sukarela dan berperanan sebagai pengantara kepada pihak kementerian dengan komuniti. Di samping itu, COMBI juga bertindak sebagai peng- gerak komuniti di peringkat akar umbi. Kementerian amat menghargai usaha masyara- kat khususnya pemimpin dan ahli-ahli COMBI yang telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan denggi. Pencapaian COMBI sebagai pasukan sukarelawan yang mampu mengerakan masyarakat untuk membanteras denggi memang sudah mendapat mengiktirafan dari pihak pengu- rusan atasan KKM. Matlamat COMBI • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani sesuatu isu dalam komuniti. • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti. • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan / tingkah laku / norma sosial dalam komuniti • Prinsip asas COMBI. • Menentukan tingkah laku khusus. • Integrasi tindakan-tindakan komunikasi. • Pemantauan kemajuan ke arah pengekalan tingkah laku secara berterusan. • Tindakan Komunikasi Bersepadu. • Mobilisasi pentadbiran/advokasi. • Mobilisasi sosial. • Publisiti / pengiklanan.