al-Siha : September 2019 | Page 12

12 al-Siha | September, 2019 ISU: DENGGI Enam hari berada di wad. Ibu anak diserang denggi serentak Demam berterusan, bacaan platelet rendah Zanariah sangka hanya alami demam biasa H Sokongan keluarga dan sahabat membuatkan Hasnidar tabah. “Balik dari tugasan di Kawasan taman tema air, badan tiba-tiba lemah dan menggigil, sehingga saya terpaksa berehat dan tidur seketika di pejabat sebelum pulang ke rumah,” kata Hasnidar Jaafar menceritakan pengalaman sebagai pesakit denggi. Ibu kepada empat orang cahaya mata ini, pada awalnya ke klinik swasta berdekatan dan dikatakan cuma mengalami demam viral urti. Namun doktor menasihatinya supaya melakukan ujian darah sekiranya demam melebihi tiga hari. “Empat hari berlalu, demam masih belum pulih, saya terus ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani ujian pemeriksaan darah dan diberitahu berkemungkinan dijangkiti denggi. Saya terus ke bahagian kecemasan dan diberikan ‘drip’ dan rehat selama dua jam, akhirnya diwadkan pada malam tersebut. “Keeseokan harinya, bacaan platelet darah jatuh ke 47, keadaan bertambah teruk apabila tekanan darah juga semakin turun, ‘drip’ sudah lima botol. Jururawat meminta supaya tidak bangun dari katil dan dinasihatkan untuk memakai salur kencing. “Doktor kemudian memasukkan ubat melalui bahagian leher bertujuan menstabilkn tekanan darah dan saya dipindahkan ke Hospital Temerloh. Dua hari berehat dan dipantau oleh doctor dan jururrawat, akhirnya saya beransur pulih, bacaan platelet darah juga sudah meningkat ke 56 dan seterusnya ke 97, dan dibenarkan keluar hospital. Zanariah dan anak lelakinya. anya individu yang pernah men- galami sahaja tahu betapa deritanya demam denggi dan tidak hairanlah ada antara mangsa yang menganggap sakit ketika demam denggi bagaikan hampir hilang nyawa. Mana tidaknya, pada awalnya pesakit alami sakit urat diikuti demam panas dan kemudian sakit kepala melampau, ini keadaan yang dialami Zanariah Mohd Zabidi, 35 tahun sehingga terpaksa menangis menahan kesakitan. “Suami bawa saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor mendapati tekanan darah saya ketika itu menurun dan simptom yang ada disyaki demam denggi. Selepas membuat ujian keputusan menunjukkan saya positif denggi. “Ketika tahu saya positif denggi, saya rasa takut dan risau kerana fikirkan nasib anak-anak memandangkan mereka ketika itu juga demam dan doktor meminta untuk melakukan ujian darah di hospital dengan segera. Tambah Zanariah, dia tidak menyangka demam yang dialami adalah demam denggi dan fikir itu hanyalah demam biasa kerana baharu sahaja pulang dari bercuti. “Tetapi apabila demam berlarutan dan badan sema- kin lama semakin lenguh serta sakit kepala melampau. Akhirnya saya membuat keputusan untuk ke klinik dan doktor telah mengesahkan demam denggi. “Ketika itu saya dibekalkan dengan lima jenis ubat sahaja, termasuk ubat demam, selsema, batuk, sakit kepala dan antibiotik. Menurut doktor demam denggi tidak ada ubat, cuma perlu banyakkan minum air masak. Nasihat Zanariah, persekitaran rumah perlu dijaga dan elakkan ada air bertakung dan tidak berada di luar kawasan rumah pada waktu-waktu biasa nyamuk aedes keluar. “Guna pelekat penghalau nyamuk dan sediakan ubat jentik-jentik di rumah. Sebelum ini saya tidak peka dan tidak ambil tahu berapa statistik mangsa denggi yang meninggal dunia. Tetapi selepas terkena pada diri dan anak baharu saya ambil tahu. Ternyata denggi sangat bahaya dan sudah mengorbankan banyak nyawa. “Selepas saya dah sihat anak masih demam. Tanpa saya duga anak turut positif demam denggi. Sehing- galah satu hari demamnya tidak kebah dan badannya naik bintik-bintik merah lalu saya terus bawa anak ke hospital. “Keadaan anak ketika sampai di hospital sangat