OKTOBER, 2019 | al-Siha
HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2019
Xtra03
Usah
lengah
periksa
mata
Kebutaan boleh dicegah
jika dikesan lebih awal
OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI
K
ADAR kebutaan sangat tinggi, bukan sahaja
dalam kalangan penduduk di Malaysia,
malah bagi seluruh populasi di seluruh
dunia. Menurut Setiausaha Majlis Optik
Malaysia (MOC), Bahagian Amalan Perubatan
KKM, Nor Azizah Ismail, penyebab kebutaan
sebenarnya boleh dicegah terutama dengan
pengesanan awal.
“Penyakit mata adalah simptomatik (tiada
simptom), lazimnya disedari ketika mata sudah
tidak mampu melihat (buta). Bagi individu yang
menemui optometris kerana penglihatan kurang
jelas, mereka mungkin memerlukan cermin mata untuk
melihat dengan lebih jelas, dan optometris pastinya dapat
mengesan penyakit sebenar individu terbabit selepas
pemeriksaan serta saringan menyeluruh dilakukan. Tidak
ramai yang tahu, bahawa peranan optometris sebenarnya
sangat besar,”katanya.
“Meskipun MOC menjaga semua pengamal optometri
seluruh Malaysia, tetapi aktiviti optometris di KKM lebih
kepada pencegahan kebutaan.
“Punca utama kebutaan (visual impairment) bagi
mereka yang mengalami masalah penglihatan dan dikesan
paling tinggi adalah katarak bagi golongan dewasa, dan
rabun atau miopia bagi kanak-kanak, dimana optom-
etris boleh mengesan dan rujuk doktor, diikuti dengan
uncharacterize refractive error (individu rabun tetapi tidak
dibetulkan) penyebab masalah mata kedua tertinggi.
Nor Azizah (kiri) melakukan pemeriksaan mata kepada pesakit.
Punca utama
kebutaan (visual
impairment)
bagi mereka
yang mengalami
masalah
penglihatan dan
dikesan paling tinggi
adalah katarak bagi
golongan dewasa, dan
rabun atau miopia bagi
kanak-kanak.”
- Nor Azizah Ismail
Jelas beliau, kesedaran tentang isu ini amat tipis dengan
kira-kira 14 peratus penduduk yang mengalami masalah
mata tidak melakukan pemeriksaan lanjut.
“Penganjuran Hari Penglihatan Sedunia atau World
Sight Day merupakan inisiatif Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan kami di MOC berperanan untuk
mendaftarkan pengamal optometri (optom-
etris dan juru optik) di seluruh Malaysia
,” katanya.
Fakta
AMBLYOPIA AND VISION
85 peratus pembelajaran
IMPAIRMENT SCREENING
anak-anak bergantung
(AVIS)
kepada tahap
Program AVIS dilancarkan pada
penglihatan mereka
tahun 2017 untuk mengenal pasti
kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan sebelum mereka memulakan
alam persekolahan (prasekolah) melalui saringan awal
Kanak-kanak
menonton
televisyen dari
jarak dekat
sebenarnya sudah
mengalami rabun.
dan pendidikan berkaitan kepada tenaga pengajar.
Persatuan Optometris Malaysia (AMO) juga telah
bekerjasama dengan KKM untuk mengajak lebih ramai
penggiat industri optometri untuk menyediakan cermin
mata pertama kepada murid prasekolah yang memerlukan
dan diberi secara percuma.
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan
boleh dirawat lebih awal untuk mencegah daripada
berlakunya kebutaan, rabun, dan juling. Inisiatif ini juga
untuk menerapkan pemahaman agar pencegahan masalah
penglihatan dapat dilakukan lebih awal,” jelasnya.
“85 peratus pembelajaran anak-anak bergantung
kepada tahap penglihatan mereka. Dari kajian yang
pernah dijalankan mendapati kebanyakan anak-anak ini
sebenarnya bukan tidak pandai, sebaliknya penglihatan
mereka kurang jelas tetapi tidak tahu untuk mengadu
tentang permasalahan yang dialami mereka.
“Ramai yang salah sangka, mereka fikir anak yang
menonton televisyen dalam jarak yang dekat itu akan
menjadi punca rabun, walhal anak tersebut menonton
dalam jarak dekat kerana telah rabun,”katanya.
KENCING MANIS DAN KEBUTAAN
KKM juga telah mengeluarkan Clinical Practice Guidelines,
kaedah saringan diabetic retinopathy untuk pesakit kenc-
ing manis (diabetes), umum tahu kencing manis boleh
menyebabkan kebutaan.
“Biasanya individu yang menghidap kencing manis
tidak sedar tentang penglihatan mereka, dan hanya ber-
tindak setelah keadaan ditahap teruk.
Tambah beliau, negeri Selangor telah melancarkan
Retinal Disease Awareness Program, dimana KKM akan
menemui orang ramai, dan melakukan pemeriksaan
besar-besaran (massive screening) terutama di kawasan
terpencil.
“Selain itu, KKM juga menjalankan program glaucoma
shade care, yang menekankan tentang ujian skala visual
visual scale dan memakan masa yang lama sekitar 10
hingga 20 minit untuk sebelah mata dan akan dilakukan
secara berkala mengikut masa yang ditentukan sama ada
tiga bulan sekali atau lebih mengikut keadaan mata pesakit.
Jelas beliau, KKM juga mempunyai modul glaucoma
shade care, bertujuan mendidik tentang pengurusan glau-
koma untuk optometris melakukan pemeriksaan susulan.
“Cornea opacity juga antara penyebab kebutaan, yang
berpunca dari pemakaian kanta lekap yang tidak betul.
Setiap hospital akan menjalankan minggu kesedaran ten-
tang kanta lekap dimana pihak berkenaan akan menyentuh
isu mendapatkan kanta lekap hanya dari pengamal berdaf-
tar dan bukan dibeli secara sembarangan.
Katanya, KKM juga menawarkan modul latihan (train-
ing modul) untuk melatih optometris, pegawai perubatan
terbabit sehingga mereka boleh diagnosis masalah mata
yang dialami pesakit, sekaligus mengurangkan beban
oftalmologi yang tidak mencukupi iaitu kira-kira seramai
500 orang sahaja di negara ini.
Jelas beliau, hanya 2,371 optometris di Malaysia dan
310 dari jumlah tersebut merupakan optometris dalam
kementerian.
Pendaftaran penuh optometris dan juruoptik di Malay-
sia adalah terikat dengan Akta Optik 1991 dan sesiapa yang
ingin menjalankan amalan optometri di Malaysia mestilah
seorang yang berdaftar (seksyen 29) dengan Majlis Optik
Malaysia. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan
seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama atau Jadual
Kedua Akta Optik 1991 [seksyen 18 (1) dan seksyen 19(1)].
— al-Siha Xtra