Xtra04
al-Siha | OKTOBER, 2019
HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2019
H
ampir 10 tahun, Malaysia terus menerus melak-
sanakan langkah kearah mendidik rakyat untuk
lebih peka serta peduli tentang penjagaan
kesihatan mata, dan usaha ini diteruskan lagi
pada tahun ini.
Pelbagai aktiviti dirangka untuk Hari Penglihatan Sedu-
nia kali ini, antaranya saringan dan pemeriksaan mata,
ceramah tentang topik panas berkaitan mata, demonstrasi,
poster, kuiz dan banyak lagi. Al-Siha menemui wakil dari
Hospital Putrajaya yang terlibat dalam menjayakan sam-
butan berkenaan.
Menurut kajian
pada 2014, satu
atau dua peratus
rakyat Malaysia
mengalami masalah
penglihatan.
ANGKA MEMBIMBANGKAN
Menurut Pakar Oftalmologi Hospital Putrajaya, Dr Hafi za
Izyani Yaacob, pihaknya telah mengadakan program
seumpama itu di Segamat Johor baru-baru ini sebagai satu
inisiatif mencegah kerosakan (impairment) mata dalam
kalangan penduduk.
“Kajian Segamat Eye Study mendapati satu dalam 10
kanak-kanak mengalami masalah rabun atau kesalahan
refraktif (refracti ve error),” jelasnya.
Rabun atau kesalahan refraktif (refractive error) berlaku
apabila cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat
difokus secara tepat di fovea. Apabila cahaya ini tidak
terfokus dengan tepat, maka imej atau apa yang kita dapat
lihat menjadi kabur. Terdapat 3 jenis rabun, iaitu miopia
(rabun jauh), hiperopia (rabun dekat) dan astigmatism
(rabun silau). Setiap rabun ini dinamakan mengikut
kedudukan cahaya yang terfokus di dalam mata.
“Pada tahun 2014, kajian National Eye Survey
menunjukkan sekitar satu atau dua peratus pen-
duduk Malaysia mengalami masalah penglihatan.”
Kajian Segamat Eye
Study mendapati satu
dalam 10 kanak-kanak
mengalami masalah
rabun atau kesalahan
refraktif (refracti ve
error).” – Dr Hafi za Izyani
GANDAKAN USAHA
Sementara itu, Ketua Jabatan Oftalmologi, Dr Suriana
Suaibun, berkata, kesedaran rakyat Malaysia terhadap
penjagaan kesihatan mata perlu dipertingkatkan.
“Kurang kesedaran menyebabkan ramai yang
bersikap tidak ambil peduli atau melewat-lewatkan
pemeriksaan.”
“Hari Penglihatan Sedunia telah diistiharkan oleh Per-
tubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dimulakan sejak
2005 bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
Dr Hafi za, Dr Suriana, Syarifah Faiza dan Mohd
Naim komited menjayakan Hari Penglihatan
Sedunia 2019.
Peningkatan pesakit
membimbangkan
Hari Penglihatan Sedunia 2019 dilaksanakan untuk tingkat
kesedaran serta menyampaikan lebih banyak pengetahuan
tentang kesihatan mata dalam kalangan rakyat Malaysia
dunia berkenaan dengan kebutaan, kecacatan penglihatan
dan rehabilitasi.”
Manakala Optometris Hospital Putrajaya, Syarifah Faiza
Syed Mohd Dardin berkata sambutan Hari Penglihatan
Sedunia ini turut menarik penglibatan hospital lain di
seluruh Malaysia setiap tahun.
“Sambutan Hari Penglihatan Sedunia pada tahun
2018 telah diadakan di Persada Johor dengan pelbagai
aktiviti dan kali ini bertempat di Dewan Seri Melati,
Precinct 3, Putrajaya. Kementerian Kesihatan Malaysia
amat prihatin dan tidak tertumpu kepada sesebuah negeri
semata-mata tetapi mengharapkan segalanya diperoleh
lebih menyeluruh.
Bagi Pembantu Perubatan, Mohd Naim berkata,
program ini dijalankan di kawasan yang tidak berdekatan
dengan hospital bagi mengelakkan kesesakan lalulintas,
dan mudah diakses oleh pengungjung.
Pemeriksaan mata atau saringan mata amat membantu
pakar mata untuk mengenali individu yang mungkin
tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai masalah
penglihatan.
“Kami berharap pesakit kencing manis dan individu
yang mengalami tekanan untuk melakukan pemeriksaan
mata. Pesakit kencing manis berisiko tinggi untuk men-
galami retinopathy, tetapi berkemungkinan besar mereka
tidak sedar penglihatan semakan susut atau terjejas dan
sebaiknya kondisi tersebut dikesan seawal mungkin,”jelas
Syarifah.
Kami
berharap
pesakit
kencing
manis dan
individu
yang
mengalami
tekanan untuk
melakukan pemeriksaan
mata.” - Syarifah Faiza
Dalam pada itu, Dr Suriana berkata berkata, katarak
merupakan penyakit mata yang paling tinggi dalam kalan-
gan rakyat Malaysia dan penglihatan boleh dibetulkan
dengan kaedah pembedahan.
“Lazimnya kanak-kanak tidak tahu untuk mengadu
tentang keadaan penglihatan mereka yang terjejas,