al-Siha : October 2019 | Page 26

Xtra02 al-Siha | OKTOBER, 2019 HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2019 Penganjuran Hari Penglihatan Sedunia 2019 Pakar penjagaan kesihatan mata dari oftamologi dan optometris bersama mengendalikan program untuk penglihatan lebih baik Kongsi peranan OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI H ari Penglihatan Sedunia 2019 melibatkan pakar- pakar oftalmologi dan juga optometris buat julung kalinya. Pengerusi bersama Hari Penglihatan Sedunia dan Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO) Woon Pak Seong berkata, kali ini Hari Peng- lihatan Sedunia tampil dengan tema Your Future Our Focus dan pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa. “Tahun lepas, hanya oftalmologi dan ahli optik sahaja yang terlibat. Tetapi pendekatan berbeza kali ini, dimana kita turut bekerjasama dengan optometris dan orang ramai perlu merebut peluang dan tidak melepaskan peluang ini. Woon Pak Seong. Tahun lepas, hanya oftalmologi dan ahli optik sahaja yang terlibat. Tetapi pendekatan berbeza kali ini, dimana kita turut bekerjasama dengan optometris” - Woon Pak Seong Dari kiri, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Hari Penglihatan Sedunia 2019, baru-baru ini. “Saya berterima kasih kepada Revon Media yang menye- diakan kolum khas untuk AMO dalam usaha mendidik orang ramai tentang penjagaan kesihatan mata dan mendekatkan kami dengan pihak lain dan berharap semoga akan terus bekerjasama. Untuk rekod, hanya 600 pakar oftalmologi, 2,300 orang optometris, dan 300 ahli optik di Malaysia. — al-Siha Xtra Sempena Hari Penglihatan Sedunia, Revon Media Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Oftamologi (HTCM UKM) telah mengambil inisiatif untuk mengumpul- kan pakar mata, optometris dan juga pakar oftalmologi yang akan berkongsi kepada umum, tentang peranan mereka ke arah memperka- sakan lagi kesedaran tentang penjagaan mata di kalangan rakyat Malaysia. Pengerusi bersama Hari Penglihatan Sedunia dan Penerbit Revon Media Sdn Bhd, Kay Mathy (gambar) ber- kata, inisiatif ini bakal menjadi satu detik yang bersejarah. “Kami menerima sambutan yang sangat positif dari organisasi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sememangnya kita amat memerlukan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan mata yang lebih mampan di kalangan rakyat Malaysia. Tambah beliau, langkah ini sangat penting agar pen- duduk lebih prihatan, apatah lagi dengan perkongsian pakar yang akan merungkai segala persoalan. Malaysia mempunyai jumlah penghidap kencing manis tertinggi di Asia dan penyakit ini boleh mengakibatkan diabetic retinopathy penyebab kebutaan. Meskipun orang ramai telah dimomok-momokkan dengan berita, gambar yang menakutkan, kesan sikap tidak ambil peduli terhadap penjagaan mata, namun kesedaran tentang kepentingan penjagaan mata masih berada di tahap rendah. — al-Siha Xtra Perluas kesedaran sehingga kawasan pedalaman USAHA kearah meningkatkan kesedaran tentang kepent- ingan penjagaan mata kepada orang ramai perlu dipergiat terutama bagi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar atau pedalaman. Menurut Pengerusi bersama Hari Penglihatan Sedunia dan Wakil Persatuan Oftalmologi Dr Mae-Lynn. Malaysia (MSO) dan Pakar Perunding Oftalmologi (Vit- MSO menyokong sepenuhnya program atau aktiviti kesedaran untuk mencegah kebutaan termasuk Hari Penglihatan Sedunia” - Profesor Dr Mae-Lynn Profesor Madya Dr Norshamsiah. Program ini akan memastikan pengunjung mengetahui perkembangan terkini bukan sahaja tentang penyakit bahkan teknologi dan ubat- ubatan baharu” - Profesor Madya Dr Norshamsiah reoretina), Jabatan Oftalmologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM), Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, program pen- jagaan mata di bandar agak meluas, namun masih kurang di kawasan luar bandar. “MSO menyokong sepenuhnya program atau aktiviti kesedaran untuk mencegah kebutaan termasuk Hari Peng- lihatan Sedunia. Banyak pencegahan yang boleh dilakukan, termasuklah rawatan untuk pesakit katarak yang hanya mampu dirawat melalui pembedahan,”katanya. Sementara itu, Pengerusi bersama Hari Penglihatan Sedunia dan Pakar Klinikal Oftalmologi, Dr Ayesha Mohd Zain berkata, sempena Hari Penglihatan Sedunia kali ini, pihaknya juga tidak terkecuali dalam menjayakan program ceramah yang melibat- kan Oftalmologi dan optometris dimana menyentuh pelbagai topik penting dan hangat diperkatakan pada masa kini. “Antara topik yang akan dibincangkan adalah perihal masalah penglihatan kanak-kanak, yang mengalami rabun jauh atau miopia berpunca dari penggunaan gajet yang Dr Ayesha tidak dikawal,”katanya. Beliau turut mengulas tentang bahaya penggunaan kanta lekap tanpa preskripsi yang sepatutnya diperoleh dari oftalmologi dan optometris. “Apa yang membimbangkan tentang penggunaan kanta lekap ini adalah komplikasi yang teruk sehingga boleh menyebabkan kebutaan kekal, kornea yang dijangkiti kuman dan meninggalkan parut yang besar hanya boleh dipulihkan melalui kaedah cornea transplant yang memerlukan kos yang tinggi. Al-Siha turut menemui Penasihat Hari Penglihatan Sedunia dan Ketua Jabatan Oftalmologi, Profesor Madya Dr Norshamsiah Md Din. Jelasnya, Hari Penglihatan Sedunia kali ini juga akan mengumpulkan semua pakar oftalmologi dan optometris di seluruh Malaysia untuk sama-sama berganding bahu dan berkongsi idea tentang kaedah penyediaan penjagaan mata terbaik untuk rakyat. “Program ini akan memastikan pengunjung mengetahui perkembangan terkini bukan sahaja tentang penyakit bahkan teknologi dan ubat-ubatan baharu. Kami juga berharap agar sambutan kali ini dapat menyemai semangat pakar penjagaan kesihatan mata untuk terus berjuang memberikan perkhidmatan yang optima. Selain HTCM UKM, Hari Penglihatan Sedunia 2019 turut menampilkan beberapa institusi lain berkaitan termasuk Persatuan Optometris Malaysia (AMO), the College of Opthalmologists of the Academy of Medicine Malaysia, Majlis Optik Malaysia (MOC) dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO), dan Revon Media. – al-Siha Xtra