22
al-Siha | OKTOBER, 2019
EKSKLUSIF
Lambat bercakap, kepala dibekam
Pasangan ambil risiko perjudi nyawa anak tunggal berusia tiga tahun guna rawatan alternatif
OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI
M
ENYEDARI perkembangan anak berbeza
daripada rakan seusia pastinya menimbulkan
kebimbangan ibu bapa. Apatah lagi jika anak
yang dikandung merupakan satu-satunya
zuriat yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan dinanti
sejak sekian lama.
Al-Siha kali ini mendedahkan tentang isu sesetengah
pihak yang seakan cuba mengambil kesempatan disebalik
bekam, rawatan sunnah melibatkan kanak-kanak berusia
tiga tahun yang dipercayai mengalami masalah lambat
bercakap (speech delay). Persoalannya, adakah kanak-
kanak seusia ini dibenarkan untuk melalui rawatan bekam?
Apakah pula kaitan bekam dengan rawatan kepada
masalah lambat bercakap?
PROSEDUR MEMBAHAYAKAN
Ogos lalu, ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga
tahun telah membawa anaknya menemui seorang doktor
Tangkap layar perbualan antara doktor dan pengasas
pusat asuhan yang prihatin nasib mangsa.
Rawatan bekam adalah
rawatan alternatif
membuang darah kotor.
kanak-kanak asuhanannya.
“Saya dikhabarkan tentang perkara ini oleh salah
seorang pendidik, dan terkejut selepas melihat sendiri
kesan luka yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak
terbabit,” katanya.
Tambah menyedihkan, kesan torehan masih dapat
dilihat dengan jelas, selain rambutnya yang terpaksa di
botakkan pada bahagian yang hendak dibekam.
“Saya memanggil ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan
bertanyakan lebih lanjut mengenai insiden ini. Mereka
seolah-olah rasa bersalah atas apa yang telah berlaku dan
kesal dengan tindakan membenarkan anaknya di bekam.
sebagai alternatif supaya anaknya cepat bercakap.
“Menurut mereka, bekam diteruskan kerana
Selepas masalah dikenalpasti, doktor yang
mereka terdesak dan percaya kepada pegawai
ditemui mencadangkan supaya ibu berkenaan
perubatan yang menyarankan mereka untuk
membawa anaknya itu menemui ahli terapi
berbuat demikian.
Fakta
“Apa yang lebih mengejutkan, bekam
(therapist) bekam, yang dikatakan mampu
memulihkan keadaan anaknya. Prosedur
tersebut
menggunakan cawan (cup) bersaiz
Ibu bapa mangsa terdesak
bekam dilakukan dengan mencukur rambut
dewasa, menyebabkan kesan luka sangat
berikutan anak lewat cakap
dan percaya saranan pegawai besar terutama untuk kanak-kanak berusia
pada bahagian yang ingin di bekam kemu-
perubatan ditemui
tiga tahun.
dian ditoreh menggunakan pisau khas.
Pada awal September, pengasas sebuah
“Saya tidak mahu lebih ramai anak-anak
taman asuhan, dan pendidik yang tidak mahu
pada usia yang tidak sepatutnya ini menjalani
identitinya didedahkan memberitahu al-Siha
‘rawatan bekam’ bukan sahaja kerana sedih dan
bahawa beliau sangat kesal dan terkejut dengan apa yang
tidak tergamak melihat mereka diperlakukan sedemikian,
malah cukup risau kesannya kepada kesihatan untuk
telah berlaku kepada kanak-kanak terbabit. Menurutnya,
bekam itu telah dilakukan terhadap salah seorang dari
jangkamasa panjang. — al-Siha
Bonding time
penting, anak
lebih cepat
bertutur
APRIL lalu, al-siha pernah menyentuh isu berkaitan
lambat bercakap (speech delay), di mana Terapis Pertu-
turan @Speech Language Pathologist, Nur Eyka Maisara
Khairul Anuar, berkata, kemahiran komunikasi ini sangat
berkait rapat dengan bonding time anak dan ibu bapa di
rumah.
“Anak yang mampu menguasai bahasa dan kemahiran
komunikasi dengan baik, biasaannya bermula daripada
usaha ibu bapa sendiri yang memanfaatkan masa secara
berkualiti bersama anak,”katanya.
Tambah beliau, ajari anak-anak perkataan baharu
serta kemahiran bersosial melalui interaksi dan aktiviti
bermain di rumah kerana secara psikologi, anak-anak
yang membesar dalam suasana yang baik dan mendapat
Luang masa berkualiti dengan anak kecil bagi
membantu kuasai bahasa dan kemahiran.
dorongan daripada ibu bapa sejak kecil selalunya memberi
kesan positif kepada perkembangan kemahiran sosial dan
keyakinan diri anak,” katanya.
“Kebanyakan anak-anak yang dibawa ke pusat terapi
pertuturan mempunyai masalah speech delay disebabkan
oleh kurangnya rangsangan bahasa dan bonding time di
rumah,” katanya.
“Ambil sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit
sehari, dan dedahkan dengan aktiviti seperti bermain
bersama, beriadah, berkomunikasi dan sebagainya untuk
perkembangan positif mereka.— al-Siha
Ambil sedikit masa
sekurang-kurangnya
10 minit sehari, dan
dedahkan dengan aktiviti
seperti bermain bersama,
beriadah,
berkomunikasi
dan sebagainya
untuk
perkembangan
positif
mereka.”
-Nur Eyka