OKTOBER, 2019 | al-Siha
EKSKLUSIF
SEMENTARA itu, Perunding Perubatan
Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata
amalan bekam boleh menyebabkan indi-
vidu berisiko tinggi untuk dijangkiti virus
bahaya seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan
HIV.
Kajian mendapati peratus risiko jangki-
tan virus Hepatitis B sebanyak 30%, virus
Hepatitis C sebanyak dua peratus dan
virus HIV sebanyak 0.3 peratus. Begitu
juga bakteria stafi lokokos, streptokokus
dan pelbagai lagi yang boleh mengundang
jangkitan menyeksakan jika tidak diurus
dengan baik.
“Saya tidak pernah menolak bekam
selagi ianya tidak mendatangkan mudarat
kepada badan. Namun jangan sesekali
menganggap bekam ini menggantikan
rawatan utama. Bekam adalah kompli-
men bukannya asas untuk berubat,”jelas
beliau.
Tambah beliau, sekiranya pesakit
didiagnosis kanser, mereka hendaklah
ke hospital untuk mendapatkan rawatan,
kerana bekam bukan rawatan untuk kanser.
“Ramai pesakit yang mempergunakan
sunnah untuk mengelak makan ubat dan
sebagainya, apabila diberi hujah balas,
dituduh saya melawan sunnah dan tolak
hadis.
“Pemahaman mengenai hadis
23
Bekam berisiko tinggi dijangkiti virus
Bekam adalah
komplimen
bukannya asas
untuk berubat.”
– Dr Suhazeli
Darah kotor yang keluar melalui proses bekam.
Rasulullah SAW yang menyarankan agar
berbekam tidak boleh difahami serta
diamalkan secara literal. Dengan kata lain
ia bukan mafhum mukhalafah kepada
kaedah merawat semata-mata berbekam
sahaja.
FAKTA BEKAM
▶ Bekam merupakan satu amalan
tradisional yang diamalkan dalam
pelbagai budaya di seluruh dunia.
Amalan ini melibatkan pengunaan
cawan yang telah dikeluarkan
udaranya untuk menghasilkan
ruang udara bertekanan rendah
(menghasilkan sedutan atau
ruang separa vakum), dan
diletakkan di atas permukaan
kulit.
Mufti selar tindakan jurubekam.
Kes bekam bayi dan kanak-kanak
Pada tahun 2016, seorang jurubekam
OKTOBER 2018, negara telah digempar-
di Malaysia pernah mengeluarkan
kan dengan video menunjukkan seorang
kenyataan telah melakukan
bayi dibekam sebagai rawatan
alternatif membuang angin dalam
bekam terhadap anak
badan yang tular di media sosial
kandungnya sejak
Fakta
serta mencetuskan pelbagai
berusia 25 hari konon-
reaksi netizen.
nya mengikut sunnah.
TIndakan jurubekam yang
Ramai yang berang dengan
Perkara ini mendapat
melakukan bekam ke atas
bayinya yang berusia 25 hari
tindakan tersebut dan menyi-
reaksi daripada Mufti
dikecam mufti
fatkan perbuatan tersebut
Perlis, Datuk Dr. Mohd
sebagai perbuatan tidak masuk
Asri Zainul Abidin
akal. Setelah disiasat, video terse-
yang tampil menjelaskan
but rupanya melibatkan penduduk
bahawa bekam bayi bukan
sunnah. — al-Siha
dari negara seberang.
▶ Bekam juga dikenali sebagai
badkesh, bahnkes, nuhang,
bantusa, kuyukaku, gak hoi,
hijamah dan pelbagai nama lagi.
▶ Amalan bekam dipercayai
diamalkan seawal tahun 3000
sebelum Masihi (S.M.) seperti
yang direkodkan di dalam Ebers
Papyrus iaitu salah satu buku teks
perubatan yang tertua di dunia.
▶ Antara kandungan buku ini
adalah mengenai penggunaan
bekam oleh penduduk Mesir
seawal tahun 1500 S.M. ahli
arkeologis telah menjumpai
bukti penggunaan bekam oleh
penduduk di Cina seawal 1000
S.M.
“Tidak dinafikan bekam itu sunnah
Rasulullah SAW sebagaimana hadis
menyebut ‘pengubatan paling utama
untuk kalian adalah bekam’. Adakah ber-
makna kita mesti menolak kaedah lain?
Sepanjang sirah kehidupan Rasulullah
SAW dan para sahabat pun tidak menja-
dikan bekam itu sebagai sumber utama
dalam kaedah merawat. — al-Siha
Penjelasan
BPTK terhadap
isu bekam
kanak-kanak
BAHAGIAN Perubatan Tradisional dan
Komplementari (BPTK), telah menge-
luarkan garis panduan had umur yang
dibenarkan untuk bekam adalah 10
hingga 65 tahun (Bagi individu yang beru-
mur lebih dari 65 tahun, dan berbekam
hanya boleh dilakukan sekiranya individu
mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Namun, dari kes-kes yang membim-
bangkan ini, timbul persoalan, adakah
institusi bekam di Malaysia mendapat,
mempunyai atau memerlukan kelulusan
dari Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk beroperasi? Adakah mereka dipan-
tau, dikawal dan menjalankan perniagaan
secara telus, kerana bekam sepatutnya
dilakukan oleh individu yang arif bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan
pelanggan. — al-Siha
EKSKLUSIF AL-SIHA
AKAN BERSAMBUNG
PADA EDISI NOVEMBER
BAGI MENDAPATKAN
PANDANGAN KKM.