al-Siha : October 2019 | Page 21

OKTOBER, 2019 | al-Siha PERSONALITI 21 Tya Sentiasa positif dan bersyukur Isteri Asyraf Khalid kongsi rahsia elak tekanan, kekal bahagia jadi ibu muda kepada dua cahaya mata PROFIL Nama: Nutria Wulandari Ariffi n Tarikh lahir: 22 Oktober 1994 (25 tahun) Asal: Jakarta, Indonesia Pekerjaan: Pelakon dan penyanyi Tahun aktif: 2011 – kini Pasangan: Muhammad Asyraf Khalid (berkahwin pada 1 November 2015) Anak: Dua OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL S tidak kenal menantu penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffi n. Berwajah lembut dan kaya senyuman, Tya bukan sahaja seorang pelakon yang hebat malah usahawan dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa hasil perkahwinan dengan Muhammad Asyraf Khalid. Kepadatan jadual harian bermula dari awal pagi dengan mengepam susu badan, menyediakan sarapan pagi, menyiapkan anak-anak, menguruskan suami dan perniagaan sudah cukup menjadikan Tya penat dan tertekan. Namun, ketika diajukan soalan tentang keadaan dirinya, Tya hanya tersenyum dan membalas dengan kata-kata positif. “Saya akui tugasan yang banyak dalam satu masa memang agak memenatkan. Namun, saya berfikiran positif dan menganggap ia sebagai suatu fi trah kehidupan. Paling penting, untuk elak stres mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Hanya itu kunci untuk Tya lawan segala tekanan. Lama-kelamaan, Tya terbiasa dan seronok melakukannya setiap hari. “Dalam masa yang sama, Tya juga akan mengambil jamu sebagai tenaga tambahan dimana Tya telah menga- malkannya sejak berusia enam tahun lagi. Tya juga akan minum banyak air. Selain mengelakkan dehidrat, ia juga membantu memperbanyakkan susu Tya untuk Azzahra. CARA TYA BANYAKKAN SUSU BADAN Bercerita lanjut, Tya juga turut berkongsi bagaimana dia memperbanyakkan susu sebagai stok untuk Azzahra ketika sibuk. “Dalam tempoh berpatang Tya sudah hasilkan satu peti sejuk stok susu untuk Azzahra supaya cukup apabila ditinggal bekerja. “Apa yang Tya buat, Tya akan minum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Dalam Tya bahagia di sa mping Asyraf. masa yang sama, Tya akan perbanyakkan menyusu secara langsung dan juga melalukan perahan kerana susu badan bergantung kepada permintaan dan kehendak (demand and supply). Boleh dikatakan Tya ada 12 jam sesi mengepam susu. “Apa yang penting untuk kekalkan penghasilan susu, ibu-ibu perlu sentiasa gembira. Jangan lupa juga cari dan gunakan milk booster. Ia tidak sama bagi setiap orang. Kena cari dan cuba. “Untuk Azzahra, saya berhasrat untuk menyusunya selagi ada susu. Sebagaimana abangnya dulu, Tya susukan sehingga berusia dua tahun. “Seminggu selepas melahirkan Arif dulu, Tya banyak mem- baca tentang penyusuan. Dengan pengetahuan yang ada, Tya kongsi dengan kawan rapat dan kenalan artis. “Dari pertanyaan-pertanyaan peminat juga, Tya hasilkan Instagram (IG) Journey with Tya dimana IG itu Tya banyak berkongsi tentang penyususan kepada umum. Dalam IG itu juga turut disertakan tips keibubapaan . TIDAK KEKOK JAGA DUA ANAK KECIL Walaupun sibuk, Tya sering dilihat melayan karenah anak-anaknya. “Saya sememangnya suka budak-budak. Oleh itu, saya sangat bersyukur dengan kehadiran anak ke dua ini. Ia membuatkan saya bertambah syukur. “Arif juga tiada masalah apabila adanya Azzahra. Sejak dari dalam kandungan lagi saya sudah melatih Arif untuk menyayangi Azzahra. Sekarang, setiap kali adiknya menangis Arif akan memberitahu saya. Dia juga banyak membantu apabila diminta untuk membuat itu dan ini,” katanya.  al-Siha Paling penting, untuk elak stres mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Hanya itu kunci untuk Tya lawan segala tekanan.” – Tya Arrifi n laysia merakam sama keluarga mentua di Ma Tya (berdiri, dua dari kiri) ber h. ma Has Siti dan Tun memori bersama Tun Mahathir