18
al-Siha | OKTOBER, 2019
VETERAN
Jangkitan Toksoplasmosis
Penyakit bawaan haiwan disebabkan oleh parasit protozoa, Toxoplasma gondii
Kucing juga
pembawa parasit
Toxoplasma gondii.
MYSEPSIS
OLEH
PROF MADYA DR TAN
TOH LEONG
Pensyarah Kanan dan
Pakar Perunding Perubatan
Kecemasan PPUKM dan
Presiden dan Pengasas
Persatuan Sepsis Malaysia
&
DR DIAN NASRIANA
NASURUDDIN
Pensyarah Kanan dan
Pakar Perunding Patalogi
Kimia PPUKM dan Presiden
dan Bendahari Persatuan
Sepsis Malaysia
S
EORANG lelaki berusia 56 tahun, yang baru sele-
sai rawatan kemoterapi, telah datang ke hospital
mengadu mengalami sakit mata kiri, sensitif kepada
cahaya dan kabur penglihatan. Dia juga men-
galami kesukaran untuk berjalan. Setelah pelbagai ujian
dijalankan, beliau didiagnosa dengan ‘Toksoplasmosis
ocular atau mata’. Rawatan terus diberikan dan beliau
beransur pulih.
APA ITU TOKSOPLASMOSIS?
Toksoplasmosis adalah penyakit yang disebabkan oleh
sejenis parasit protozoa, Toxoplasma gondii. Ia adalah
penyakit bawaan oleh haiwan berdarah panas seperti
burung atau mamalia seperti kucing yang mampu menular
kepada manusia.
Manusia boleh dijangkiti dengan pelbagai cara
antaranya dengan makan daging mentah atau separuh
masak yang tercemar, minum susu tidak dipasteur, makan
sayuran yang tercemar dan mempunyai hubungan lang-
sung dengan najis kucing yang dijangkiti parasit semasa
berkebun atau semasa membersihkan najis kucing.
Orang dewasa yang sihat biasanya tidak akan menun-
jukkan sebarang gejala spesifi k apabila dijangkiti parasit
kerana sistem imun yang mapan dapat meneutralkan para-
sit. Kebiasaannya, mereka hanya akan mengalami selsema,
sakit kepala, keletihan, demam dan pembengkakkan
limfa. Walau bagaimanapun, sekiranya parasit tersebut
menjangkiti individu yang mempunyai sistem imun yang
lemah, gejala jangkitan boleh menjadi lebih kronik dan
memudaratkan.
Lelaki tersebut mungkin pernah mengalami jangkitan
toksoplasmosis sebelum ini tanpa disedari. Disebabkan
sistem imun beliau yang lemah setelah menjalani rawatan
Januari,
pp19290/03/2018 (034852)
Waspada
Kecederaan terbakar
dan melecur – m14
|
— m16
www.sihatmalaysia.my
Berdepan mudarat
ostearthritis
– m18
PLUS:
Keluaran khas
sisipan IJN
2019
IJN pusat
kecemerlangan
jan
pengime
jantung
adalah sejenis
PET-CT Scan
yang menggabungkan
sebagai
dikenali
pengimbas
bahan radioaktif atau radiotracer,
untuk
komputer
radiofarmasiutikal
khas dan yang tidak normal
kamera sesuatu
– m09
tubuh badan.
mengesan
di dalam
www.sihatmalaysia.my
Awas! Terlalu
aktif rosakkan
jantung
aktiviti
Benarkah
fizikal boleh
menjejaskan
kesihatan?
– m04
Pemindahan
jantung
selamatkan
Norshafina
detik-detik
Berdepan
dalam
menakutkan
apabila
hidupnya menjalani
terpaksa
pembedahan jantung
pemindahan tinggi.
yang berisiko
– m06
Sonya dihina kerana vitiligo
udara
bersih
hak kita
punca kematian
enggunaan tembakau adalah bukan sahaja
yang boleh di cegah. Merokok
sendiri, malah
membahayakan perokok itu mengancam
turut
pendedahan asap sekunder
berhak untuk bernafas
kesihatan awam. Setiap orang
asasi kita. al-Siha
dan udara bersih adalah hak Biru untuk memberi
menyokong Kempen Riben dan juga bukan perokok
maklum kepada perokok
mengenai bahaya asap tembakau.
— m09
P
Cara cegah
TOKSOPLASMOSIS
• Elakkan memakan daging mentah atau
separuh masak. Pastikan daging dimasak
sempurna sehingga tiada lagi warna merah
jambu.
• Sentiasa cuci tangan dengan baik selepas
aktiviti luar.
• Membasuh tangan sebelum mengendalikan
makanan serta membasuh sepenuhnya semua
buah-buahan, sayuran, papan pemotong
dan peralatan selepas mengendalikan dan
menyediakan daging mentah, sayuran dan
buah-buahan.
• Wanita hamil dinasihatkan untuk
meminimumkan sebarang aktiviti berkebun
dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa
membersihkan najis kucing dengan memakai
sarung tangan.
• Untuk mengurangkan peluang kucing anda
daripada dijangkiti, adalah disarankan agar
kucing diberi makanan komersil. Elakkan
pemberian daging mentah. Pembersihan
najis kucing harus dijalankan dengan kerap.
Akhirnya, bawalah si comel kesayangan kita ke
doktor haiwan untuk pemeriksaan berkala.
kemoterapi, pengaktifan semula parasit boleh terjadi di
dalam mata dan otak dan menyebabkan gejala-gejala yang
dialami.
MENGAPA PENCINTA KUCING
PERLU TAHU SEMUA INI?
Kucing adalah haiwan pembawa bagi parasit Toxoplasma
gondii ini. Parasit hanya boleh matang ke peringkat dewasa
dan menghasilkan telur dalam usus kucing. Telur seter-
usnya akan memasuki alam sekitar melalui najis kucing.
Telur akan matang di dalam tanah selama 1 hingga 5 hari
sebelum boleh menjangkiti haiwan dan manusia.
Dalam kes di atas, lelaki tersebut merupakan pencinta
kucing dan ada membela kucing sebagai haiwan peli-
haraan di dalam rumah. al-Siha
Kes Jangkitan Toksoplasmosis
melibatkan bayi
▶ Seorang
bayi yang baru lahir telah
dimasukkan ke unit rawatan rapi neonatal
23 jam selepas dilahirkan kerana mengalami
demam tinggi. Ujian makmal yang dibuat
kepada ibu bayi terdahulu menunjukkan
jangkitan toksoplasmosis.
Bayi juga diuji positif. Oleh itu, diagnosis
‘Toksoplasmosis kongenital’ telah dibuat.
Pemeriksaan mata menunjukkan keradangan
choroid dan retina (chorioretinitis) mata.
Imbasan otak juga menunjukkan jangkitan
toksoplasmosis di otak bayi ini.
Rawatan segera telah dijalankan. Namun
begitu, bayi tersebut telah mengalami
beberapa episod sawan. Kesihatannya
merosot dengan cepat dan akhirnya bayi ini
meninggal dunia akibat sepsis dan kegagalan
pelbagai organ.