al-Siha : October 2019 | Page 17

OKTOBER, 2019 | al-Siha TENTANG WANITA 17 Tali pusat terbelit, bahaya ke? Masalah tali pusat terbelit adalah perkara biasa buat bayi dalam kandungan OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL N UCTAL Cord atau tali pusat terbelit merupakan masalah biasa yang terjadi kepada bayi di dalam kandungan sama ada ketika hamil atau di saat kelahiran. Tali pusat merupakan sumber kehidupan bayi. Ia membekalkan darah, oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang berada di dalam rahim. Persoalannya, adakah tali pusat terbelit membahayakan nyawa bayi? Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, masalah Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak. tali pusat terbelit adalah perkara biasa yang sering ditemui di dalam dewan bersalin. Ia tidak membahayakan proses kelahiran bayi akan turun ke bahagian bayi sehingga terbukti bahaya melalui tulang pelvik. Jika tali pusatnya terbelit dengan pemantauan Cardiotocogra- phy (CTG) semasa kelahiran. lilitan yang banyak berkemungkinan tali “Tali pusat dan bayi pusatnya akan menjadi pendek dan membesar dan hidup ber- menghalang bayi untuk turun ke sama di dalam rahim ibu. bawah. Oleh itu, tali pusatnya “Keadaan ini akan mencekik boleh sahaja membelit leher bayi dan ia akan dikesan badan, leher atau oleh CTG melalui pengesanan kaki bayi semasa bayi degupan jantung. b e re n a n g - re n a n g “Jika keadaan pada waktu dan bermain-main. itu membahayakan bayi, Selagi tali pusat masih doktor akan mencadan- berada di kedudukan- gkan pembedahan segera nya dan tidak terputus, dijalankan. Bagaimanapun, ada selagi itulah bayi akan sesetangah bayi mampu hadapi m e n e r i ma b e ka l a n keadaan ini dan boleh dilahirkan secara normal. Itulah pentingnya darah dari ibunya tanpa sebarang masalah. graf pemantauan melalui bacaan “Walaupun doktor mem- CTG. beritahu bayi terbelit tali pusat, ia “Apa yang penting, ibu perlu perhatikan tidak bermakna ibu perlu menjalani gerak anak di dalam kandungan. Jika bayi pembedahan c-section semasa Tidak semua masalah bayi kurang gerak dalam tempoh 12 jam, ibu harus kelahiran. terbelit tali pusat perlu jalani segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” “Walau bagaimanapun, ketika pembedahan c-section. katanya. — al-Siha Kenapa antibodi wanita hamil rendah? APABILA seseorang wanita disahkan hamil, secara semula jadinya sistem imuniti mereka akan menurun. Mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi. Persoalannya, mengapa sistem imuniti wanita hamil rendah? Jelas Dr. Izzat, sistem imuniti wanita hamil menjadi rendah disebabkan oleh perubahan hormon yang ber- laku di dalam badan sebagai persediaan tubuh menerima kehadiran bayi yang dianggap sebagai bendasing. “Jika sekiranya tubuh seseorang wanita hamil berada dalam keadaan normal, ia berisiko menolak keluar janin dari badan. Maka, proses pembinaan manusia tidak akan berlaku sama sekali. — al-Siha PUNCA TALI PUSAT TERBELIT ▶ TALI PUSAT PANJANG: Panjang tali pusat adalah di antara 50 hingga 60 sentimeter. Ini bermakna, semakin panjang tali pusat semakin tinggi risiko untuk terbelit. ▶ HAMIL KEMBAR: Pergerakan yang berganda juga merisikokan bayi terbelit tali pusatnyan sendiri. ▶ JELLY WHARTON TIDAK MENCUKUPI: Jelly Wharton berfungsi sebagai pelincir. Jika tali pusat terbelit, Jelly Wharton akan menghalang ia terikat lebih ketat. Bagaimanapun, jika ia tidak mencukupi, tali pusat terbelit boleh terjadi. ▶ AIR KETUBAN BERLEBIHAN: Air ketuban yang banyak menyebabkan bayi dapat bergerak lebih aktif. Keadaan ini berkemungkinan boleh menyebabkan bayi terbelit tali pusat. ▶ BAYI TERLALU AKTIF: Bayi yang aktif adalah bayi yang sihat. Namun, jika terlalu aktif risiko ini boleh terjadi boleh terjadi. JELLY WHARTON SELAMATKAN BAYI Satu daripada tiga bayi dilahirkan mengalami masalah tali pusat terbelit. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripadanya adalah selamat. Ini kerana, tali pusat dilindungi oleh jeli yang dikenali sebagai jeli Wharton. Ia berfungsi untuk melindungi saluran darah dalam tali pusat, membantu melindungi mampatan dan simpulan yang ketat. Meskipun tali pusat terbelit, darah, oksigen dan nutrisi tetap boleh dihantar kepada bayi dengan baik selagi mana jeli tersebut masih mencukupi untuk melindunginya dari terikat kemas. TIPS JAGA KEBERSIHAN SEPANJANG KEHAMILAN: • Elakkan pengambilan daging atau susu yang tidak diproses. • Cuci tangan selepas bermain bersama anak, mengendalikan sayur, daging serta membuang air. • Pastikan hanya mengambil daging yang dimasak sempurna. • Dapatkan periksakan kesihatan bagi mengesan penyakit-penyakit yang disebarkan melalui hubungan seksual seperti syphilis, listeriosis, hepatitis, HIV, dan streptococcus B. Penyakit-penyakit ini berbahaya kepada ibu dan bayi. • Jika memiliki haiwan peliharaan, elakkan mencuci sangkar serta najisnya. • Penuhi temujanji bersama doktor perubatan mengikut jadual sepanjang kehamilan.