30
al-Siha | NOVEMBER, 2018
EKSKLUSIF
K
EMENANGAN
beliau dalam
rancangan
realiti,
MasterChef
Malaysia
membuka
lembaran
baharu dalam
diari kariernya. Bukan hanya
bergelar pelakon dan penyanyi,
Datuk Fazley Yaakob kini dikenali
sebagai seorang chef dan juga
penasihat pemakanan.
Selain menjadi Chef Eksekutif
di SukaSucre Bistro, Datuk Fazley
kini sedang bergiat aktif untuk
melebarkan lagi sayap perniagaanya
menerusi penubuhan restoran serba
mewah, Mamanda yang sudah pun
memiliki dua cawangan iaitu di Kuala
Lumpur dan juga di Singapura.
Tambah beliau, pada bulan
Disember ini, restoran baharu, Bunga
Telang by SukaSucre akan menemui
rakyat Malaysia dengan hidangan
sajian yang menarik. Restoran Bunga
Telang by SukaSucre bakal beroperasi
di Bukit Damansara.
“Selain daripada itu, saya juga
menjadi jurucakap untuk hampir
12 produk termasuk lokal dan
antarabangsa selain menggalas
tugas konsultan chef. Mengenai
bidang nyanyian, saya baharu sahaja
melancarkan lagu terbaru, Wo Ai De
Ni, di mana klip videonya diambil di
Taiwan dan di Malaysia. Saya juga
masih aktif dalam memberi motivasi
dan juga bidang pengacaraan.”
Jelas beliau lagi, aplikasi
permainan video atas talian, Chef
Fazley Kitchen dalam proses untuk
menambah baik struktur aplikasi itu
untuk menjadi lebih menarik dan
sesuai dengan perubahan trend pada
hari ini.
Smartfood
RAHSIA SAYA
— Datuk Fazley Yaakob
• Bergiat aktif untuk melebarkan lagi sayap perniagaanya menerusi penubuhan
Restoran Bunga Telang by SukaSucre yang bakal beroperasi Disember ini.
SIHAT CARA DATO' FAZLEY
OLEH PUTRA MOKHTER
[email protected]
FOTO AM_STUDIO
[email protected]
"S
AYA adalah seorang yang tidak begitu
mementingkan pengambilan suplemen
kerana saya percaya sumber suplemen boleh
diperoleh daripada makanan yang saya ambil
setiap hari. Apa yang penting, saya tidak
mengambil gula dan juga sebarang makanan atau
minuman yang mengandungi gula melainkan
gula organik. Selain itu, jenis makanan yang saya
ambil lebih tinggi protein dan rendah karbohidrat
kerana saya percaya ia memberi lebih banyak
manfaat pada tubuh. Saya juga mengurangkan
pengambilan daging merah sebaliknya
mengambil banyak daging putih,”katanya.
Tambah beliau, mengenai aktiviti
senaman, beliau bukanlah seseorang yang
gemar melakukan senaman di gim, tetapi
lebih banyak menghabiskan masa dengan
aktiviti badminton, ping pong, muay thai,
mendaki dan aktiviti lasak yang lain.
“Selalunya saya akan ada waktu-waktu
yang dipanggil sebagai ‘cheat day’ atau ‘cheat
week’. Sebagai contoh, jika saya menjaga
pemakanan saya selama tiga minggu, jadi
saya boleh makan apa sahaja untuk satu
minggu seterusnya. Tetapi, saya akan kerap
bermain badminton setiap hari selama 90
minit. Ini sudah menjadi rutin saya apabila
melakukan ‘cheat weak’,” ujarnya.
RUTIN PEMAKANAN
SIHAT
J
ADUAL yang padat tidak menghalang
beliau untuk sentiasa kekal sihat dan
aktif. Malah, seakan normal dan sudah
biasa dengan kesibukan kerja. Bagi beliau,
setiap orang harus bijak memilih untuk
sentiasa sihat.
“Saya akan bangun seawal 6.30 pagi
dan akan tidur agak lewat pada jam 1 atau
2 pagi. Kadang kala, waktu tidur saya
kurang dari 8 jam. Untuk menambahkan
tenaga saya, setiap kali bangun pagi, saya
akan minum air teh hijau bersama lemon,
2 hingga 3 cawan sehari.