NOVEMBER, 2018 | al-Siha
EKSKLUSIF
MAKANAN RINGAN
M
ENURUT Datuk Fazley, beliau
juga tidak terkecuali dalam
pengambilan makanan ringan, cuma
mengehadkan kepada yang diluluskan
oleh penasihat kesihatan sahaja.
“Selain dari tidak mengambil
sebarang makanan yang mengandungi
gula, saya juga tidak makan kerepek
kentang sudah hampir 6 hingga 7 tahun
tetapi saya menggantikannya dengan
‘almond chips’. Jadi inilah kesedaran
yang patut ada pada seluruh rakyat
Malaysia bahawa untuk menjadi
sihat, kita harus bijak memilih menu
makanan yang memberi kebaikan.
“Bagi saya makanan ‘fast food’ tidak
memudaratkan tubuh jika kita bijak
untuk mengekalkan kualitinya. Maksud
saya, saya masih pergi ke KFC dan
makan kulit ayam. Tetapi, saya tidak
mengambil mashed potato, coleslaw
dan juga sos kerana ia tidak sihat.
Contohnya seperti sos, kandungan
gulanya tinggi, dan juga mengandungi
bahan tambahan yang lain. Sos yang
saya ambil hanyalah mustard dan sos
thai yang tidak mengandungi gula dan
karbohidrat.
“Begitu juga jika saya makan Double
Cheese Burger, saya tidak akan makan
rotinya tetapi dagingnya sahaja. Dari
segi minuman ringan pula, saya hanya
mengambil Coke Zero dan Pepsi Max.
Selalunya saya akan memeriksa satu
persatu bahan yang terkandung dalam
setiap barangan melalui senarai bahan
di bahagian belakang setiap bungkusan
produk untuk mengetahui tahap kualiti
sesuatu produk itu. Tambah beliau, diet
bukanlah alternatif terbaik untuk kekal
sihat malah lebih kepada makan dengan
cara yang lebih bijak untuk kekal sihat.
“Siapa yang boleh makan ‘green food’
untuk sepanj ang hayat mereka?, kreatif
dan sediakanlah makanan yang lebih
menarik!.
DUNIA MASAKAN
D
ARIPADA seorang penghibur kini
menjadi seorang selebriti chef yang
disegani, Datuk Fazley akur dan terima
rezeki yang ditentukan ilahi ini.
“Keluarga saya kebanyakannya
menceburi bidang masakan. Ibu
saya seorang guru masakan dan
bapa saya memiliki gerai makanan.
Tetapi, sejujurnya, saya tidak pernah
merancang untuk menceburkan diri
dalam bidang masakan kerana saya
tidak gemar memasak dan tidak suka
ke dapur. Tambah beliau, menjuarai
rancangan realiti MasterChef Malaysia
mengubah perjalanan kariernya dan
meneruskan pengajian di Le Cordon
Bleu Paris dalam bidang kulinari.
“3 tahun saya berulang alik dari
Malaysia ke Paris dan akhirnya
selepas mendapat kelayakan, saya
mengusahakan perniagaan Sukasucre
Bistro.
SOALAN PANTAS
BERSAMA DATUK FAZLEY
Menu yang Dato’ suka makan? Nasi Ayam
Menu yang Dato’ suka masak? Apa-apa sahaja
asalkan lemak cili api.
Berapa kali Dato’ masak dalam sehari? Lebih dari
5 kali.
Chef paling Dato’ minati? Chef Gordon Ramsay,
Chef Jamie Oliver dan Chef Wan.
Apakah menu yang sedang Dato’ belajar?
Masakan Thai.
Menu yang Dato’ hasilkan tetapi tidak menjadi?
Pasta ketika di MasterChef Malaysia.
Jika diberi pilihan untuk bertanding sekali lagi di
MasterChef Malaysia, apakah menu yang ingin
Dato’ hasilkan? Daging Salai Wellington Lemak
Cili Api.
MENU HARIAN
DATUK FAZLEY
• SARAPAN PAGI – teh hijau bersama lemon dan
sebiji epal atau semangkuk ‘smoothie’ daripada
bahan berkhasiat seperti kacang almond, pisang
dan lain-lain.
• MAKAN TENGAH HARI – Whole chicken
bersama Basmati ataupun pasta/whipped salad
dan juga satay (lebihkan daging satay dari kuah).
• MAKAN MALAM – Fried quinoa dan chicken
thai bersama sambal ataupun sup cendawan
• Ayam atau kambing mandy bersama hummus.
SUKASUCRE BISTRO
S
UKASUCRE Bistro sudah bertapak
sejak 6 tahun lalu dan kini dalam proses
mengembangkan lagi empayarnya dengan
penubuhan jenama lain iaitu Mamanda
Kuala Lumpur dan Singapura. “Jika tiada aral
melintang, saya bakal membuka restoran
baru iaitu Bunga Telang by SukaSucre pada
Disember ini di Bukit Damansara.
SukaSucre Bistro telah mendapat lebih
25 anugerah dan diiktiraf sebagai salah satu
restoran terbaik di Malaysia sebanyak dua
kali.
SISI SEORANG
PENGUSAHA
A
PABILA mendapat beberapa
pengiktirafan, bukan mudah untuk
mengekalkan kualiti produk. Bagi Datuk
Fazley, semua pihak memainkan peranan
penting dalam usaha untuk memberi
yang terbaik. Sebagai seorang pengusaha
bistro, konsep ‘The Customer is Always
Right’ menjadi kunci dalam memastikan
perniagaan berjalan dengan lancar dan baik.
“Setiap aduan pelanggan penting dan
dianggap sebagai satu proses untuk maju
kehadapan."
Selain itu, konsep ‘turun padang’ sentiasa
dipraktiskan oleh beliau untuk memastikan
semua bahagian berjalan dengan lancar
terutamanya bahagian dapur.
“Sebagai seorang ketua, saya akan ke
semua bahagian dan melakukan tinjauan
dan pemeriksaan sebagai alternatif
mengurangkan kesilapan. CCTV yang
dipasang di bistro boleh terus berhubung
dengan telefon bimbit saya. Jadi ia
memudahkan saya untuk mengawasi
gerak-geri pekerja dan pelanggan. Saya
juga turut membantu mereka membasuh
pinggan dan memasak. Saya adalah ketua
dan dalam masa yang sama saya juga adalah
pekerja biasa.”
PERSPEKTIF KESIHATAN
DI MALAYSIA
U
MUM tahu, makanan sihat di Malaysia
pada hari ini sukar untuk diakses oleh
orang ramai kerana harganya yang mahal.
Oleh kerana itu, makanan ringan menjadi
pilihan kerana mudah dan murah.
Menurut Datuk Fazley, konsep
makanan sihat harus diubah serta persepsi
masyarakat mengenai makanan sihat juga
perlu diubah.
“Untuk menjadi sihat, ia bukan hanya
memfokuskan kepada makanan sihat malah
sikap bijak dalam memilih makanan. Ubah
gaya pemakanan harian kita kepada menu
yang lebih bijak. Maksud saya, gantikan
roti canai kepada capati untuk menu pagi.
Namun, kita masih boleh mengambil roti
canai untuk seminggu sekali. Bukankah cara
penyediaan capati lebih sihat dari roti canai?
Ini yang dimaksudkan dengan bijak untuk
sihat.”
JANGAN
TUNGGU SAKIT
D
ALAM masa yang sama, beliau
turut menegaskan bahawa menjaga
kesihatan diri adalah perkara yang wajib
dilakukan setiap hari.
“Jangan tunggu sakit baru nak jaga
kesihatan kerana harga perubatan jauh lebih
mahal. Tuntasnya, obesiti bukanlah sebuah
gaya hidup. Begitu juga dengan makan sihat.
Tetapi jadikan makan secara bijak sebagai
tabiat dan rutin harian anda.”
“Makan makanan yang di masak
di rumah empat kali sebulan untuk
mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
31