NOVEMBER, 2018 | al-Siha
PERSONALITI
Dunia kulinari
pilihan saya
– Chef Brian
• Master Chef Malaysia Musim 1
menjadi platform mengembangkan
bakat seni kulinarinya.
K
ONGSIKAN tentang perkembangan Chef
hari ini?
Setelah menamatkan perjalanan Brian di Mas-
terchef Malaysia musim 1, cinta saya pada dunia
masakan dan makanan telah pun berkembang
dalam aspek kulinari, kesihatan dan kekeluargaan. Sebagai
seorang pendidik dan pemilik sekolah masakan kanak-kanak,
Young Chefs Academy, saya juga telah menghasilkan tujuh
buah buku masakan termasuklah 2 buku resipi untuk mence-
gah penyakit kanser dan buah pinggang.
Defi nisi kesihatan bagi Chef ?
Bagi saya, kesihatan adalah keseimbangan yang dicapai dari
segi mental, fi zikal, emosi dan rohani.
Bagaimana Chef mula menceburkan diri dalam bidang
masakan?
Sebenarnya saya adalah seorang graduan dalam bidang
kewangan dari Perancis dan telah memulakan karier dalam
bidang minyak dan gas sebagai seorang juru audit dalaman.
Namun, apabila ayah saya didiagnosis kanser, saya mula
menyediakan masakan untuknya bagi memenuhi keperluan
gizinya yang cukup terhad dan juga untuk kesihatan kami
sekeluarga. Dari situlah semuanya bermula.
Sebagai seorang Chef, apakah perkara utama yang
harus ditekankan dalam menghasilkan sesuatu menu?
Kesegaran bahan dan teknik masakan yang sesuai.
Menu sihat yang paling Chef suka masak?
Dada ayam yang diperap dengan pelbagai rempah dan herba
dimasak dalam air fryer yang dihidangkan dengan sayuran
segar dan keledek kukus.
Sebagai seorang Chef, apakah pantang larang yang
selalu Chef amalkan untuk menghasilkan sesuatu
menu?
Terlalu bergantung kepada perasa dan pewarna tiruan
termasuklah penggunaan gula dan garam secara berlebihan.
Siapakah Chef kegemaran?
Nenek saya! Usaha dan ketulusannya menyediakan setiap
hidangan untuk keluarga begitu jelas. Keenakan hidangan
dan juga memori indah turut terbina saat hidangan di nikmati
seisi keluarga.
Boleh kongsikan rejim harian Chef dalam menjaga
penampilan diri?
Saya seorang yang cukup percaya dengan kelebihan bahan
semula jadi. Ramai yang bergantung kepada pil ataupun
supplemen tetapi saya hanya minum jus sayuran dan buah
yang dihasilkan dengan konsep “slow-juicing”. Semangkuk
sayur pegaga, peria, bayam, epal hijau dan limau nipis diperah
menjadi satu cawan dan saya amalkan setiap pagi.
Adakah Chef melakukan senaman?
Saya bersenam hampir setiap hari, sekurang-kurangnya
45 minit. Antara jenis senaman yang saya lakukan adalah
gabungan senaman antara senaman kardio dan senaman
untuk tingkatkan kekuatan otot serta hiking bersama ibu.
Pendapat Chef mengenai gaya pemakanan rakyat
Malaysia pada hari ini?
Perlu diperbaiki kerana terlalu banyak jalan pintas yang diam-
bil untuk mengenyangkan perut, terlalu banyak makanan
yang diproses atau
terlalu banyak
minyak, garam dan
g u l a . Ke s i b u k a n
kehidupan harian
tidak harus dijadikan
alasan tetapi seba-
liknya lebihkan lagi
pendidikan dari segi
cara masakan dan
cara penjimatan masa
untuk memasak.
Nasihat kepada
rakyat Malaysia
tentang pemak-
anan sihat yang
harus diambil oleh
29
mereka.
Saya tidak percaya kepada diet yang tiada
karbohidrat atau yang ekstrem. Sebaliknya,
saranan saya lebih tertumpu kepada kawa-
lan kuantiti atau saiz hidangan. Semua
boleh dimakan tetapi dengan sederhana.
Langkah pertama, ikut kempen yang
diperkenalkan kementerian kesihatan
iaitu “pinggan sihat bersamaan suku-suku
separuh.” Suku pinggan dipenuhi protein,
suku karbohidrat dan separuhnya dipenuhi
sayuran dan buah-buahan. Elakkan pen-
gambilan suplemen yang tidak diiktiraf.