al-Siha : November 2018 | Page 28

28 al-Siha | NOVEMBER, 2018 JOM CERGAS Berjalan laju untuk obesiti untuk menyertai kelas asas terlebih dahulu untuk mempelajari semua jenis gerakan. Cara melakukan yoga berkualiti: ‘Alignment’: Sentiasa berhati-berhati dalam menggerakkan sendi dan tulang. Kekalkan pernafasan: Jaga teknik pernafasan sepanjang latihan, agar minda lebih tenang dan lebih mudah fokus. Nafas lebih lama dalam postur tertentu, dan lakukan peralihan pernafasan dari satu postur ke postur yang lain dengan perlahan. Apabila mengambil lebih banyak masa untuk bernafas dalam postur tertentu, ia dapat membantu diri menjadi lebih selesa dan proses lebih mudah. Peralihan dari satu postur ke postur yang lain, secara tidak langsung dapat membina kawalan, daya tahan dan kekuatan dalam badan. • Individu obesiti mempunyai masalah pengumpulan lemak ditubuh dengan Indek Jisim Badan (BMI) 29.99 keatas. Wan Mohd Hakim Wan Ismail B ERLARI merupakan senaman efektif untuk mereka yang ingin mengu- rangkan berat badan atau bagi mereka yang men- galami masalah kegemukan atau obesiti. Menurut Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan, Universiti Selangor (UNISEL), Wan Mohd Hakim Wan Ismail, hanya senaman tertentu sahaja boleh dilakukan oleh mereka yang obesiti. “Individu obesiti, tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lompatan, untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada sendi lutut yang terpaksa menyerap hentakan dari beban yang berat. Oleh itu, aktiviti berjalan dengan laju sudah memadai,” katanya. Tambah beliau, tekanan nadi perlu- lah dalam kondisi yang stabil antara 55 peratus hingga 65 peratus dari jumlah tekanan nadi maksimum kerana ini julat yang efektif untuk membakar lemak. Meskipun berlari adalah senaman yang efektif untuk mengurangkan berat badan, namun berjalan dengan laju adalah senaman yang selamat dan mampu mengelakkan individu dari kecederaan. MENYERONOKKAN… Lakukan yoga sambil mengikut rentak muzik kegemaran atau dimana-mana sahaja tempat kesukaan. Yoga senaman rohani OLEH PUTRA MOKHTER K ELEBIHAN yoga bukan seka- dar untuk kesihatan fizikal, malah mental dan juga rohani (dalaman). Yoga mampu memberi ketenangan jiwa dan minda. Yoga juga menjadikan tubuh badan lebih fleksibel. Menurut Pengasas Joyfolk Studio,, Musfirah Asri, yoga satu senaman yang seakan sama dengan menari, dimana otot badan dapat diregangkan. “Tidak banyak senaman yang memberikan kebaikan dalam aspek rohani, tetapi yoga adalah senaman yang terbaik untuk rohani!,”katanya. PERSPEKTIF YOGA DALAM ISLAM “Jika dahulu kita lihat senaman yoga tidak diterima baik dalam masyarakat Islam di Malaysia kerana yoga sering- kali dikaitkan hubungannya dengan ajaran Hinduisme. Tetapi, hari ini, senaman yoga diterima secara terbuka selain turut dipraktikkan lebih kepada sudut fizikal berbanding kerohanian. Jelasnya, senaman yoga tidak mem- punyai istilah betul atau salah kerana setiap individu berhak untuk lebih kreatif asalkan tidak memudaratkan kesihatan masing-masing. “Body alignment” adalah aspek penting yang harus difahami oleh individu yang memilih untuk melaku- kan yoga, tidak kira gerakan apa yang dilakukan, “alignment” hendaklah betul agar tubuh selamat, memudah- kan pengaliran tenaga dalam badan, memudahkan proses latihan dan dapat mengekalkan kestabilan.” YOGA UNTUK SEMUA Yoga boleh dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa batasan. “Istilah terkenal ‘Yoga Untuk Semua’ barangkali boleh diguna pakai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai senaman ini. Bagi mereka yang baharu sahaja memulakan latihan yoga disarankan Musfirah Asri, pengasas Joyfolk Studio. Tahukah anda! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan Ahad pertama dan ketiga setiap bulan sebagai ‘Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur’ apabila beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar raya ditutup kepada kenderaan bermotor bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi. Orang ramai bebas untuk berjalan, berjoging atau bermain kasut roda sepanjang jalan tanpa perlu risau keadaan lalu lintas.