NOVEMBER, 2018 | al-Siha
JOM SIHAT
27
sekiranya masalah yang dihadapi tidak
terlalu ketara,” katanya.
Tambah beliau, gigi harus ditampal
sekiranya rasa ngilu dan sakit itu
mula menjejaskan aktiviti harian
terutamanya ketika hendak makan dan
minum.
BERUS GIGI MENGHAKIS
Muntah
rosakkan gigi
• Pastikan gigi sentiasa di berus tanpa ubat gigi
atau menggunakan ubat kumur setelah selesai
muntah supaya gigi kekal terjaga.
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
R
AMAI tidak tahu bahawa
muntah salah satu punca
kerosakan gigi ekoran asid
perut yang menghakis
lapisan gigi apabila terkena
bahagian dalam mulut.
Menurut Pakar Pergigian, Klinik Per-
gigian Izzi, Dr Izaza Mohd Zan (gambar),
antara kawasan gigi yang akan terjejas
ialah Labial (lelangit), Palatal (bahagian
dalam gigi atas), Incisal (permukaan atas
gigi bawah) dan Lingual (lidah).
Kesannya, gigi akan mula menipis,
berkilat, bewarna kuning serta rasa ngilu
disebabkan oleh penipisan yang ketara.
Jelas beliau, rasa ngilu ini akan
memberi kesan kepada individu untuk
makan dan minum. Lama-kelamaan
Pakar Pergigian, Klinik Pergigian Izzi, Dr Izaza Mohd Zan
ia akan menjadi sakit akibat saraf yang
mula terdedah.
“Ibu hamil, pemabuk, bulimia,
kanak-kanak dan juga orang sakit
berisiko untuk mengalami masalah gigi
terhakis. Bagaimanapun masalah ini
boleh dirawat menggunakan ubat gigi
sensitif untuk melindungi lapisan gigi
Menurut Dr Izaza, bagi mengelakkan
hakisan, pesakit digalakkan untuk
memberus gigi tanpa ubat gigi sejurus
selepas muntah bagi menghilangkan
asid dari permukaan gigi dan mulut atau
memberus gigi sambil berkumur meng-
gunakan ubat kumur bagi mengelakkan
rasa loya bagi ibu hamil.
Walau bagaimanapun, pesakit dila-
rang memberus gigi menggunakan ubat
gigi selepas muntah. Ini kerana sifat ubat
gigi yang turut menghakis akan mem-
percepatkan proses penipisan pada gigi.
“Oleh itu, anda dinasihatkan untuk
memberus gigi tanpa ubat gigi atau
menggunakan ubat kumur khas untuk
gigi sensitif agar gigi kekal terjaga,”
katanya.
MULUT IBU HAMIL LEBIH
BERASID
Walaupun masalah gigi nipis ini boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja, namun
ibu hamil lebih berisiko.
“Ini kerana air liur mereka lebih
berasid akibat suka atau kerap makan
lebih-lebih lagi makanan berasid seperti
asam. Ketika makan, air liur manusia
secara semula jadi akan lebih berasid
untuk proses penghadaman. Cuba bay-
angkan sekiranya mereka makan asam.
Maka, mulut akan berasid lebih dari
biasa,” jelasnya.
Pesakit dinasihatkan untuk minum
air suam, susu atau apa sahaja air
beralkali untuk meneutralkan semula
kawasan dalam mulut bagi mengelak-
kan masalah gigi. Apatah lagi, ibu hamil
berisiko menghadapi masalah gigi
yang dikenali sebagai Pregnancy Epoli-
sies.
Arang aktif dalam masakan
dan perubatan
K
UIH kerbau guling pernah menjadi
bualan ramai sekitar Ramadhan
lalu. Tambahan air arang dari
tempurung kelapa, menjadikan kuih ini
unik dan tarikan kepada penggemarnya.
Biarpun warna dan resepinya mung-
kin ‘menjijikkan’ namun rasanya ternyata
lebih enak, manis, lembut dan berlemak
apabila dimakan bersama kelapa parut.
Beberapa tahun kebelakangan ini,
trend makanan berasaskan arang bagai-
kan satu fenomena. Daripada aiskrim
hingga kepada roti burger semuanya
memiliki peminat tersendiri. Biarpun
dibuat daripada arang aktif, namun
masing-masing tidak melepaskan
peluang untuk mencuba makanan yang
kian viral ini. Persoalannya, adakah arang
selamat dimakan?
Sebenarnya penggunaan arang dalam
perubatan telah direkodkan sejak tahun
1500 Sebelum Masihi lagi. Ia bertujuan
untuk merawat pelbagai penyakit seperti
membersih usus, antiseptik penyembu-
han luka, epilepsi, chlorosis, vertigo serta
keracunan makanan atau kimia.
KELEBIHAN ARANG AKTIF
Menurut laman web myhealth.gov.my,
di Malaysia arang aktif digunakan di hos-
pital-hospital untuk merawat masalah
perut seperti cirit-birit, kembung, sakit
perut, masalah keracunan ubat-ubatan,
keracunan makanan, bahan kimia dan
organik.
Arang aktif yang dimakan sama ada
dalam bentuk tablet atau serbuk ini akan
bertindak balas dengan memerangkap
bahan kimia atau toksin di dalam perut
lalu menghalang dari penyerapan ke
dalam tubuh. Hasilnya, bahan kimia
atau toksin berkenaan akan dikeluarkan
melalui najis tanpa memberi kesan
sampingan.
Beras rebus kawal
gula dalam darah
OLEH PUTRA MOKHTER
BERAS jenis rebus atau parboiled mengand-
ungi protein yang tinggi, seperti B Complex,
mineral, zat besi, kalsium, serat, glisemik
indeks yang lebih rendah, kadar penyerapan
vitamin dan mineral 90% lebih tinggi dan
antioksidan.
Menur ut Pegawai
Dietetik, Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM),
Mohd Khairul Azuan Din
(gambar), beras jenis ini
mempunyai glisemik
indeks yang lebih rendah
berbanding beras putih
biasa.
KELEBIHAN BERAS PARBOILED
Glisemik indeks yang lebih rendah dapat
membantu mengawal gula dalam darah
selain mengawal selera makan kerana mampu
melambatkan kadar rembesan insulin dalam
darah.
“Beras parboiled juga mempunyai zat
galian penting yang sepatutnya ada dalam
kandungan beras. Ia adalah sejenis beras yang
melalui proses rendaman dan rebusan dalam
haba yang tinggi dan menyebabkan zat dari
beras meresap masuk ke dalam endosperm dan
germ beras,” katanya.
Tambah beliau, beras jenis ini juga dapat
membantu mengawal gula dalam darah untuk
pesakit kencing manis, mengawal tekanan
darah bagi pesakit darah tinggi dan juga bagus
untuk jantung kerana rendah glisemik indeks
dan pengambilan yang disarankan adalah 100
hingga 150 gram.
PILIH BERAS PARBOILED
Tambah beliau, rakyat Malaysia masih belum
mendapat informasi berkenaan beras ini secara
meluas dan lebih suka memilih beras putih
sebagai pilihan beras di rumah.
“Parboiled rice atau brown rice ini amat
disarankan terutama kepada mereka yang
berkemampuan. Walau bagaimanapun, beras
putih tetap boleh diamalkan tetapi dengan
pengambilan yang tidak berlebihan.
KESAN KEPADA KESIHATAN
Walaupun arang selamat digunakan,
namun dalam dunia perubatan dos yang
diberi bergantung kepada keperluan
rawatan. Begitu juga dalam pengam-
bilan harian. Arang sebenarnya bukan
makanan yang boleh dinikmati sentiasa.
Ini kerana ia boleh menyebabkan
masalah lain jika diambil secara ber-
lebihan seperti sembelit, najis bewarna
hitam, muntah dan sebagainya. Lebih
memburukkan keadaan, arang yang
diambil secara berlebihan boleh menye-
babkan masalah malnutrisi dimana arang
akan menyerap kalsium, kalium dan
nutrien lain.
Arang aktif biasanya dihasilkan
Beras parboiled dipercayai dapat merawat
sakit lutut dan sendi.
Perubatan Purba, arang aktif telah
lama digunakan dalam perubatan
manusia.
daripada tumbuhan yang dipanaskan
pada suhu tinggi. Proses tersebut akan
membentuk rongga, liang atau ruang
pada struktur arang. Liang yang terben-
tuk akan memerangkap sisa kimia atau
toksik dan menghalangnya dari diserap
oleh badan dan dikeluarkan melalui najis
yang akan bewarna hitam.
ANTARA KEBAIKAN BERAS
PARBOILED:
• Dapat membina sel darah.
• Merawat Anemia.
• Menguatkan tulang dan organ tubuh.
• Mengelakkan penyakit angin dalam
usus.
• Membantu pertumbuhan saraf yang
normal bagi kanak-kanak.
KESAN MAKAN BERAS PUTIH JIKA
BERLEBIHAN:
• Boleh menyebabkan berat badan
berlebihan (obesiti) dan darah tinggi.
• Faktor terjadinya Diabetes Type 2
• Mata mudah rasa mengantuk.
• Menyebabkan tubuh kurang cergas.