NOVEMBER, 2018 | al-Siha
ANAK OH ANAK!
21
Jangan pakai kasut!
• Peranan kasut
hanya untuk
melindungi kaki bayi
terutamanya ketika
berjalan di luar rumah
Pastikan sentiasa
mengukur kaki
anak supaya kasut
yang dipakai
tidak menganggu
perkembangan
kakinya.
K
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
EINDAHAN dan keco-
melan rekaan kasut bayi
sering mencuri perhatian
ibu bapa. Jadi tidak
hairanlah mengapa bayi
seawal usia tiga bulan sudah dipakaikan
sepatu tatkala keluar rumah. Dalam
keghairahan mengikut trend, ternyata
timbul pula persoalan adakah kasut
memberikan kesan negatif kepada
perkembangan kaki bayi?
Menjawab persoalan ini, Pakar
Pemulihan Rehabilitasi, Jabatan
Ortopedik dan Traumatologi, Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM), Dr. Brenda Saria
Yuliawiratman mengakui pemakaian
kasut sememangnya mengganggu
perkembangan kaki bayi jika rekaannya
tidak sesuai.
Jelasnya, peranan kasut hanya untuk
melindungi kaki bayi terutamanya
ketika berjalan di luar rumah sahaja.
“Sebenarnya, apabila bayi mula ber-
jalan, mereka digalakkan untuk berjalan
tanpa kasut sebanyak yang mungkin
atau menggunakan kasut bertapak
lembut (soft sole) supaya mereka boleh
merasa apa yang dipijak.
Ini adalah salah satu cara untuk
merangsang (sensory stimulation) yang
sangat penting dalam perkembangan
kanak-kanak.
KASUT yang mahal tidak menjamin kualiti. Malahan,
mereka perlu kerap bertukar kasut pada usia sebegini kerana
pembesaran yang cepat. Kasut yang sesuai untuk kanak-kanak
kecil secara ideal mempunyai ciri-ciri seperti:
•
•
•
•
Selesa dan saiz yang sesuai (dari segi panjang dan lebar).
Ruang yang mencukupi untuk jari-jari kaki.
Tapak kaki yang fleksibel.
Bahagian depan kasut lebih lebar daripada bahagian tumit
(mengikut bentuk kaki).
• Bahagian yang menutupi belakang tumit atau pergelangan
kaki harus ‘solid’ (Solid heel counter).
• Mempunyai tali kasut atau strap supaya dapat mengurangkan
pergerakan atau geseran kaki di dalam kasut.
“Apabila
mereka sudah
mempunyai
keyakinan untuk
berjalan, barulah
boleh bertukar
kepada tapak
kasut yang lebih
keras (firm sole).
— Dr. Brenda Saria
Yuliawiratman
BERJALAN
TANPA KASUT
“Berjalan tanpa kasut juga dapat mem-
bantu menguatkan otot-otot kaki serta
melatih bayi untuk mendapat keseim-
bangan yang diperlukan ketika berjalan.
Oleh itu, doktor-doktor biasanya lebih
mengesyorkan bayi untuk berjalan
tanpa kasut untuk menggalakkan
pembentukan kaki yang ideal.
“Apabila mereka sudah mempunyai
keyakinan untuk berjalan, barulah
boleh bertukar kepada tapak kasut yang
lebih keras (firm sole).
“Kebanyakan bayi mula berjalan
pada umur lapan hingga 18 bulan.
Memakai kasut pada peringkat awal
tidak akan membantu bayi untuk
berjalan dengan lebih cepat mahupun
lebih baik.
Malah, memakai kasut terlalu awal
menyukarkan bayi untuk berjalan dan
menghadkan lagi pergerakan serta
perkembangan kaki secara semula jadi.
LIGAMEN
BELUM KUAT
“Bayi dilahirkan dengan keadaan per-
mukaan kaki rata (tiada lengkungan
pada tapak kaki) atau juga dikenali
sebagai Flat-foot. Kaki mereka juga
cenderung untuk melengkung ke dalam
(Inward). Ini berlaku kerana otot dan
ligamen di kaki masih belum kuat.
“Apabila mereka semakin membesar,
pembentukan tulang mula mengambil
tempat. Begitu juga otot dan ligamen
yang semakin kuat. Setelah mencapai
usia kira-kira enam tahun, lengkun-
gan (foot arch) pada tapak kaki akan
terbentuk.
“Cuba bayangkan sekiranya mereka
dipakaikan kasut tertutup. Kasut jenis
itu sebenarnya hanya akan menghalang
pembentukan lengkungan pada tapak
kaki (foot arch).
“Jika kasut dipakaikan kepada bayi
yang masih belum berjalan, bukan
sahaja boleh menghalang pembentu-
kan kaki, bahkan ia boleh menjejaskan
kebolehan mereka untuk merangkak,”
katanya.
Jelas Dr. Brenda, sesetengah kanak-
kanak mempunyai pembentukan kaki
yang kurang normal dan ia berlaku dise-
babkan oleh banyak faktor. Masalah Flat
Foot misalnya boleh terjadi disebabkan
oleh pembentukan Physiological
(semula jadi) atau masalah Pathological
(underlying disease) seperti Cerebral
Palsy dan Spina Bifida.
Selain itu, ia juga boleh terjadi dise-
babkan oleh masalah Congenital (sejak
lahir) seperti Congenital Talipes Equin-
ovarus (CTEV) atau Congenital Vertical
Talus. Untuk kanak-kanak ini, mereka
perlu dipantau oleh doktor terlatih dan
preskripsi kasut juga perlu disesuaikan
dengan indikasi dan individu.
Cuci tangan,
cegah HFMD
K
ITA terdedah kepada pelbagai
jenis bakteria yang menyebabkan
penyakit menerusi permukaan
yang kita sentuh setiap hari. Antara penya-
kit paling mudah dijangkiti yang boleh
disebarkan menerusi sentuhan ialah
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Pakar Perunding Kanan Penyakit
Berjangkit dan Ketua Jabatan Perubatan,
Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christo-
pher Lee berkata, tangan yang tidak bersih
dianggap medium pemindahan kuman
paling utama.
“Anak-anak kecil, khususnya, mudah
terdedah kepada penyakit berjangkit
kerana mereka kurang berhati-hati ketika
menggosok mata atau mengesat hidung
selepas menyentuh benda atau orang lain.
Mereka lebih mudah dijangkiti kuman
yang menyebabkan penyakit.
Oleh itu, kita perlu
mendidik kanak-kanak
tentang cara yang betul.
Amalan mencuci tangan
yang mudah ini ber-
kesan mengurangkan
patogen yang menye-
babkan penyakit dalam
kebanyakan situasi.
Dr Christopher
HFMD
MENGGERUNKAN
HFMD ialah penyakit
endemik di seluruh
Malaysia dan meru-
pakan penyakit utama
yang mengancam kesi-
hatan awam disebabkan
Paul Jambunathan
keupayaannya untuk
menyebabkan wabak
dan kematian dalam kalangan kanak-kanak
dan bayi.
Kes HFMD di negara kita telah mening-
kat, dengan kenaikan 28% yang dilaporkan
setakat 30 Jun 2018 berbanding tempoh
yang sama tahun lepas.
Sementara itu, Pakar Psikologi Klinikal
dan Pensyarah Kanan, Sekolah Perubatan
dan Sains Kesihatan, Monash Universiti,
Paul Jambunathan berkata sikap ibu bapa
dan guru-guru mampu mempengaruhi
pembentukan tabiat kanak-kanak.
“Ibu bapa atau guru perlu menerapkan
tabiat menjaga kebersihan dan kesihatan.
Dengan mengajar anak-anak teknik men-
cuci tangan dengan baik, mereka boleh
memastikan anak-anak lebih sihat dan
mengelakkan jangkitan melalui sentuhan,”
tambahnya.
Langkah-langkah kecil untuk menjaga
kebersihan tangan boleh mencegah
jangkitan penyakit dalam jangka masa
panjang.
KEPERLUAN BASUH TANGAN:
BERKAKI AYAM… Bayi lebih
digalakkan berkaki ayam untuk
merangsang deria (sensory
stimulation).
SEPATU COMEL... Pemilihan kasut
dari jenis soft sole adalah lebih baik.
1. Sebelum makan
2. Selepas makan
3. Sebelum tidur
4. Sebelum menggunakan tandas
5. Selepas menggunakan tandas