al-Siha : November 2018 | Page 20

20 al-Siha | NOVEMBER, 2018 ANAK OH ANAK! PENGARUH TEKNOLOGI Tambah beliau, anak-anak yang menghabiskan masa terlalu lama dengan gajet juga dilihat sebagai punca kurangnya kemahiran bertutur atau bergaul dengan orang sekeliling. “Teknologi seumpama ini boleh membentuk anak-anak menjadi insan yang kurang sabar dalam melakukan sesuatu selain turut mengurangkan daya berfikir mereka kerana segalanya di hujung jari dan dianggap mudah. Bayi yang bebas dari masalah ruam lampin pastinya lebih ceria. PERANAN MASYARAKAT Anak kurang keyakinan, salah siapa? M OLEH PUTRA MOKHTER • Suka banding- membandingkan merupakan budaya yang tidak sihat dan tidak sewajarnya dipraktiskan. • Ibu bapa yang bersikap positif akan membantu mendidik anak untuk lebih berkeyakinan tinggi dan tidak mudah mengalah. E N U R U T Penolong Profe- s o r, Fa k u l t i Sains Kesihatan CUCMS, Dr. Nurul Iman Abdul Jalil, sikap positif boleh dilihat dari segi pertuturan dan juga tindakan yang ditunjukkan oleh ibu bapa saat berdepan dengan anak- anak secara langsung atau tidak langsung. “Anak-anak yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang boleh mengalami kemurun- gan dan kurang keyakinan,” katanya. LAIN ANAK, LAIN POTENSI DIRI Jelas beliau, bilangan adik beradik yang ramai merupakan satu rahmat lebih-lebih lagi jika ibu bapa bijak dalam menguruskan serta membe- sarkan anak-anak mereka. “Bilangan adik-beradik yang ramai dapat membantu mening- katkan keyakinan mereka terutama apabila mereka menyokong di antara satu sama lain,” katanya. T IDAK dinafikan, terdapat tekanan pada penglihatan kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang sentiasa menggunakan teknologi digital dan menghabiskan kebanyakkan masa melihat skrin. Menurut Pakar Konsultan Oftalmologi, Katarak dan Refraktif VISTA Eye Specialist, Dr. Vienne Tai Pih Yih, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan rabun dikalangan kanak-kanak. “Kanak-kanak menghabiskan masa dengan gajet elektronik mereka dan aktiviti ini memudaratkan penglihatan mereka kerana mereka akan menjadi letih kerana fokus jarak dekat untuk jangka masa panjang,” katanya. Tambah beliau, postur membaca yang kurang baik dan kekurangan waktu tidur juga turut menyumbang kepada faktor tersebut. PROGRAM KAWALAN RABUN JAUH Sementara itu, Pakar Konsultan Iftalmologi, Katarak dan Refraktif VISTA Eye Specialist, Masyarakat sekeliling turut memainkan peranan tersendiri dalam meningkatkan keyakinan anak-anak. Pupuklah sifat ambil peduli atau cakna dan cuba untuk berikan yang terbaik. Puji dan hargailah setiap tingkah laku murni yang dilakukan anak-anak tetapi tegurlah dengan berhikmah sekiranya ada tindakan mereka yang kurang menyenangkan atau salah. “Setiap keluarga disarankan untuk membawa anak-anak menyertai aktiviti kejiranan seperti gotong royong, majlis berbuka puasa di masjid, solat secara berjemaah dan lain-lain bagi meningkatkan keyakinan mereka apabila berhada- pan dengan masyarakat,”katanya. Ujar beliau, ibu bapa, keluarga atau masyarakat sekeliling henda- klah sentiasa menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku, dan juga menjaga penggunaan perkataan terutamanya ketika berkomunikasi. KESAN BURUK SEKIRANYA ANAK KURANG KEYAKINAN • Potensi atau kelebihan dirinya akan terbatas. • Segalanya dirasakan susah, perlu mengharapkan bantuan orang lain. • Tidak mahir bergaul dengan orang sekeliling dan masyarakat. • Cepat berputus asa. • Murung. • Menyendiri. Ketidakselesaan akibat ruam lampin JIKA tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria. Lebih separuh daripada bayi berumur antara empat dan 15 bulan mengalami keadaan ini. Ruam lampin, atau dermatitis perianal, adalah satu jenis keradangan kulit yang lazim, berwarna kemerah- merahan dan keradangan pada bahagian kulit yang dilitupi lampin termasuk bahagian punggung, paha dan kemaluan. Menurut Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Klinik Pakar Kanak-Kanak ABC, Dr Leong Kin Fon (gambar), masalah ruam lampin dalam kalangan penduduk umum dianggarkan antara tujuh dan 35 peratus, dengan lebih sepa- ruh daripada bayi berumur antara empat dan 15 bulan mengalami keadaan ini. “Enzim protease terbukti menjadi punca ruam lampin dalam kalangan bayi. Aktiviti enzim protease dalam najis bergantung pada usia dan sangat tinggi di kalangan bayi baru lahir dan anak-anak kecil sehingga berusia satu tahun,” katanya. Kerengsaan kulit disebabkan sentuhan dengan air kencing atau najis secara berpanjangan, kulit sensitif, dan geselan lampin ketat dengan kulit yang lembut adalah antara sebab yang mengakibatkan ruam lampin. Jangkitan kulat atau bakteria boleh berlaku jika keradangan kulit dibiarkan tanpa dirawat atau jika berlaku kepecahan pada kulit. “Ramai ibu bapa dan penjaga berasa bimbang apabila mereka mendapati ruam dan kemerahan pada kulit anak mereka semasa menukar lampin. Mereka berasa tidak berdaya untuk membantu apabila si manja mereka menangis kerana tidak selesa dan dalam kesakitan. Jelas beliau, cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih dengan menukar lampin basah dan kotor mereka dengan secepat mungkin, membersihkan dengan air dan menyapu krim pelind- ung selepas setiap kali menukar lampin. Peningkatan rabun jauh kanak-kanak Dr. Calvin Lim Hung Yee Dr. Calvin Lim hung Yee berkata, satu pro- gram komprehensif yang diawasi dengan teliti oleh pakar mata dan optometris klinikal selama setahun telah dijalankan pihaknya dalam usaha mendapatkan fungsi mata yang optimum. “ P r o g r a m d i m u l a k a n d e ng a n pemeriksaan mata komprehensif untuk kanak-kanak diikuti oleh penggunaan ubat mata Atropine setiap malam sebelum tidur. Ubat mata Atropine bertujuan untuk Dr. Vienne Tai Pih Yih melewatkan perkembangan pesat rabun jauh sehingga 50 peratus dengan kesan sampingan minimum pada penglihatan dan kemampuan focus kanak-kanak. “Ahli oftalmologi juga memberikan preskripsi untuk kanta kacamata kawalan rabun jauh atau kanta sentuh Ortho-K yang direka untuk dipakai semasa tidur dengan tujuan meratakan dan membentuk semula kornea, dan dipercayai boleh melewatkan perkembangan rabun jauh sehingga 40 peratus. Kanak-kanak juga perlu men- jalani semakan susulan yang kerap untuk memantau keadaan mereka,” katanya. Sebagai langkah amalan yang baik, ibu bapa dinasihatkan supaya memerhatikan tingkah laku penggunaan mata kanak- kanak seawal enam bulan dan menjalankan pemeriksan mata secara rutin dari usia tiga tahun untuk menyaring sebarang masalah mata atau masalah reflaktif secara awal. Peningkatan rabun jauh adalah isu global. Kajian terkini mengatakan bahawa secara purata, 30% populasi dunia meng- hadapi masalah rabun jauh. Angka ini dijangka meningkat ke 50 peratus atau lebih 5 bilion orang ( dengan hampir 1 bilion dengan rabun jauh tinggi) menjelang 2050. Di Asia, 70 hingga 87 peratus daripada kanak-kanak dan golongan belia dilaporkan mengalami rabun jauh. Dalam kalangan kanak-kanak Asia Timur, kadar peningka- tan rabun jauh adalah tinggi dan anggaran 24 peratus populasi rabun jauh ini akan mengalami rabun jauh yang lebih serius apabila dewasa.