al-Siha : November 2018 | Page 19

NOVEMBER, 2018 | al-Siha PENA PAKAR K AJIAN menunjukkan stres adalah pembunuh No. 1 mengalahkan penyakir kanser.  Kesan daripada stres ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, migrain, lumpuh dan sebagainya.   Kita dapat lihat kesan langsung stres terhadap perubahan tingkah laku seperti murung, menyendiri, kuat tidur atau susah tidur, kuat makan atau hilang selera makan, keadaan diri tidak terurus, masalah disiplin, kesukaran mengawal emosi dan seumpamanya.   Ada stres yang positif.  Tidak semua stres itu negatif.  Dalam hidup ini kita perlukan stres positif untuk mendorong seseorang itu bertindak melakukan sesuatu dengan segera dan sempurna bagi memperoleh ganjaran diri.   Misalnya, memberikan tarikh akhir untuk menghantar tugasan atau menyiap- kan projek itu positif.  Meletakkan kuota minima jualan setiap bulan, yang perlu dicapai oleh setiap Eksekutif Pemasaran itu perlu.  Ia menwujudkan desakan untuk mencapainya dan mendorong tindakan. Ada pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan stres.  Salah satu cara yang sangat berkesan ialah dengan bersangka baik.   Cara berbaik sangka: 1 . Masalah itu sebenarnya peluang.  Setiap masalah yang datang kepada kita itu adalah dengan izin Allah.  Maka sebagai insan terpilih cuba cari apa peluang disebalik masalah tersebut.  Ada ketikanya masalah itu memberi peluang untuk kita muhasabah diri dan menyedari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki.  Kekalkan baik sangka dan terima masalah dengan hati yang terbuka.  Layang-layang itu terbang tinggi kerana dia menentang arus angin.  Makin kuat tiupan angin makin tinggi naiknya.  Begitulah juga kita. Jadi  setiap kali berdepan dengan musibah, tekanan, peristiwa, orang, kumpulan dan sebagainya yang memberi kita stres, maka ingatlah pasti ada sesuatu disebalik semua itu.   Tanya diri dengan soalan-soalan mem- perkasa diri seperti: • Apa hikmah disebalik semua ini? • Apa yang boleh aku pelajari darinya? • Apa keuntungan yang boleh aku perolehi? • Apa peringatan yang Allah mahu berikan? 2 . Allah tidak membebankan hamba- hambanya.   Ini bertepatan dengan mafh um fi rman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, yang bermak- Benarkah wanita berisiko gangguan mental? — M24 07 | NOVEMBER, 2018 | Dunia kulinari pilihan Chef Brian — M29 Nafas boleh terhenti! Kenali penyakit Obstructive Sleep Apnea — M25 ISU KANSER: SAYANGI ‘ASET’ HARGAI NYAWA! — M12&13 m (034852) | www.revonmedia.co BULANAN | RM5.00 | PP19290/03/2018 ISU: JANTUNG RAHSIA 'SMARTFOOD' — Datuk Fazley Yaakob tkan, cuma setiap 'Fast food' tidak memudara memilih menu yang baik individu perlu bijak dalam dilema penggemar ‘fast untuk kesihatan. Adakah food’ bakal berakhir? • Cerita penuh M30&31 ‘Hidup baharu’ selepas pemindahan jantung! kecil Pesakit jantung bersaiz tidak boleh menerima jantung dari penderma yang bersaiz besar. Begitu juga penerima jantung yang mempunyai ketinggian rendah tidak dari boleh menerima jantung penderma yang terlalu tinggi. Segalanya bersebab! • Cerita penuh M14&15 19 Firman Allah swt: “Allah tidak memberati seseorang melaink an apa yang terdaya olehnya” – Surah al-Baqarah, ayat 286 Rawat stres dengan bersangka baik • Empat kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan stres sud “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”  Ini bermakna kita kena bersangka baik dengan Allah yang Maha Mengetahui.  Setiap kali berdepan dengan masalah, diuji dan ditimpa musibah, maka ingatlah semua itu bersesuaian dengan kekuatan yang ada pada kita cuma kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya.  Tetapi dengan ber- sangka baik, kekuatan ini boleh dibongkar dan digilap dari dalam diri. OLEH DR. TENGKU ASMADI TENGKU MOHAMAD Pakar Motivasi FB: www.facebook.com/drasmadi E-mel: [email protected] 3 .  Lihat sesuatu daripada sudut yang baharu.  Setiap peristiwa negatif yang berlaku itu perlu diberikan makna baru bagi memperkasa diri agar tidak stres.  Misalnya, kita mungkin stres kerana rakan sepejabat sering curi tulang dan membebankan kerja-kerjanya ke atas kita.   Maka lihatlah dari sudut baru dengan berkata, “Baguslah juga, dapat kita lakukan kerja-kerja itu dan memperolehi pengalaman.  Inilah peluang untuk tunjuk rajin.  Kurang seorang pesaing untuk naik pangkat”.     Memberi makna baru kepada sesuatu peristiwa tidak menyelesaikan masalah tersebut.  Rakan sekerja kita masih lagi curi tulang.  Itu masalah dia.  Yang penting masalah fi kiran kita selesai.  Kita mula lihat itu sebagai peluang dan ruang bukan lagi masalah. 4 . Ingatlah kita tidak mampu men- gubah orang lain.  Dalam hidup ini kita tidak boleh mengubah apa yang menimpa dan datang pada kita.  Kita juga tidak boleh mengubah cara orang melayani kita.  Tetapi kita boleh ubah diri kita.  Kita boleh ubah cara kita memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku.  Menyedari bahawa hanya diri kita sendiri yang boleh diubah memberikan kita pilihan untuk berhadapan secara positif dalam apa juga situasi.  Anggaplah apa juga yang terjadi, Allah mahu didik kita melalui orang lain dan melalui pengalaman.